Wednesday, February 27, 2008

Alf Mabruk 'Alaikuma


Sungguh pantas masa berlalu sehingga tidak terasa sudah hampir dua bulan nikmat 2008 telah kita rasai. Dan sudah hampir 2 bulan juga kita merasai nikmat tahun 1429 H. Tahun baru pasti ada azam baru. Sejauh manakah azam baru kita telah terlaksana? Sejauh manakah perancangan kita telah dibuat? apakah Usaha kita tidak. Mungkin tidak ketinggalan bagi Kak Mastura melaksanakan sebahagian perancangannya untuk membina mahligai singgahsana, baitul muslim yang diredhai Allah bersama muslimin pilihannya. Tak sangka dalam diam-diam kak Mas menyembunyikan muslimin pilihan rupanya orang yang ku kenali. Tahniah buat Ukhti Fil Islam Mastura Hassan dan Akhi Fil Islam Mohd Adham Isa atas pernikahan kalian yang bakal berlangsung pada 8 Mac 2008. Kak Mas dahulunya merupakan Timbalan Pengerusi Lujnah Kebajikan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia dan Akh Adham pula Pengerusi Lujnah Sukan dan Kebudayaan pada sessi 2005. Mungkin kasih mereka bertaut di situ. Allahu Akhbar!!! Moga2 bakal kedua-dua mempelai ini sentiasa diberkahi dan dilimpahkan kasih sayang Allah selalu.

Tapi sayangnya, 8 Mac adalah tarikh Pilihanraya Umum ke 12. Mungkin sahabat-sahabiah yang jauh agak sukar ke sana kerana rintangan gerak kerja PRU yang harus dilaksanakan. Apapun untuk kalian berdua, doa2 sahabat sentiasa mengiringi. Apapun silap Pak Lah memilih tarikh tersebut. Sekalipun ramai yang akan pergi mengundi, InsyaAllah kemeriahan majlis akan tetap terasa. Barakallahu Fikuma Abadan Abada.Allahumma Baariklahuma. Amin..


Doaku untuk kalian

Ya Allah

Berkatilah kedua-dua mujahid dan mujahidah ini



Kerana dengan izinmu mereka telah bersatu


Membina sebuah baitul muslim yang dituntuti

Ya Allah

Limpahkanlah rahmat, cinta dan kasih sayangMu

Terhadap kedua-dua mujaid dan mujahidah ini

Agar dengan restu cinta MU

Mereka bisa bahagia dalam suasana yang damai harmoni

Ya Allah

Simpulkan ikatan hati kedua-dua mempelai ini

Agar terus istiqamah dijalan dakwah kerana MU

Agar terus bersatu dalam perjuangan agamaMU

Semoga dengannya itu

Merka dikurniakan generasi Rabbani

Yang akan menjadi mata rantai-mata rantai

perjuangan kekasih-kekasihMU

Ya Allah

Berkahilah kedua-duanya

Sayangilah kedua-duanya

Kerana dengan rahmat dan inayah MU

Mereka bersatu...

AMIN....



Selamat Pengantin Baru

MASTURA BINTI HAJI MD. HASSAN

&

MOHD ADHAM BIN ISA

8 MAC 2008

Bersamaan

29 SAFAR 1429H

1 comment:

e said...

Hi
You have a great blog!
Let me invite you to:
eBambi
Present yourself
and meet your friends.
Join now:
http://www.ebambi.com