Thursday, February 28, 2008

Kerajaan Semut dan Pilihanraya





Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut.




"Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut" tanya Malaikat Pendakwa di kamar Mahkamah Akhirat Tuhan Semut.




"Errr... saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel" jawab Gadis Semut kembali.




Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.




"Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkan ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama?" soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.




"Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan" jawab Gadis Semut.




"Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga" bentak Malaikat Pendakwa kepada Malaikat Pembantu yang lain.




"Wahai ibubapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu" tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya.




"Kami lalai tuan, Kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kamu ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama" jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.




"Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga" bentak Malaikat Pendakwa.




"Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?" tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.




"Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan" jawab Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.




"Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini" tanya Malaikat Pendakwa.




"Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan." dakwa Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.




"Panggil kekamar bicara Menteri Pendidikan" bentak Malaikat Pendakwa lalu ditanya pula.




"Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?"




"Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan" terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut.




"Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu" tegas soalan dari Malaikat Pendakwa.




"Perdana Menteri kami, tuan" lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka.




"Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga" bentak Malaikat Pendakwa kepada pembantu-pembantunya.




Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.




"Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini." tanya Malaikat Pendakwa dengan tegas kepada Menteri Besar.




"Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya. " jawab Menteri Besar lemah.




"Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan" tanya Malaikat Pendakwa.




"Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya" lemah jawapan Menteri Besar tersebut.




"Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini" lontar Malaikat Pendakwa.




"Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina." bentang Malaikat Pendakwa kepada Tuhan Semut dengan lengkap dan tertibnya.




"Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina" titah Tuhan Semut kepada Malaikat Pendakwa dan semua Malaikat seluruhnya.




Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara..


Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar.Undi kita walaupun hanya sekadar satu garisan diatas sekeping kertas akan menyebabkan kita dimasukkan kedalam syurga ataupun neraka. Ingat, apakah jawapan yang mampu kita berikan diakhirat kelak sewaktu dibicarakan dihadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil.Ingat sumpah kita, janji kita, mission statement kita


"Aku berSaksi Tiada ilah yang disembah melainkan Allah.Aku berSaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah"


Sediakanlah jawapan anda. Undilah dengan iman, amal dan akal. Jangan biarkan anda dipengaruhi dengan kebendaan dan keduniaan yang mana ianya tidak akan kekal.Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis, setiap apa yang kita lakukan,tangan- tangan dan kaki-kaki kita akan menjadi saksi. Tanpa cuai walau sedetik pun waktu berlalu, ada yang menghisabnya.

Wednesday, February 27, 2008

Alf Mabruk 'Alaikuma


Sungguh pantas masa berlalu sehingga tidak terasa sudah hampir dua bulan nikmat 2008 telah kita rasai. Dan sudah hampir 2 bulan juga kita merasai nikmat tahun 1429 H. Tahun baru pasti ada azam baru. Sejauh manakah azam baru kita telah terlaksana? Sejauh manakah perancangan kita telah dibuat? apakah Usaha kita tidak. Mungkin tidak ketinggalan bagi Kak Mastura melaksanakan sebahagian perancangannya untuk membina mahligai singgahsana, baitul muslim yang diredhai Allah bersama muslimin pilihannya. Tak sangka dalam diam-diam kak Mas menyembunyikan muslimin pilihan rupanya orang yang ku kenali. Tahniah buat Ukhti Fil Islam Mastura Hassan dan Akhi Fil Islam Mohd Adham Isa atas pernikahan kalian yang bakal berlangsung pada 8 Mac 2008. Kak Mas dahulunya merupakan Timbalan Pengerusi Lujnah Kebajikan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia dan Akh Adham pula Pengerusi Lujnah Sukan dan Kebudayaan pada sessi 2005. Mungkin kasih mereka bertaut di situ. Allahu Akhbar!!! Moga2 bakal kedua-dua mempelai ini sentiasa diberkahi dan dilimpahkan kasih sayang Allah selalu.

Tapi sayangnya, 8 Mac adalah tarikh Pilihanraya Umum ke 12. Mungkin sahabat-sahabiah yang jauh agak sukar ke sana kerana rintangan gerak kerja PRU yang harus dilaksanakan. Apapun untuk kalian berdua, doa2 sahabat sentiasa mengiringi. Apapun silap Pak Lah memilih tarikh tersebut. Sekalipun ramai yang akan pergi mengundi, InsyaAllah kemeriahan majlis akan tetap terasa. Barakallahu Fikuma Abadan Abada.Allahumma Baariklahuma. Amin..


Doaku untuk kalian

Ya Allah

Berkatilah kedua-dua mujahid dan mujahidah ini



Kerana dengan izinmu mereka telah bersatu


Membina sebuah baitul muslim yang dituntuti

Ya Allah

Limpahkanlah rahmat, cinta dan kasih sayangMu

Terhadap kedua-dua mujaid dan mujahidah ini

Agar dengan restu cinta MU

Mereka bisa bahagia dalam suasana yang damai harmoni

Ya Allah

Simpulkan ikatan hati kedua-dua mempelai ini

Agar terus istiqamah dijalan dakwah kerana MU

Agar terus bersatu dalam perjuangan agamaMU

Semoga dengannya itu

Merka dikurniakan generasi Rabbani

Yang akan menjadi mata rantai-mata rantai

perjuangan kekasih-kekasihMU

Ya Allah

Berkahilah kedua-duanya

Sayangilah kedua-duanya

Kerana dengan rahmat dan inayah MU

Mereka bersatu...

AMIN....



Selamat Pengantin Baru

MASTURA BINTI HAJI MD. HASSAN

&

MOHD ADHAM BIN ISA

8 MAC 2008

Bersamaan

29 SAFAR 1429H

Tuesday, February 26, 2008

Bacaan Asas 10 Pertama

Muqadimah Bacaan Asas 10 Pertama

Setiap rawatan yang dilakukan hendaklah didahului dengan Surah Al-Fatihah, dengan beristighfar terlebih dahulu yang diikuti dengan selawat. Sesungguhnya fadilat Surah Al-Fatihah itu terlalu besar untuk mendapatkan kesembuhan penyakit, termasuklah sakit akibat disengat binatang, bisa juga racun.
Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu yang ia pernah sakit di Mekah, tanpa tabib dan ubat. Lalu ía minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa kali kemudian minum air zamzam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah. Ia akhirnya merawat setiap arang sakit yang menemuinya dengan kaedah yang sama.
Kharijah bin as-Salat al-Tamimi meriwayatkan sebuah hadis daripada bapa saudaranya Allaqah bin Sahhar, yang menyatakan dia telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan pulang dia telah didatangi oleh sekumpulan orang Arab. Mereka berkata:
“Kami diberitahu bahawa saudara datang dengan membawa kebajikan. Adakah saudara mempunyai ubat atau jampi? Kami mempunyai seorang lelaki gila yang dirantai”. Dia menjawab, “Ya!” Lalu ia dibawa menemui lelaki yang dipasung tadi. Pesakit tadi telah dibacakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah selama tiga hari berturut-turut, setiap pagi dan petang, dan al-Hamdulillah sembuh seperti sediakala dengan izin Allah s.w.t.
Bacaan :
1- Alfatihah Terjemahan:
(1) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, (3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, (4) Yang menguasai hari pembalasan. (5) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus, (7) (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
2- Ayat Kursi

Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)

3- Ya Baari'

Terjemahan:
Wahai Tuhan yang menyembuhkan penyakit


4- Kaaaaf Ha Ya ‘Aiiiin SoooodHa Miiiim ‘Aiiiin Siiiin Qoooof


5- Selawat Syifa'

Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.


6- Selawat Tafrijiyah


Terjemahan:
Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.

7- Lau Anzalna
Terjemahan:
(21) Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berpikir. (22) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (23) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan. (24) Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Hasyr ayat 21 ~ 24)

8- Doa Hindar Syaitan

Terjemahan:
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripada setiap syaitan yang tercela. Aku belindung kepada Allah yang esa lagi mulia, daripada setiap musuh dan orang yang hasad , juga daripada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang maha pemurah terhadap hambanya dengan firmanNya “Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik kejadian”.

9- Selawat sejahtera

Terjemahan:Selamat Sejahtera ke atas nabi Sulaimandi dunia dan akhirat

10- Doa Nabi Sulaiman
Terjemahan:
Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya,. Selamat sejahterakanlah kami wahai tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail. Telah menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan yang banyak. Maha suci Allah ta’ala yang maha mulia kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis, wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi dengan rahmatMu ya Allah yang amat mengasihani daripada segala-galanya.


sumber : darussyifa'online


Sunday, February 24, 2008

Buat Ummi Muna

Hari ini aku dapat mesej daripada orang jauh yang sangat ku kenali. Beliau menghantar perkhabarannya di sana. Sayu hati dan terkejut aku sewaktu melihatkan gambarnya terlantar sakit di hospital. Sesungguhnya, semenjak meninggalkan kampus 3 bulan yang lalu, langsung tiada ku dengar khabarnya. Cuma hari ini beliau menghantarkan perkhabarannya, namun dalam kondisi yang berbeza. Dulu sewaktu mengenalinya, beliau sangat ceria, suka membantu orang, selalu menyelesaikan masalah orang dan selalu membuatkan orang gembira. Gembiranya sangat menyenangkan. Kini beliau tengah sakit dan memerlukan rawatan lanjut di hospital. Apapun, keadaannya hampir pulih. Percayalah, melihatkan wajahnya yang sentiasa ceria dan tersenyum gembira, beliau seorang yang sangat tabah. Itulah ummi Muna. Doaku semoga beliau cepat sembuh dan sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah selalu.
Sesungguhnya dugaan itu menghapuskan dosa.


Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

Sesungguhnya Allah menyayangi ummi. Sebab itu diberiNya ujian supaya ummi sentiasa dekat pada-Nya

Ini puisi yang kirimkan pada ku. Syukron..



THERE IS NO WORD AS BEAUTIFUL AS ALLAH.


NO EXAMPLE AS BEAUTIFUL AS RUSULULLAH Sallallahu 'alayhi wa salim.




NO FAITH AS BEAUTIFUL AS ISLAM.




NO RECITATION AS MERACLOUS AS AZAAN.




NO ENCYCLOPEDIA AS PERFECT AS AL QUR'AN.




NO EXERCISE AS PERFECT AS SALAH.




NO DIET AS PERFECT AS FASTING.




NO JOURNEY AS PERFECT AS HAJJ.




LETS REALIZE THAT ISLAM IS EVER BEAUTIFUL AND PERFECT!!!




Beauty is the Qur'anic verses,


Which spell all that we know


In which it's hidden beauty may be unlocked


Unlocked by the searchers,


Who care not of this world.


World perfect book is QURA'AN




Let us:




Learn Islam with ambition,


Observe Islam with sincerity,


Practice Islam with discipline


Spread Islam with truth and kindness




May Allah guide us all and give us the wisdom not only to discern right from wrong but also to follow the right path after having identified it and then keeping on travelling in that same direction till the last day. Ameen

Peristiwa Perang HUNAIN

Sudah merupakan kebiasaan Nabi, bilamana baginda menaklukkan suatu wilayah, secara peribadi baginda mempelajari keadaan politik dan agama penduduknya selama baginda tinggal di situ. Sebelum meninggalkan tempat itu, baginda melantik orang-orang yang sesuai untuk berbagai jawatan. Alasannya ialah bahawa orang-orang di wilayah itu, yang mengenali sistem lama yang batil, tidak mengenali sistem Islam yang menggantikannya. Islam adalah suatu sistem sosial, moral, politik, dan agama, yang hukum-hukumnya berasal dari wahyu.
Untuk mengenalkan hukum-hukum ini kepada manusia serta penerapannya dalam praktik diperlukan orang yang cekap, cerdas dan berpengetahuan. Ia harus mampu mengajarkan kepada mereka prinsip-prinsip Islam yang benar secara bijak, dan harus pula menerapkan sistem Islam di tengah-tengah mereka
Ketika Nabi memutuskan hendak berangkat dari Makkah menuju wilayah suku Hawazin dan Tsaqif, baginda melantik Mu’az bin Jabal sebagai guru dan mengajari umat, dan mengamanatkan pemerintahan kota itu dan imam masjid kepada ‘Atab bin Usaid yang cekap. Setelah tinggal di Makkah selama lima belas hari, Nabi berangkat menuju daerah suku Hawazin.


Tentera yang Tiada Tandingan

Pada saat itu ada 12,000 tentera di bawah panji Nabi. Dari jumlah itu, 10,000 orang menyertainya dari Madinah dalam pembebasan Makkah, sedang yang 2,000 berasal dari kaum Quraisy Makkah yang baru masuk Islam, dengan Abu Sufyan sebagai pemimpinnya.
Di masa itu, tentera sebesar itu hampir tak pernah ada di Tanah Arab. Namun, justeru kekuatan jumlah mereka inilah yang menjadi penyebab kekalahan awal mereka. Sebabnya, berlainan dengan di masa lalu, sekarang mereka membanggakan diri kerana jumlahnya yang besar. Akibatnya, mereka mengabaikan taktik dan prinsip-prinsip perang.
Ketika para sahabat melihat jumlah tentera yang besar itu ada di antara mereka yang berkata, “Sama sekali kita tak akan kalah, kerana jumlah tentera kita jauh lebih besar daripada musuh.” Namun, ia tidak menyedari bahawa keunggulan jumlah bukanlah satu-satunya faktor penentu kemenangan, dan sesungguhnya faktor itu malah kurang penting.
Al-Quran sendiri menyebutkan hal ini yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukmin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas ini telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.”
(Al Qasas : 85)


Mencari Maklumat

Setelah pembebasan Makkah, api perlawanan menyala di daerah-daerah kediaman suku Hawazin dan Tsaqif. Mereka menjalin hubungan khusus di antara mereka. Mata rantai penghubung di antara mereka ialah seorang lelaki gemar berperang yang bernama Malik bin ‘Aufan Nasri. Hasil dari persekutuan mereka, sebelum tentera Islam sempat memberi perhatian kepada mereka, mereka sendiri telah datang menghadapi tentera Islam. Akibatnya, sebelum kaum Muslimin bergerak, mereka menyerang dengan keras melalui suatu taktik tentera. Mereka juga telah memilih seorang lelaki gagah berani berusia tiga puluh tahun untuk bertindak sebagai komando perang.
Selain dari kedua-dua suku di atas, suku Bani Hilal, Nasar, dan Jasyam juga ikut serta dalam pertempuran ini, dan semuanya menjelma sebagai pasukan pemukul yang padu.
Sesuai perintah panglima tertingginya, semua yang ikut dalam pertempuran itu menempatkan kaum wanita, anak-anak, dan hartanya dibelakang tentera. Ketika ditanya tentang alasan keputusannya itu, Malik, sang panglima mengatakan, “Kaum lelaki ini akan tetap teguh dalam pertempuran untuk melindungi keluarga dan hartanya dan sama sekali tak akan berfikir untuk melarikan diri atau mundur.”
Ketika Duraid bin Sammah, pejuang tua yang berpengalaman, mendengar ratapan kaum wanita dan anak-anak, ia mengecam Malik. Ia memandang tindakan Malik itu salah dari sisi prinsip perang, ia berkata kepada Malik, ”Dengan tindakan ini, apabila nanti kamu dikalahkan maka kamu akan menyerahkan semua wanita dan harta kamu kepada tentera Islam secara borong.”
Malik tidak mempedulikan kata-kata tentera berpengalaman itu. Ia mengatakan, “Kamu telah menjadi tua dan telah kehilangan kebijaksanaan dan pengetahuan tentang taktik berperang.” Peristiwa kemudian membuktikan bahawa orang tua itu benar. Kehadiran wanita dan anak-anak di medan perang, di mana orang harus menyerang dan lari, ternyata tak berguna, bahkan hanya mempersulit dan menghalangi gerak tentera.
Nabi mengutus Abdullah al-Aslami secara rahsia untuk menghimpun maklumat tentang peralatan, niat, dan rancangan gerakan musuh. Ia berkeliling di seluruh tentera musuh itu sambil mengumpulkan maklumat yang diperlukan, untuk kemudian menyampaikannya kepada Nabi. Sebaliknya, Malik juga mengirim tiga orang perisik kepada kaum Muslimin secara khusus untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Namun, mereka malah kembali kepada Malik dengan hati penuh takjub dan takut.
Panglima pasukan musuh itu memutuskan untuk menambah bilangan tentera dan berusaha mengatasi kelemahan moral tenteranya dengan tipu daya yang licik, yakni dengan melakukan serangan mengejut dan menimbulkan kekacauan di kalangan tentera Islam, agar tentera Islam porak-peranda.Untuk mencapai tujuan itu, Malik berkhemah di hujung lembah yang mengarah ke wilayah Hunain.
Kemudian ia memerintahkan semua tenteranya bersembunyi di sebalik batu-batu dan celah-celah bukit tinggi di sekitar lembah itu. Begitu tentera Islam tiba di lembah yang dalam dan panjang itu, mereka semua harus keluar dari tempat persembunyiannya lalu menyerang kesatuan-kesatuan tentera Islam dengan panah dan batu. Setelah itu, suatu kelompok khusus harus turun dari perbukitan secara teratur dan menyerang kaum Muslimin dengan pedang di bawah perlindungan pasukan pemanah.

Serangan Mengejut

Nabi menyedari kekuatan dan strategi musuh. Oleh itu, sebelum meninggalkan Makkah, baginda memanggil Shafwan bin Umayyah, lalu meminjam seratus baju perang sambil menjamin pengembaliannya. Baginda sendiri memakai dua baju perang dan pelindung kepala. Sambil menunggang keldai putih yang telah dihadiahkan kepadanya, baginda bergerak maju bersama tentera Islam.
Tentera Islam beristirehat malam hari dimulut lembah tadi. Sebelum fajar sepenuhnya muncul, pasukan Muslim dari suku Bani Salim tiba di jalur Lembah Hunain di bawah komando Khalid bin Walid. Ketika sebahagian besar tentera Islam masih di dalam lembah itu, tiba-tiba terdengar bunyi riuh desiran panah dan teriakan ramai pasukan musuh yang sebelumnya telah duduk menghadang di sebalik batu-batu. Ini menciptakan kegemparan luar biasa di kalangan kaum Muslimin.
Panah menghujani mereka, dan sekelompok musuh menyerang di bawah lindungan para pemanahnya. Serangan mengejut ini menyebabkan kaum Muslimin bertempiaran dan mereka segera mencari perlindungan. Kekacauan dan perpecahan pun timbul. Perkembangan ini sangat menggembirakan kaum munafik yang ada di antara tentera Islam. Sebahagian berkata, “Kaum Muslimin akan melarikan diri hingga ke pesisir laut.” Seorang munafik lain mengatakan, “Sihir telah terlawan.” Yang lain bertekad untuk menghabisi Islam dalam keadaan kacau itu dengan membunuh Nabi untuk menghancurkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa dan kenabian Islam sekaligus.


Ketabahan Nabi dan Sahabat

Nabi sangat terganggu oleh larinya para tentera yang merupakan penyebab utama segala kegemparan dan kekacauan itu. Baginda merasa bahawa apabila keadaan itu dibiarkan, walaupun hanya sebentar, jalannya sejarah mungkin menjadi lain; pasukan syirik akan menghancurkan tentera tauhid.
Oleh itu, sambil menunggang keldainya, baginda berseru dengan suara nyaring, “Hai pembela Allah dan Nabi-Nya! Aku hamba Allah dan Nabi-Nya.” Baginda mengucapkan kalimat ini lalu memalingkan keldainya ke medan pertempuran yang telah diduduki tentera Malik. Sekelompok orang siap berkorban, seperti Ali, Abbas, Fadhal bin Abbas, Usamah, dan Abu Sufyan bin Harits, yang tak sudi membiarkan Nabi sendirian tanpa perlindungan, juga maju bersama Nabi.
Nabi meminta Abbas, bapa saudaranya, yang suaranya amat keras, untuk memanggil kembali kaum Muslimin yang bertempiaran, “Hai Ansar yang menolong Nabi-Nya! Hai kaum yang membai’at Nabi di bawah pohon syurga! Kemana kamu akan pergi? Nabi berada di sini!” Kata-kata Abbas sampai ke telinga kaum Muslimin dan merangsang semangat dan ghairah keagamaan mereka. Mereka semua segera menyambut dengan mengatakan, “Labbaik! Labbaik!” Lalu kembali dengan gagah berani bersama-sama Nabi.
Seruan Abbas yang berulang-ulang, yang memberi khabar gembira tentang keselamatan Nabi, membuat orang-orang yang bertempiaran itu kembali kepada Nabi dengan rasa penyesalan dan mengatur lagi barisannya. Sesuai dengan perintah Nabi, dan untuk menghapus noda malu kerana melarikan diri itu, kaum Muslimin melakukan suatu serangan umum. Dan dalam waktu sangat singkat, mereka berhasil memukul musuh mundur atau melarikan diri. Untuk memberi semangat kepada kaum Muslimin, Nabi mengatakan, “Saya Nabi Allah dan tak pernah berdusta, dan Allah telah menjanjikan kemenangan kepada saya.”
Taktik perang ini berhasil membuat para pejuang Hawazin dan Tsaqif melarikan diri ke wilayah Autas dan Nakhlah dan ke benteng Tha’if, dengan meninggalkan kaum wanita dan harta mereka serta tenteranya yang mati di medan pertempuran.

Wednesday, February 20, 2008

Jihad Perjuangan Yang Paling Utama

Hadith :

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:“Ada seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah siapakah orang yang paling utama?. Jawab Baginda saw, Iaitu orang mukmin yang berjihad dengan dirinya sendiri pada jalan Allah, lelaki itu bertanya lagi, selepas itu siapa lagi?, “Baginda saw. Menjawab yang mengasingkan dirinya dilereng lereng bukit untuk beribadat kepada Tuhannya. Dalam satu riwayat yang lain, iaitu orang bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan (mengasingkan dirinya) daripada orang yang melakukan kejahatan”.
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Huraian
1. Sebenar benar jihad ialah orang yang sentiasa berusaha memperbaiki dirinya untuk bertaqwa kepada Allah S.W.T. serta membelanjakan hartanya kejalan yang diredhai.
2. Islam menuntut umatnya menyeru kearah kebaikan dan menentang kemungkaran. Usaha ini hendaklah dilakukan secara berperingkat seperti yang dilakukan oleh syarak.
3. Jihad dalam erti kata yang luas ialah kita dikehendaki sama-sama memperjuang dan memperlengkapkan diri bagi mencapai hasrat untuk kemajuan agama bangsa dan negara serta mempertahankannya dari sebarang ancaman musuh baik dari dalam mahupun dari luar.
Sumber : JAKIM

Tuesday, February 19, 2008

Sana'khoodu Ma'arikana Ma'ahum


Sana'khoodu Ma'arikana Ma'ahum


We'll take our fights with them



Wa sanam dhiJi moo'an Narda'uhum



We'll go as groups to stop them



Wa nu'eedul haqqal mug-tasaba



We'll return our slain rights (territories)



Wa bi kullil quwwati Nad-fa'uhum



With all force we'll push them out






Sana'khoodu Ma'arikana Ma'ahum



We'll take our fights with them



Wa sanam dhiJi moo'an Narda'uhum



We'll go as groups to stop them



Wa nu'eedul haqqal mug-tasaba



We'll return our slain rights (territories)



Wa bi kullil quwwati Nad-fa'uhum



With all force we'll push them out



Wa bi kullil quwwati Nad-fa'uhum



With all force we'll push them out




Bisilaahil haqqil battari



By the weapon of truth (meaning that they are the people who have the right, the right will always go back to its owners one day, no matter how long wrong lasts)



Sanu harriru ardhal ahraari



We'll free the land of the frees (meaning that their dignity always made them free)



Wanu'eedul tuhraa ilal qudsi



We'll return the pureness of Islam to Al-Quds (meaning it wasn't pure under non Muslim leadership)



Min Ba'didh-dhuli wadhal 'aree



After our weakness our humiliation






Bisilaahil haqqil battari



By the weapon of truth (meaning that they are the people who have the right, the right will always go back to its owners one day, no matter how long wrong lasts)



Sanu harriru ardhal ahraari



We'll free the land of the frees (meaning that their dignity always made them free)



Wanu'eedul tuhraa ilal qudsi



We'll return the pureness of Islam to Al-Quds (meaning it wasn't pure under non Muslim leadership)



Min Ba'didh-dhuli wadhal 'aree



After our weakness our humiliation



Min Ba'didh-dhuli wadhal 'aree



After our weakness our humiliation






Sana'khoodu Ma'arikana Ma'ahum



We'll take our fights with them



Wa sanam dhiJi moo'an Narda'uhum



We'll go as groups to stop them



Wa nu'eedul haqqal mug-tasaba



We'll return our slain rights (territories)



Wa bi kullil quwwati Nad-fa'uhum



With all force we'll push them out



Wa bi kullil quwwati Nad-fa'uhum



With all force we'll push them out






Wa sanamdhi Nadukkum-Ma'aqilahum



We'll carry on bring down their fortresses



Bi dawyyin Daamin Yuqliquhum



With strong sounds that will scare them



Wa sanam hul 'ara' Bi'ayy-deena



We'll erase our humiliation by our own hands



Wa biqullil quwwati Narda'uhum



With all force we'll stop them



Wa sanamdhi Nadukkum-Ma'aqilahum



We'll carry on bring down their fortresses



Bi dawyyin Daamin Yuqliquhum



With strong sounds that will scare them



Wa sanam hul 'ara' Bi'ayy-deena



We'll erase our humiliation by our own hands



Wa biqullil quwwati Narda'uhum



With all force we'll stop them



Wa biqullil quwwati Narda'uhum



With all force we'll stop them






Sana'khoodu Ma'arikana Ma'ahum



We'll take our fights with them



Wa sanam dhiJi moo'an Narda'uhum



We'll go as groups to stop them



Wa nu'eedul haqqal mug-tasaba



We'll return our slain rights (territories)



Wa bi kullil quwwati Nad-fa'uhum



With all force we'll push them out



Wa bi kullil quwwati Nad-fa'uhum



With all force we'll push them out






Lan Nardha Bijuz-in Muhtallin



We'll never accept a slain part of our lands



Lan Natruka Shibral-lildh-dhulli



We'll never leave out a bit of our land for them to humiliate us with.



Satamourul ardhu Wa tahriquhum



The Earth will burst in flames and burn them



Fil ardhi Baraakeenun Taghli



In Earth there is volcanoes that are boiling (he's pointing to how much Muslims have in their hearts from having their lands slain rights taken)






Lan Nardha Bijuz-in Muhtallin



We'll never accept a slain part of our lands



Lan Natruka Shibral-lildh-dhulli



We'll never leave out a bit of our land for them to humiliate us with.



Satamourul ardhu Wa tahriquhum



The Earth will burst in flames and burn them



Fil ardhi Baraakeenun Taghli



In Earth there is volcanoes that are boiling (he's pointing to how much Muslims have in their hearts from having their lands slain rights taken)



Fil ardhi Baraakeenun Taghli



In Earth there is volcanoes that are boiling (he's pointing to how much Muslims have in their hearts from having their lands slain rights taken)









Munsyid Tariq Jabir

Ahlan Bina

Ahlan Bina bitatil biladil wa marhaban
Jadad tumul ah dal ladzi kod akhlaqo
La tai asu an tastarid du majdakum
Fala rubba maghlubin hawa sum martaqo

Madad lahul ammal lu fi af lakiha
Khaiturraja ilal u lafa ta sallaqo
Fatajassamu lil majdikul li azimattin
Inni ra aitul majdu so'bal murtaqo

Ahlan Bina bitatil biladil wa marhaban
Jadad tumul ah dal ladzi kod akhlaqo
La tai asu an tastarid du majdakum
Fala rubba maghlubin hawa sum martaqo

Ya Rasullallah Ya Habiballah x4

Shama iluhu maan nasimissiba
Bialthofimin ha wa zahri riba

kasahul maha mida mundus siba
Wa a' rohu min a'ri kulli mazam
Ya Rasullallah Ya Habiballah x4

Munsyid Far East

Cita-Cita Dan Cinta

Duhai temanku
Mengapa dipisahkannya
Cita-cita dan cinta
Keimanan itu akan menyatukan ia
Jika kita mencuba
Di mana citamu...

Di mana cintamu
Keduanya perlu...
Kau binalah kerana Tuhanmu

Agar keduanya berpadu

Cinta yang hakiki...
Lahir di hati suci

Demi iman dan Islam
Jangan kau pula pisahkannya
Antara cinta-cita dan cinta

Cinta yang sejati...
Bukannya ilusi mimpi

Usaha seiring doa
Kernaa iman dan Islam
Harus kita menunaikannya
Cintailah citamu
Binalah kerana Tuhanmu

Munsyid Rabbani

Sunday, February 17, 2008

PUTERIKU SAYANG

Lembut mu tak bererti

kau mudah dijual beli

Kau mampu menyaingi

lelaki dalam berbakti

Lembut bukan hiasan

bukan jua kebanggaan

Tapi kau sayap kiri

pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu

disebalik tabir diri mu

Ada rahsia agung

tersembunyi dalam diri

Itulah sekeping hati

yang takut pada ilahi

Berpegang pada janji

mengabdikan diri

Malu mu mahkota

yang tidak perlukan singgahsana

Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama

Tiada siapa yang akan

boleh merampasnya

Melainkan kau sendiri

yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama

benteng negara dan agama

Dari dirobohkan dan

jua dari dibinasakannya

Wahai puteriku sayang

kau bunga terpelihara

Mahligai syurga itulah tempatnya


POSTER CUN PRU 12 Versi Kelantan


Thursday, February 14, 2008

MENJELANG PRU12: UNDI ANDA TETAP RAHSIA.

[Mohon di Sebarkan pada rakan rakan anda dengan seluasnya]

1. Pilihanraya ke 12 nampaknya begitu hampir sekali. Kabarnya ada orang yang meminati nombor 13, maka ianya akan dimulakan atau ditutup dengan 13. Kalau mengikut Islam, kepercayaan kepada perkara seperti nombor yang memberi nasib yang baik adalah satu khurafat. Oleh itu sebagai jalan selamat, kita boleh lah mengatakan, kerana minat sangat terhadap sesuatu nombor maka banyak perkara mahu dilakukan berdasarkan nombor itu atas dasar suka suka.

2. Setiap kali pilihanraya akan ada pertanyaan "Adakah Undi Saya Rahsia?" atau "Bolehkah Undi Saya Di Ketahui Orang?". Saya tidak mengetahui kenapa persoalan itu di war warkan hampir setiap kali pilihanraya. Mungkinkah orang yang bertanya itu tidak pernah mengundi. Mungkin juga orang itu tidak pernah mengetahui proses pengundian. Atau ADAKAH MUNGKIN ORANG BEGITU DILETAKKAN untuk menakut nakutkan bakal bakal pengundi dengan mengurangkan keyakinan bahawa undi itu rahsia?

3. Saya lebih suka pada pendapat yang terakhir. Bagi saya akan ada orang yang mahu supaya ramai pengundi merasa was-was dan merasa curiga bahawa pada akhirnya kertas undi mereka akan diketahui dan siapa mereka undi akan diketahui. Maka pengundi jenis ini akan takut untuk membuat pilihan yang wajar dan kemungkinan pengundi ini akan mengundi dalam keadaan hati terpaksa. Apa lagi jika mereka terikat dengan perkara perkara seperti AKUJANJI atau pun membuat perniagaan kecil yang bergantung kepada sesuatu pihak. Sudah tentu pengundi tidak akan merasa selesa dan merasa bimbang dan mungkin ada yang merasa takut.

4. Saya ingin menegaskan kepada pembaca sekelian bahawa UNDI TUAN DAN PUAN ADALAH TETAP RAHSIA. Oleh itu jangan takut untuk mengundi sesiapa pun.

Tidak ada siapa yang tahu, siapa dan parti mana yang anda pangkah. Sila ikuti penerangan saya mengenai proses pengundian selepas ini. Walaupun saya bukan orang yang berautoriti untuk menerangkan, saya merasakan satu kewajipan saya untuk berkongsi pengetahuan saya. Nak dapat orang yang berkewajipan menulis di dunia internet ini, amat susah kerana sebab masing masing. Dan kalau yang pandai pun, mungkin telah berumur, oleh itu internet ini alien untuk mereka. JIKA SAYA MEMBUAT KESILAPAN, anda yg tahu perlu membetulkan dgn reply pada tulisan ini.

5. Pertamanya, sebelum hari mengundi, jangan sekali kali menyerahkan kad pengenalan anda pada sesiapa. Kad pengenalan itu mesti sentiasa berada dengan anda. Jika anda tersilap langkah, maka peluang anda mahu mengundi akan berakhir. Jika Kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen ditempat itu adalah Kerusi Panas, maka anda lebih perlu berhati hati.

6. Satu dua hari sebelum hari mengundi, anda mungkin menerima cetakan maklumat daftar pemilih anda. Parti Politik yang bertanding selalunya akan mengedarkan maklumat ini. Disitu akan di catatkan No siri daftar pemilih anda, No Kad Pengenalan, Nama Anda, Dimana Anda Mengundi dan Nombor Saluran.

7. Apabila anda telah yakin dengan maklumat, terutama maklumat dimana anda mengundi, dan anda tahu Nombor Saluran, maka pada hari mengundi anda tidak perlu ke kaunter SPR atau ke kaunter parti politik diluar pagar. Anda boleh terus masuk pintu pagar kawasan tempat mengundi dan terus menuju dimana saluran tempat mengundi anda ditempatkan. Jika anda tidak pasti Nombor Saluran anda, anda perlu pergi ke kaunter SPR diluar tempat mengundi. Jika anda pergi kekaunter SPR, anda sudah pasti akan beratur dua kali. Itu sebab ada baiknya untuk terus pergi ke Saluran mengundi anda.

8. KATAKAN lah, anda menghadapi masalah dengan tempat mengundi dan nombor saluran anda. Atau apabila anda pergi ke kaunter SPR, nama anda tidak ada dalam senarai. ATAUPUN apa apa masalah yang boleh mengganggu hak anda untuk mengundi. JIKA ini berlaku, saya mencadangkan anda TERUS PERGI KE KAUNTER BN di luar pagar. Tidak kiralah siapa yang anda ingin undi, dan tidak perlu diberitahu pun. Terangkan kepada mereka, isu anda, dan Insyallah mereka akan berusaha dengan hebat untuk memastikan anda dapat mengundi. Akan ada yang bertanya kepada saya, kenapa pergi ke kaunter BN. Saya tidak mahu menjawab disini.

9. Kiranya anda tiada apa apa masalah, maka anda telahpun beratur untuk mengundi. Apabila tiba giliran anda, Kerani Tempat Mengundi akan meminta Kad Pengenalan Anda. Beliau akan menyebut dengan kuat, No Daftar Pemilih anda, Nama Anda, No Kad Pengenalan anda.

10. Sekiranya tidak ada bantahan dari Polling Agen Parti yang bertanding didalam bilik mengundi itu, Kerani akan menggariskan nama anda, kemudian mengoyakkan kertas undi Parlimen dan kertas undi DUN dan diberikan kepada Anda. Untuk PRU12, kabarnya Kerani akan menitikkan DAKWAT HITAM ke kuku anda. {negara lain celup, negara kita ...titik aja, kabarnya ...jimat cermat). Kemudian anda bergerak ketempat membuang undi.

11. Anda memangkah apa yang patut, dan kemudian lipat lah dengan baik, mungkin lipat empat supaya tidak terbuka bila dimasukkan kedalam peti undi. Kabarnya peti undi kali ini adalah transparen. Lipat lah dengan baik, takut takut kertas undi anda terbuka dan dunia mengetahui siapa yang anda pangkah.

12. Anda pun melangkah keluar dari bilik mengundi, boleh balik rumah dan tidur. Masa mengundi akan tamat pada jam 5.00 petang.

13. Pada pilihanraya 2004, sebelum kerani mengundi memberikan kertas undi kepada anda, beliau akan menulis no siri counterfoil buku undi keatas kertas undi anda. INI TELAH MENYEBABKAN PARA PENGUNDI MENJADI BIMBANG YANG AMAT SANGAT, takut kalau kertas undi mereka boleh di kesan atau di trace balik, kerana ada nombor siri diatas kertas undi yang akan dimasukkan kedalam peti undi.

Untuk PRU 12 ini, PERKARA INI TELAH DIBATALKAN. BERMAKNA, kerana dibilik undi, TIDAK BOLEH MENULIS APA APA diatas kertas undi anda. Ianya telah dibatalkan semenjak dari pilihanraya kecil Ijok. Ada satu dua tempat mengundi di Ijok yang telah mengamalkannya lagi tetapi telah dibantah keras oleh Pemerhati Pilihanraya MAFREL. OLEH ITU TIDAK ADA LAGI SEBARANG TULISAN ATAU NO SIRI DIATAS KERTAS UNDI ANDA. UNDI ANDA TETAP RAHSIA.


CARTA PROSES MENGUNDI
1-Anda masuk kawasan mengundi.-ke meja SPR atau-terus ke saluran mengundi & beratur

2-kerani ambil IC , -sebut nama anda dgn kuat, -garis nama anda jika tiada bantahan

3kerani koyak kertas undi DUN&Plmen. Titik dakwat di jari &beri kertas undi pd anda,

4anda ketempat buang undi, pangkah, lipat dgn baik, masuk kertas dlm peti undi DUN & Plimen & keluar.

Dari Proses Diatas Tidak Ada Tanda Tanda Undi Anda Tidak Rahsia

Keyakinan bahawa undi anda adalah rahsia adalah amat penting untuk memastikan anda dapat membuang undi dengan rasa selesa dan aman tanpa ada ketakutan bahawa akan ada orang yang boleh mengesan undi anda.

Proses seterusnya ialah proses pengiraan undi yang akan saya terangkan kemudian, untuk mengelakan penulisan ini terlalu panjang. Insyallah

nukilan Hamdy petikan dari ingatan yahoogroups

*undilah dengan bijak...

Wednesday, February 13, 2008

Istimewa Buat Kak CT Rukiah


Istimewa Buat Kak Ct - 31 January 2008
Tahniah di atas pernikahan nti.
Inni ukhtuki fil Islam
SELAMAT MENJADI ZAUJAH SOLEHAH
ما فى قلبى غير الله

Pernikahan atau Perkawinan,
Membuka tabir rahasia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf
Justru suamimu hanyalah pria akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh solehah...
Pernikahan atau Perkawinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, Kamu penghuninya,
Suami adalah Nakoda kapal, Kamu navigatornya,
Suami bagaikan balita yang nakal, Kamulah penuntun kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja, Kamu nikmati anggur singgasananya,
Seketika Suami menjadi bisa, Kamulah penawar obatnya,
Seandainya Suami masinis yang lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan atau Perkawinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan ridho,
Karena memiliki suami yang tak segagah mana,
Justru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna didalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah ...cRight :)

Generate Your Own Glitter Graphics @ GlitterYourWay.com - Image hosted by ImageShack.us

Mengapa Wajib Mengundi PAS???


Bagaimanakah Pas menampilkan hujahnya di dalam misi mengambil alih pemerintahan negara bagi membenarkan keabsahan hukum dan fatwa tersebut (mengapa wajib mengundi PAS) seterusnya mengikat penyokongnya dengan kewajiban tersebut? Mari kita meneliti penghujahan berikut:




1 ) Pas satu - satunya gerakan Islam yang menyertai pilihan raya.
Adalah jelas sepanjang sejarah pilihan raya di Malaysia, Pas kekal sebagai satu - satunya parti politik Islam yang berterusan menyertai pilihan raya untuk mendaulatkan Islam dalam negara. Walaupun tidak dinafikan kewujudan beberapa gerakan dan kumpulan Islam yang berjuang untuk menegakkan ketuanan Islam dalam negara, tetapi parti Paslah menjadi satu - satunya gerakan Islam yang menyertai pilihan raya secara langsung.
Dengan medan yang kosong dan bebas daripada kekeliruan sesama sendiri, adalah jelas umat Islam yang diwajibkan menerima sistem dan perundangan Islam dalam politik kenegaraan tiada lagi pilihan dan hak selain menyokong dan mengundi Pas dalam pilihan raya yang menjadi satu -satunya cara yang aman dan dibenarkan dalam sistem demokrasi hari ini.





2 ) Pas satu - satunya parti politik yang bercita - cita menegakkan negara Islam.
Selain bebasnya medan pilihan raya daripada kekalutan kekeliruan sesama gerakan Islam, ia juga menonjolkan Pas sebagai satu - satunya parti politik yang menjadikan pensyariatan Islam sebagai matlamat dan agenda utama politiknya. Apabila Pas bersendirian di medah siasah memperjuangkan Islam sebagai cara hidup, adalah jelas sokongan umat Islam mestilah diberikan kepada Pas demi memastikan kejayaannya di dalam pilihan raya, seterusnya menguasai tampuk pemerintahan dengan keadilan dan kesejagatan Islam.
Tidak mengundi bererti mengekalkan pemerintahan sekular sedia ada untuk terus mengekalkan penolakan terhadap Islam. Mengundi selain Pas yang sememangnya berjuang bukan untuk Islam pula juga memberi erti yang sama selain secara terbuka menolak sebuah gerakan yang tanpa syak berjuang untuk Islam.
Justeru mengundi Pas adalah menjadi kewajiban ugama yang tidak dapat ditolak lagi oleh isu - isu kecil seperti hak kebebasan memilih dalam pilihan raya, kecondongan kepada individu tertentu dan sebagainya.





3 ) Pas adalah sebuah parti dan gerakan Islam yang menyeru kepada kesyumulan Islam.
Syarat utama sebuah gerakan Islam ialah seruannya mestilah kepada Islam yang syumul dan menyeluruh. Memecahkan Islam kepada juzuk - juzuk kecil adalah satu jenayah agama. Memfokuskan amal Islami kepada aspek - aspek tertentu dengan mengabaikan hak dan tuntutan aspek - aspek baki adalah satu kepincangan dan kekurangan yang boleh mencetus fitnah dalam memahami Islam yang sebenar.
Pas melepasi garisan ini. Ia adalah sebuah gerakan yang menyeru kepada Islam yang sempurna dan menyeluruh. Apabila ia bergerak cergas di dalam politik negara, ia turut campur tangan dan memiliki sentuhan Islami dalam segala aspek kehidupan. Apabila Pas, samada menyeru, menilai, mengukur atau memberi pandangan, maka ia mengambil kira semua aspek ugama tanpa mencacatkan wajah Islam dengan pandangan yang tempang.
Pas memiliki individu yang pakar dan sepenuh masa di dalam dakwah ibadah dan masjid, ekonomi dan kewangan, sosial dan kebajikan marhaen, kehakiman dan perundangan, pendidikan dan motivasi, kesihatan dan kesejahteraan, budaya dan bahasa sebagaimana ia memiliki kepakaran sepenuhnya dalam gelanggang politik negara dan antarabangsa.
Justeru memilih Pas dalam pilihan raya adalah wajib kerana dakwahnya kepada Islam yang menyeluruh. Lawan Pas dalam pilihan raya, Umno pula bukan hanya sempit pandangannya terhadap Islam, malah telah bermain - main dan mempersendakan Islam dengan nama Islam Hadhari yang penuh fitnah dan kekeliruan kepada masyarakat
.





4 ) Umno adalah parti kebangsaan sekular yang menolak Islam sebagai sumber hukum.
Lawan Pas dalam pilihan raya adalah Umno, sebuah parti yang ditubuhkan dengan bertunjang, bersandar dan berpayungkan dasar kebangsaan kemelayuan sekular yang menyimpang daripada tuntutan syara’. Sekularisme adalah musuh utama Islam selepas syaitan dan iblis. Sebagaimana dasar sekular yang memisahkan ugama daripada negara ditolak mentah oleh Islam, begitulah jua dasar nasionalisme yang menjadi kembarnya.
Adalah diketahui secara mudah dalam pengajaran ugama Islam bahawa berbangsa - bangsa adalah ciptaan Allah dengan tujuan saling mengenal dengan keistimewaan masing - masing dan saling menghormati demi kewajiban bersatu di bawah Islam sebagai wadah dan cara hidup. Berbangsa - bangsa adalah keindahan dan keunikan yang membibit rasa hormat dan kasih sayang demi sebuah penyatuan padu umat manusia.
Apabila Umno menjadikannya sebagai satu ideologi yang mengurung dan memisahkan antara bangsa - bangsa yang telah diikat teguh dengan kesatuan ugama dan kesemula jadian tadi, maka Umno dengan jelas bergerak menyimpang daripada tuntutan syara’. Tambahan pula, ideologi kebangsaan yang diagungkan itu adalah ciptaan barat yang dibawa ke dunia Islam demi memecahkan kesatuan yang telah lama dibina oleh kerajaan khilafah suatu masa dahulu. Kebangsaan adalah terlalu asing dan tertolak dalam sejarah Islam. Umno menerimanya daripada barat yang memusuhi Islam.
Inilah lawan Pas sepanjang pertembungan dalam pilihan raya. Ia adalah dua buah parti politik melayu Islam yang cukup berbeza dan bertentangan. Ia berlaku secara terpaksa atas sebab keingkaran satu kumpulan untuk menerima Islam, bahkan berkeras, malah berbangga dengan ideologi nasionalisme tersebut.
Justeru mengundi Pas adalah kewajiban ugama yang mesti ditunaikan. Mengundi Umno sebaliknya akan melangsungkan kesinambungan umat Islam hidup bernaung dalam dunia sekular terlarang.






Petikan Daripada Blog Ustaz Nik Abduh

Datuk Pa Contoh Melayu Mudah Lupa

Ugut mahasiswa, Mustafa jangan lupa kegiatan haram BN

KUALA LUMPUR, Feb (Hrkh) - Tindakan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamad yang mengugut dengan melarang mahasiswa terlibat dalam kempen pilihan raya umum ini perlu dianggap serius.

Menurut Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub ugutan ini merupakan satu sekatan ke atas kebebasan mahisiswa untuk berfikir, bercakap dan bertindak dalam membina jati diri mereka, sekali gus untuk mengelakkan golongan muda berpendidikan tinggi tidak menyokong BN.
Katanya, ironisnya di sebalik tegahan untuk mahasiswa terlibat itu, Mustapa sendiri memperalatkan mahasiswa untuk kepentingan politik BN.
Dalam pada itu, Salahuddin mengakui bahawa mahasiswa terhalang daripada terlibat dalam aktiviti politik termasuk kempen pilihan raya di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
"Tetapi, sebagai satu proses latihan kepemimpinan dan pembinaan modal insan, kerajaan patut membenarkan mahasiswa menentukan sendiri jati diri mereka terutama apabila berpeluang terlibat dalam pilihan raya yang berlaku empat atau lima tahun sekali ini.
"Kita menerima hakikat mahasiswa tidak terlibat dengan mana-mana parti politik di luar musim pilihan raya, tetapi untuk pilihan raya umum ini mereka perlu diberi kelonggaran.
"Jika generasi muda yang sebaya dengan mahasiswa di luar kampus boleh terlibat, maka golongan intelektual kita dihalang? Bukankah sebahagian daripada mahasiswa mempunyai hak mengundi, maka mengapa hak terlibat dalam kempen pilihan raya hendak disekat?"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Tambahnya, taktik yang digunakan oleh Kerajaan BN dengan mengenakan ugutan untuk menarik balik biasiswa atau pinjaman pendidikan adalah satu kezaliman.
"Apakah Kerajaan BN terlalu takut jika mahasiswa terlibat sedangkan mereka sendiri mendakwa begitu yakin untuk menguasai dua pertiga kerusi Parlimen.
"Ugutan-ugutan seperti tarik biasiswa, dipecat universiti dan dikenakan pelbagai tindakan disiplin yang lain hanya sesuai untuk zaman batu sahaja,"katanya lagi.
Jelas Salahuddin lagi, sekarang ini zaman teknologi maklumat di mana segala maklumat politik boleh masuk ke kocek baju mahasiswa.
"Maka tidak perlu ugutan yang tidak bertamadun ini dibuat oleh seorang menteri. Apakah menteri berfikir bahawa tahap pemikiran mahasiswa setaraf dengan masyarakat hulu atau orang yang tidak berpelajaran.
"Jika Menteri Pengajian Tinggi benar-benar ikhlas untuk menghalang mahasiswa terlibat dengan kempen politik kerana bercanggah dengan AUKU, maka mengapa menteri sendiri melakukan sebaliknya. Bukankah Kementerian Pengajian Tinggi telah membenarkan Putera dan Puteri Umno masuk ke kampus dan mengadakan program dengan kepemimpinan mahasiswa.
"Baru-baru ini pun Menteri Pengajian tinggi sendiri melancarkan program Baktisiswa yang disertai 1,500 mahasiswa di Kelantan sebagai satu strategi politik BN. Apakah Dato' Mustapa terlupa bahawa terdapat ramai mahasiswa dari pelbagai universiti telah didaftarkan oleh agen Menteri Pengajian Tinggi sebagai pengundi di Jeli,"tambahnya lagi.
Ujarnya, menteri perlu telus dan soal ini dan jangan bersikap munafik bila menjelang pilihan raya.
"Mahasiswa disekat kebebasan mereka jika menguntungkan pembangkang, tetapi mereka diperalat demi kelangsungan politik sempit BN,"tegasnya.

Monday, February 11, 2008

Singa Padang Pasir

Melangkah sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah tentang kelahiran seorang bayi serba daif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru) di antara syeikh-syeikh yang ada di kampung beliau. Berkat didikan Syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk bangun bersembahyang pada sepertiga malam. Tidak cukup sekadar itu, beliau juga gemar membaca ayat-ayat suci Al-Quran hingga fajar menyinsing. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang hidupnya, beliau berjaya menghafaz Al-Quran, dan mengulanginya dengan lengkap setiap tujuh hari. Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah. Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu. Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (berdagang) ke Sudan semasa beliau masih muda. Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah menghalang kumpulan kafilah-kafilah ini daripada memasuki satu laluan sehingga mereka terpaksa mengubah hala mereka kerana takut akan si singa tadi. Untuk menyelamatkan diri, ada yang terpaksa mengorbankan unta mereka sebagai percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka. Beliau yang mengetahui tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba meleraikan kekecohan. Tidak seperti kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, beliau tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa tersebut. Sejurus kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi apabila pulang dengan membawa kepala singa berkenaan. Mereka sangat bersyukur akan pengorbanan yang dilakukan beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar ”Singa Cyrenaica” . Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan. Apabila umur beliau menjangkau lingkungan 20-an, beliau semakin dikenali berikutan kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ditimbulkan suku bangsa beliau pada ketika itu. Pandangan serta nasihat beliau didengari oleh setiap penduduk kampung tidak kira di mana beliau berada. Kesopanan dan tata tertib yang dipamerkan dalam sikapnya yang disenangi ramai, memang cukup disegani. Kepetahan beliau tatkala berbicara, susunan ayat yang teratur, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendengar ucapan mahupun ceramah yang disampaikan beliau. Keunikan inilah yang menjadi aset untuk beliau menyatukan puak-puak pada ketika itu di samping memudahkan usaha beliau untuk mengumpul kumpulan perang bagi melawan penjajah-penjajah yang datang untuk mengambil alih pemerintahan pada ketika itu. Pada usia beliau 30an, bermulalah zaman penjajahan yang mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Fenomena ini telah membayangi kehidupan beliau untul tampil bertindak. Pada ketika dunia dirosakkan oleh anasir-anasir Eropah, beliau bangkit mempertahankan kedaulatan Islam dengan semangat kentalnya. Beliau bersama-sama dengan satu kumpulan bernama Banu Sanus, yang selepas itu dikenali dgn nama Sanusi, menentang penjajahan Perancis tanpa rasa takut walau sedikit pun. Mereka juga pernah menentang penjajah-penjajah Inggeris yang diselubungi rasa tamak dan haloba untuk menakluki tanah air mereka. umar2 Apabila Itali bersekongkol dengan negara-negara Eropah yang lain dalam membuat kacau-bilau di hemisfera selatan dengan menjajah Afrika Utara, beliau yang ketika itu sudah pun menjangkau usia 50-an, mula mengumpulkan pejuang-pejuang bagi menentang penjajahan di tanah air mereka, Libya. Itali yang mula resah akan tindakan berani beliau dan pengikut-pengikutnya, mula mengatur strategi dengan cuba untuk merasuah beliau agar menyerah diri, dan menerima tawaran mereka untuk mentadbir dengan jawatan tinggi dalam kerajaan, selain menjanjikan harta kekayaan buat beliau. Taktik kotor mereka ditolak mentah-mentah. Kata-kata beliau terhadap mereka ketika itu yang amat terkenal berbunyi..”Saya bukannya orang yang mudah dipengaruhi. Betapa kuat cabaran dan desakan mereka untuk mengubah pendapat dan kepercayaan saya, Allah tidak akan mengizinkannya.” Gagal dengan strategi pertama, Itali mula menggunakan taktir kotor kedua mereka dengan menggesa beliau supaya meninggalkan bandar kediamannya, dan berpindah ke bandar yang lain, berhampiran dengan pusat pemerintahan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga cuba menawan hati beliau dengan menawarkan gaji bulanan yang tinggi supaya beliau akur dengan kehendak mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi usaha mereka gagal apabila beliau menolak dengan berkata, ”Tidak! Aku sesekali tidak akan meninggalkan tanah airku sehinggalah tiba waktunya aku bertemu Tuhanku. Ajal adalah perkara yang paling hampir denganku berbanding yang lain. Aku menunggunya setiap waktu.” Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus berjuang walaupun menderita. Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan canggih, pejuang-pejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka. Selepas kedudukannya kukuh, golongan Ummah mula mengelilinginya. Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah. Seorang pejuang yang berusia 90-an dari oasis Jalu, Abu Karayyim, merupakan salah seorang sahabat yang setia berjuang bersama beliau di selatan pedalaman. Walaubagaimanapun, kesukaran mendapatkan bekalan makanan menyebabkan kebanyakan daripada mereka kelaparan dan diserang penyakit. Ekoran itu, semakin berkuranglah bilangan pejuang-pejuang mereka bagi menentang Itali. Mengetahui situasi ini, askar-askar Itali telah mengambil kesempatan dengan membakar dan merompak kampung-kampung. Kaum wanita, warga tua, dan kanak-kanak tidak terkecuali dalam perbuatan jijik mereka. Atas desakan hidup, mereka terpaksa ditempatkan di kem-kem tahanan kerana tiada pilihan lain. Muhammad az-Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Bila ditanya, mengapa beliau masih setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya. Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah swt. Beliau juga menolak untuk mengadakan perundingan damai dengan pihak penjajah dengan menyatakan bahawa ’mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan untuk melawan musuh-musuh Allah.’ Selepas mengharungi beberapa peperangan yang tidak terkira banyaknya, akhirnya beliau tewas juga di tangan musuh. Di akhir peperangan tersebut, tinggal hanya beliau serta salah seorang pengikut setianya yang masih teguh berdiri di medan perang. Tangan dan kaki mereka dirantai dan dibawa ke bandar yang bernama Suluq di mana kubu tentera Italy berpusat. Pejuang yang dihormati ini percaya bahawa Jihad adalah disyariatkan pada setiap umat Islam sekiranya tanah air mereka dikuasai penjajah. Dengan semangat yang berkobar di dalam jiwanya, di samping keberanian dan sifat kesungguhan yang tinggi, menyebabkan beliau dihormati dan disegani oleh sesiapa saja termasuklah musuh-musuh beliau sendiri. Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, “Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu murabiteen yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang tenang dan jelas. Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya.” `Umar Al-Mukhtâr, ditahan oleh tentera Itali Beliau adalah seorang lagenda yang tetap teguh pada agamanya walaupun teruk ditentang. Bilamana menteri-menteri dan ketua-ketua negara beliau yang lain menyerah diri begitu saja kepada Itali serta menyelamatkan diri sendiri dengan berpindah ke negara lain, beliau tanpa ragu-ragu tetap berjuang mempertahankan Islam dan tanah air daripada terus dijajah. Salah seorang ulama dari kalangan Sanusi, yang pernah bertarung bersama beliau menentang Perancis dan British, gagal menghantar bantuan kepada beliau tepat pada masanya. Malah, ramai di kalangan ulama-ulama ini sanggup berpaling tadah dengan menggadaikan tanah orang Islam bagi memperoleh belas simpati, gaji bulanan, serta bebas dari cukai pendapatan. Sikap seumpama inilah yang sering kita lihat pada sesetengah umat Islam yang belot pada hari ini. Berlawanan dengan tindakan kebanyakan orang Islam pada waktu itu, beliau mengeluarkan sebuah Al-Qur’an, dan bersumpah dengan nama Allah s.w.t. bahawa beliau akan terus menentang golongan penjajah, biarpun secara berseorangan mahupun sehingga syahid. Dalam 20 tahun terakhir hidupnya, beliau telah memimpin dan berjuang dalam 1000 peperangan. Umar Al-Mukhtâr bersedia untuk syahid Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahannya, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, beliau menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini.” Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah. Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan golongan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika. Semoga Allah meninggikan darjatnya di syurga. Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati. Syahid di tali gantungan Pejuang unggul ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah Omar Al Mukhtar, dan cerita tentang keperwiraannya akan kekal sehinggalah ke hari kiamat, insyaAllah. Dengan darahnya, beliau telah membawa cerita kejayaan, beliau telah menjadi lagenda di kalangan lagenda, dan beliau telah menjadi teladan untuk mereka yang ingin hidup dengan maruah Islam yang dihormati, walaupun pada saat-saat ditindas. Golongan yang menyerah kalah dan para ilmuan yang telah berpihak kepada kerajaan Itali tidak dibunuh ataupun dipenjarakan. Mereka mati dalam keadaan biasa’ dan mugkin di dalam keadaan mewah dan selesa, di bawah perlindungan golongan penjajah Itali. Naumn demikian, kematian mereka tidak membawa sebarang erti. Dan, Neraka Jahanam adalah tempat bagi mereka yang bersekongkol dengan golongan penjajah yang kafir. Omar Al Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid. Omar Al Mukhtar terikat kepada Allah s.w.t, bergantung hidup padaNya, dan sentiasa menerima takdir Ilahi. Beliau telah meminta daripada Allah s.w.t. untuk mati syahid, dan itulah yang telah beliau capai, InsyaAllah.

9 SITI


Antara 9 Siti yang patut dicontohi


1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.
Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.
Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.
Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.
Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.
Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri
dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t
utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya
dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya
drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.
Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk
dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk

kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.