Thursday, March 27, 2008

Tafsir al-Maidah 80-82: Ilmu di kalangan orang fasik

Oleh : Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Ilmu dikurniakan di kalangan mereka yang hina. Yang dimaksudkan dengan ilmu di kalangan orang yang hina adalah ilmu di kalangan orang yang fasik.

Orang yang fasik bercakap tentang ilmu bersandarkan ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.?Apabila keadaan ini berlaku menjelaskan bahawa inilah penyakit yang melanda umat zaman dahulu.

Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak berjalan kerana orang yang fasik mempunyai sifat penakut kerana rohnya tidak kuat dan mereka pula takut kepada dosanya.
Mereka sedar bahawa mereka mempunyai ilmu dan dosa. Mereka sedar bahawa mereka mempunyai perasaan takut mati. Orang sedemikian rupa mendapat ilmu dalam perkara agama.

Apabila berlaku keadaan demikian, maka menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran ditinggalkan, tidak dilaksanakan dengan jayanya.

Seterusnya Allah Taala berfirman yang bermaksud, "Engkau melihat kebanyakan daripada mereka itu berwalikan kepada orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah: 80)

Kebanyakan daripada mereka itu (orang kafir dari ahlil kitab) berwalikan kepada orang-orang kafir. Yang dimaksudkan dengan berwalikan dengan orang kafir di sini adalah berwalikan kepada orang kafir musyrikin seperti orang kafir Makkah.

Inilah kawan mereka, tidak menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w. pada hal mereka mengetahui isi kandungan kitab Allah.

Sesetengah ulama lain menyatakan yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah orang-orang munafik. Dia mengaku beriman sedangkan hatinya tidak beriman. Antara dalilnya adalah berwalikan kepada orang kafir dengan sebab itulah mereka tidak menjalankan perintah Allah dengan cara yang betul dan sesungguhnya.

Firman Allah yang bermaksud, "Alangkah buruknya apa yang mereka kemukakan untuk diri mereka." (Surah al-Maidah: 80)

Kalau itulah amalan mereka maka itulah amalan yang buruk, tidak boleh menjadi bekalan pada hari kiamat.

Firman Allah yang bermaksud, "bahawa Allah memurkai mereka itu." (Surah al-Maidah: 80)
Allah Taala memurkai golongan seperti ini kerana tidak mencegah kemungkaran, reda kepada perkara tersebut dan berwalikan kepada orang kafir.

Firman Allah lagi yang bermaksud, "Dan di dalam azab neraka mereka kekal selama-lamanya." (Surah al-Maidah: 80)

Apabila mereka menjadi kufur kepada perintah Allah sudah pasti mereka kekal di dalam neraka.
Firman Allah yang bermaksud, "Kalaulah sekiranya mereka itu benar-benar beriman kepada Allah dan kepada Nabi s.a.w. dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (al-Quran), tidaklah mereka itu menjadikan orang kafir itu sebagai wali mereka.

"Dan kebanyakan daripada mereka itu adalah orang-orang yang fasik (keluar daripada taat kepada Allah dan rasul-Nya s.a.w.)" (Surah al-Maidah: 81)

Mereka tidak taat kepada Allah dan Rasul-Nya sekali gus menolak al-Quran sebagai kitab panduan kehidupan mereka di dunia ini.

Firman Allah yang bermaksud, "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad s.a.w.) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.

"Dan demi sesungguhnya engkau dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang berkata, "bahawa kami ini ialah orang-orang Nasara.

"Yang demikian itu disebabkan ada antara mereka pendita-pendita dan ahli ibadat dan kerana mereka tidak pula berlaku sombong." (Surah al-Maidah: 82)

Para ulama membincangkan sebab turunnya ayat ini. Al-Qurtubi dan Ibnu Kathir serta ulama-ulama tafsir yang lain telah menyebut beberapa peristiwa yang berkait dengan ayat ini dan mereka mengatakan bahawa peristiwa-peristiwa ini adalah sebab kepada Allah SWT menurunkan ayat ini untuk menjadi pengajaran kepada orang-orang yang beriman.

Yang pertama ayat ini diturunkan bersempena dengan Raja Najasyi (Raja Habasyah), pembesar-pembesar dan pengikut-pengikutnya, apabila tiba kepada mereka orang-orang Islam yang berhijrah dalam peristiwa hijrah yang pertama sebelum daripada berhijrah ke Al-Madinatil Munawwarah.

Mendirikan Bayt Al-Quran ke arah Memperkasakan Bayt Al-Muslim yang Cemerlang


Bermula Di Rumah, Dimulakan Ibu Ayah


Dalam usaha ke arah melahirkan dan mempertahankan generasi al-Quran di kalangan anak-anak, usaha perlulah bermula dari rumah itu sendiri. Peranan utama akan dimainkan oleh ibu bapa yang seharusnya sedar bahawa jiwa anak-anak perlu dibajai dengan kalimah al-Quran, telinga perlulah dihalwakan dengan alunan al-Quran, solawat, burdah, qasidah sebagai penambah rasa kepada kekhusyukan dalam berzikrullah dan penghayatan al-Quran itu sendiri perlulah diterjemahkan dalam bentuk amalan yang berterusan.


Dunia Akhir Zaman

Betapa masyarakat dewasa telah meminggirkan al-Quran sebagai dustur kehidupan dan pegangan yang hakiki mereka ke arah sistem hidup yang berpedoman. Ibu bapa pada hari ini semakin ramai yang alpa dan memandang enteng kepentingan al-Quran dan penghayatannya. Jika disuruh anak-anak pada hari ini menyanyikan lagu Mawi, lagu Siti Nurhaliza, lagu kumpulam Estranged, pasti anak-anak ini tidak teragak-agak untuk melagukannya dengan penuh irama dan penghayatan. Tetapi apabila diminta untuk mengalunkan bacaan al-Quran walhal semudah Al-Fatihah pasti mereka akan tergagap-gagap malah ada anak-anak yang bersifat jujur akan mengatakan tanpa segan silu bahawa ibu bapa mereka tidak pernah mengajar mereka mengaji malah al-Quran sendiri tidak pernah diperkenalkan kepada mereka. Alangkah sedihnya kita bahawa zaman hari ini telah ketandusan hafiz dan hafizah dan ulam’ al-Quran yang akan memelihara kemurnian al-Quran malah paling tidak kita semakin kehilangan generasi yang cintakan al-Quran. Inilah salah satu bukti dunia akhir zaman yang semakin jelas dan nyata.

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, "Bahawasanya Allah swt tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.
H.R. Muslim

Sekarang ini alim-ulama dan hafiz serta hafizah sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.
Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Akademi Al-Quran

Tidak dinafikan sekarang telah banyak akademi-akademi yang berteraskan al-Quran tumbuh bagaikan cendawan tetapi kita perlu ingat, pertambahan individu yang buta al-Quran juga semakin jelas ketara. Sekalipun terdapatnya kewujudan Akademi al-Quran di TV 9, Tilawatul quran di RTM 1 dan Mari Bertarannum di TV 9, tetapi sejauh manakah rancangan realiti seperti ini mampu menyedarkan ibu bapa dan anak-anak muda. Oleh itu betapa pentingnya kita yang dikurniakan Allah kesedaran tentang pentingnya membudayakan al-Quran yang perlu bermula di rumah dan dimainkan sendiri oleh ibu bapa buat teladan anak-anak. Bagi mereka yang masih lagi jauh daripada kesedaran ini, maka betapa pentingnya golongan dae’i dan golongan yang berkesedaran menjalankan usaha membentuk suasana masyarakat yang kenal dan cintakan al-Quran. Maka sudah tentu kita bertanggungjawab membentuk dan memelihara generasi yang cintakan al-Quran agar kita masih terpelihara daripada kecelakaan dunia di mana al-Quran itu sendiri sebagai syifa’ penyakit cintakan duniawi.

Bayt Al-Quran


Menciptakan suasana rumah tangga yang diberkahi dan dilimpahi nur Ilahi bukanlah sesuatu yang mustahil. Raisul Bayt (ibu bapa) itu sendiri perlu berkesedaran dan berupaya mendisiplin setiap ahlul baytnya dengan amalan al-Quran dan penghayatannya. Kita tidak perlu menunggu menghantar anak-anak ke pusat hafazan al-Quran atau institusi-institusi lain untuk mendisiplinkan anak-anak dengan al-Quran malah ia boleh bermula di rumah. Alangkah indahnya jika anak-anak di rumah bibir-bibir mereka sentiasa bergerak-gerak menuturkan kalimah al-Quran, lidah mereka sentiasa basah dengan zikrullah dan ibu bapa pula sentiasa mengajar anak-anak dengna ilmu-ilmu berkaitan al-Quran. Pastilah rumah tangga yang dibina sentiasa bercahaya dan damai dilimpahi rahmat dan kasih sayang Ilahi. Beruntungnya mereka di mana di dadanya hanya sarat dengan kalam Allah yang suci. Kita tidak akan rugi jika mengajar anak-anak dengan ilmu al-Quran kerana bimbangkan anak-anak terabai dengan ilmu yang lain, kerana dalam al-Quran itu sendiri menuntut kita mempelajari pelbagai ilmu. Alangkah bahagianya kita jika berjaya membina generasi al-Quran yang profesional. Lahirnya anak-anak kita sebagai jurutera yang hafiz, dewasanya anak-anak kita sebagai jururawat yang hafizah malah berbahagialah kita apabila semua anak-anak kita adalah hafiz dan hafizah. Inilah rumahtangga yang diidamkan.

Selain itu ibu bapa perlulah menjadikan rumah mereka sebagai madrasah tempat anak-anak mula-mula mempelajari al-Quran dan ibubapa sendiri sebagai mua’llim/ah dan mudarris/ah mereka. Suasana begini penting sebagai menjadikan al-Quran sebagai hiburan di rumah mereka dan menjauhkan hiburan yang melaghakan. Sesuailah seperti pepatah arab mengatakan ’Ibubapa adalah madrasah pertama anak-anak’.

Kaedah Menghafal al-Quran

Alhamdulillah beberapa bulan yang lalu saya sempat membaca sebuah majalah ilmiah yang mana dalam majalah tersebut ada diselitkan sedikit tentang kaedah menghafal al-quran secara umum. Sedikit sebanyak kaedah yang disiarkan dapat menjadi panduan buat saya dan semua yang membacanya.




1)Bilangan ayat dalam al-Quran = 6666 ayat

2)Bilangan surah dalam al-Quran = 114 surah

3)Bilangan juzuk dalam al-Quran = 30 juzuk

4)Bilangan helaian dalam satu juzuk (antara juzuk ke juzuk) = 10 helai (20 muka surat)
(1 helai = 2 muka surat)

5)Bilangan helaian dalam 30 juzuk (1 al-Quran) = 300 helai = 600 muka surat
1 juzuk = 10 helai
30 juzuk = 300 helai

6)Bilangan masa untuk bacaan 1 helai = 5 minit (dengan melihat masyhaf)
2 minit (tanpa melihat masyhaf)

7)Bilangan masa untuk bacaan 1 juzuk = 50 minit (dengan melihat masyhaf)
20 minit (tanpa melihat masyhaf)

Perhatian

8)Bilangan hari dalam satu tahun = 360 hari

9)Bilanagan tahun untuk menghafaz 30 juzuk al-Quran

a) Tahap sederhana cepat

i) Satu hari satu helai = 1 hari = 1 helai
300 helai = 300 hari
= 1 tahun

ii) Satu hari ½ helai (satu muka surat) = 1 helai = 2 hari
= 300 helai = 600 hari
= 2 tahun

b) Tahap biasa

i) Satu hari ½ muka surat = 1 helai= 4 hari
300 helai = 4x300 => 1200 hari
= 3 tahun 4 bulan

ii) Satu hari 1/3 muka surat = 1 helai = 6 hari
300 helai = 6x300 => 1800 hari
= 5 tahun

c) Tahap azam yang kuat

i) Satu hari 2 ayat = 1 hari = 2 ayat
Maka 6666 ayat = 3333 hari
= 9 tahun 3 bulan

Ini bermakna dalam usia 10 tahun atau 11 tahun, anak-anak kita sudah mampu menjadi huffaz al-Quran. InsyaAllah.

Wednesday, March 26, 2008

Selawat Badawi


CINTA Tanpa Syarat


Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa' 17: 24)


"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil".



Itulah doa saya sebentar tadi, semasa bersolat zohor.



Entah Kenapa, tiba-tiba hati saya terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sudah berkali-kali saya membaca doa yang sama. Adakah kerana rindu saya terhadap ayahanda yang sudah masuk 14 tahun meninggalkan kami. Ya, saya rindukannya, terutamanya ketika hidup saya diasak dengan pelbagai cabaran, dan saya rindukan tangan ayahanda yang sering menepuk bahu agar masalah saya mengecil dan pergi oleh senyumannya.



Apakah saya terharu kerana saya rindukan bonda di kampung. Kampung yang sunyi, bersama teman-teman berbualnya yang pulang ke pangkuan Ilahi, seorang demi seorang. Bonda memang kesepian, hanya panggilan telefon dari anak-anaknya sahajalah pengubat sunyi itu. Mujurlah bonda kuat membaca. Majalah I saya hantarkan setiap bulan, kulit ke kulit habis dibacanya. Tazkirah Untuk Orang Mengaji oleh Ustaz Sonharji, saya belikan dan cepat sekali bonda menghadamnya. Kata bonda, "jika sunyi dan tak buat apa-apa, kenalah baca buku. Kalau dibiarkan otak beku, nanti datang jemu dan nyanyuk, jadi pelupa dan kemudian susahlah anak-anak nak melayan orang tua yang begitu."



Saya memang rindukan emak. Emak juga rindukan suaminya. Jika diselak langsir dapur, sayup-sayup kelihatan sepasang nisan pusara abah di tepi masjid sebelah rumah. Emak sering termenung di tingkap itu, merenung kisah silam mereka, dan kenangan manis membesarkan kami berlima. Arwah opah pernah berkata, "aku hairan tengok kamu berlima ni. Dari kecil sampai besar, tak pernah bergaduh. Walhal hero-hero belaka!" Saya juga terkenang, memang kami berlima hero-hero belaka. Semua adik beradik saya lelaki tetapi kami memang tidak pernah bergaduh.



Mungkin semua itu kerana watak abah. Dia menjadi tumpuan kami dan kami sentiasa bergelak ketawa hingga ke meja makan. Kami tiada masa untuk bergaduh kerana semua ketawa dan sedih kami adalah bersama abah. Namun selepas abah pergi mengejut oleh serangan jantung, keluarga kami sunyi hilang ketawa. Sepi..



Kucing-kucing belaan kami yang suka menjilat peluh abah semasa dia sakit terlantar, turut mati seekor demi seekor. Begitulah kami di rumah, tertumpu pada abah. Kini emak saya pula melayan sepi dan sunyi itu sendirian. Saya sangka, saya sukar menemankan emak kerana saya terhumban di hujung benua. Selepas lebih sedekad saya di luar negara, saya segera pulang ke kampung halaman. Namun selepas bekerja di KL, rupa-rupanya keadaan tidak banyak berubah. Saya masih sukar untuk balik ke kampung, akibat Kuala Lumpur dan kehidupan saya yang amat menekan masa.



Saya jatuh rindu dan saya mohon ampun dari Allah atas dosa saya membiarkan emak kesunyian di kampung.Tetapi tengah hari tadi, saya tidak hiba kerana itu. Ada sesuatu yang lebih halus darinya. Mungkin sebentar tadi, buat kali pertamanya saya dapat merasakan apakah sebenarnya yang saya minta dari Allah, Tuhan yang telah memberikan seorang ibu dan bapa yang pengasih kepada saya.



Mengapakah apabila saya merintih keampunan dari Allah, saya kaitkan ia dengan kasih sayang bonda dan ayah semasa saya kecil?Hari ini saya berusaha memikirkan jawapannya."Rizal minta maaf emak sebab susah sangat nak balik ke Ipoh. Kerja tak habis-habis. Lagi pun ada masanya Rizal cuti, tapi Muna pula yang kerja. Saif selalu menyebut tentang opahnya. Naurah pun dah makin besar. Imad pun dah pandai meniarap", keluhan saya kepada emak beberapa ketika yang lalu."



"Tak apa, mak pun minta maaf sebab jarang dapat ke Kuala Lumpur. Kaki mak ni asyik sakit, kepala pun berat. Tak seronok nak berjalan-jalan kalau begini. Datang rumah kamu pun nanti menyusahkan sahaja. Asalkan kamu ingat emak dalam doa, Alhamdulillah", itulah suara dari hati emak.



Semasa berdoa tadi baru saya sedar, emak amat pemaaf. Dia memaafkan saya dan adik beradik yang lain tanpa menyoal apa-apa. Paling menyerlah, pemaaf emak semasa saya kecil…



Saya pernah teringin untuk minum air sirap ros, tetapi patinya sudah habis. Semasa emak sibuk menanda buku latihan anak-anak muridnya, saya ke dapur dan cuba memasak gula di dalam periuk. Secawan gula dicampur dengan pewarna merah, dimasak di atas api. Saya baru darjah tiga dan tidak terfikir untuk menambah air. Akhirnya gula hangus dan beku, periuk berkerak dan hampir mustahil untuk dibersihkan. Kerana takut, saya simpan periuk itu di dalam kabinet dapur. Seminggu masa berlalu, apabila emak terjumpa periuk itu, dia tahu itu angkara saya. Dia tidak marah tetapi mencebikkan muka kesedihan.



"Emak tak marah?", saya cuba memberanikan diri bertanya.



"Emak tak marah kamu cuba masak gula ni. Tapi emak sedih sebab kamu sorok periuk ni dalam kabinet", itulah katanya.



Saya menangis kerana terasa bersalah cuba menipu emak dan dia dengan segera memujuk.Saya pernah cuba membasuh kain sendiri, tetapi kerana lupa memasukkan getah ke bilik air, habis seluruh dapur banjir ditenggelami air sabun. Emak tidak marah.



Saya juga pernah berayun di buaian sambil berdiri walaupun ditegah. Apabila buaian terlalu laju, saya tercampak dan muka tersembam ke pasu bunga. Sampai ke hari ini saya masih dapat merasa tuam pasir panas di pipi yang sudah kebiru-biruan. Emak tidak marah.



Abah juga tiada bezanya. Dia tidak pernah memaksa saya membaca buku tetapi jika gagal mendapat tempat pertama, dia menepuk bahu saya sambil berkata, "nanti mainlah lagi ya. Jangan baca buku."Dia tidak marah tetapi saya sendiri yang rasa terseksa dan bersalah.



Saya pernah bergaduh dengan Pengetua di sekolah. "Maaf ustaz, kalau begitulah cakap ustaz, saya pun `tak hingin' nak sekolah di sini!", jiwa anak muda di Tingkatan 4 memberontak. Saya pulang ke asrama, mengemas beg baju dan langsung meninggalkan Negeri Sembilan untuk pulang ke kampung tanpa berfikir panjang.Saya tiba di Ipoh selewat jam 11 malam. Abah amat terkejut dengan tindakan saya berhenti sekolah, tetapi dia tidak marah. Dia berikan saya wang RM50 sambil berkata, "ambil duit ni dan uruskan sendiri kamu nak bersekolah mana selepas ini". Itu cara abah. Dia jarang sekali marah.



Emak dan abah amat mudah memaafkan saya. Tidak kira apa sahaja kerenah kami, mereka memaafkan kami seadanya. Mereka menerima kami sebagai anak-anak yang banyak kelemahan dan atas penerimaan itu, mereka mengasihi kami TANPA SYARAT.



Emak dan abah menerima saya atas segala yang ada pada diri ini. Saya taat atau degil, saya rajin dan saya culas, saya senyum atau saya menjerit, mereka menerima saya seadanya. Mereka terus menyayangi dan mengasihi saya tanpa syarat. Mereka tidak pernah memberitahu saya bahawa semua kebaikan yang mereka buat selama ini, mesti dibalas apabila kami telah dewasa. Kami balas atau tidak, kami ingat atau lupa, tugas mereka hanyalah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, TANPA SYARAT.



Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya. Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus persahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada.



Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu. Jika seorang anak jatuh sakit, ibu bapa sanggup berjaga malam dan berdoa agar si anak sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran anak menjaga ibu bapanya, mereka mungkin terus menjaga, tetapi hati mudah berkata, "bilalah orang tua ini nak mati!". Ya Allah, lindungilah aku dari menjadi anak seperti itu.



Hati saya amat sedih melihat kaum Cina di KL berebut-rebut menghantar ibu dan bapa mereka ke wad kecemasan Hospital UKM sehari sebelum Tahun Baru Cina. Pesakit berumur 60 tahun (kalau tak silap saya) ke atas, rawatan di HUKM adalah percuma. Maka inilah cara mudah mereka untuk get rid ibu bapa mereka di musim perayaan. Kalau hantar ke rumah orang tua-tua, mahal pulak bayarannya. Allah Allah….



Saya masih ingat dialog ayah tengah hari itu. Dia baru sahaja pulang dari menunaikan Haji."Abah kat Mekah doa apa, abah?", saya bertanya.



"Abah doa supaya Allah jangan panjangkan umur abah sampai nyanyuk. Takut anak-anak tak tahan. Takut kamu jadi anak durhaka!", kata ayah saya sambil mata redupnya merenung saya yang terkelu lidah.



"Abah, jangan cakap macam tu…", saya sebak dan hanya mampu membiarkan air mata kering di pipi. Ayah pergi meninggalkan kami pada malam hari lahir saya yang ke-17, hanya setahun lebih selepas perbualan kami itu.



Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.



Ya Allah. Aku lemah. Aku banyak dosa. Aku suka mengeluh. Aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan.



Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka yang mengasihiku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan Kasih-sayangMu kepada mereka, tanpa hisab dan syarat…NAMUN…Mungkinkah semua itu, Allah kurniakan kepada saya? Siapakah saya untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat? Malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung, terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas. Sedangkan tanpa saya sedar saya banyak meletakkan syarat terhadap Allah. Aku ingat kepada-Mu, dengan syarat aku sudah hilang penyelesaian. Aku sanggup lakukan apa yang Engkau suruh, tetapi selepas aku melihat apa kebaikan yang aku dapat!



Hinanya diriku. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang tidak layak meminta, apatah lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya. Astaghfirullah.



Menghitung hari, padanya terpalit pelbagai dosa. Paling kurang, setiap hari saya dibelenggu rasa terkilan dan berdosa kerana bonda kesunyian di kampung. Setelah pulang ke Malaysia, saya masih belum dapat menjaganya di depan mata.



Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah saya lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu?Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayang-Nya.Tetapi Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta dengan tawasul kita kepada sifat al-Wahhab Allah SWT. Saya baru mendengar kuliah 99 nama Allah tentang al-Wahhab dari Ustaz Kariman dan ia menambah hiba di hati saya.



Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:



Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.



Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.



Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.



Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.



Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.



Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.



"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil"



DUHAI BONDA



Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya

Menggantikan mentari terangi malam nan gelita

Membakar diri memberikan cahaya

Membiar diri musnah terlebur

Berkorban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia

Tidak pernah kenal derita

Bagai sungai kasih yang mengalir

Tiada perhentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa

Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar

Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita

Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata

Cukup engkau rasa bahagia

Lihat anakmu berjayaKau penawar hati duka

Walau hatimu terluka

Engkau ibu engkaulah bapa

Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu

Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu

Wahai bonda



Peluk cium anakanda buat bonda yang mengasihiku atas hatinya yang begitu… Ameen





Sumber : AsInFer

Wednesday, March 19, 2008

Sejarah Mematangkan PAS

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

1. Latar belakang penubuhan PAS

Gerakan menubuh PAS adalah bermula daripada kebangkitan ulama di tanah air kita pada awal 1950-an. Pelopor gerakan itu adalah Tuan Hj Ahmad Fuad Hasan melalui suatu muktamar ulama-ulama Islam peringkat kebangsaan pada 21- 22 Februari 1950 bertempat di Bangunan Kelab Muar Johor. Pada muktamar tersebut 46 perwakilan hadir dan 300 pemerhati yang sebahagian besar adalah alim ulama ahli UMNO. Rumusan daripada muktamar itu, telah ditubuhkan Persatuan Ulama-ulama Se-Malaya.

Pada 23 Ogos 1951, Persatuan Ulama itu telah mengadakan muktamar ke-2 di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur. Muktamar itu mentercetuskan resolusi menubuh parti politik Islam yang bebas dari UMNO bagi mencapai tujuan pemusatan hal ehwal Islam yang lebih baik. Pemusatan hal ehwal Islam tidak boleh dibuat sekiranya Persatuan Ulama terus berada di bawah UMNO. Lantas itu dibentuk satu panitia Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Ahmad Fuad Hasan.

Inisiatif panitia itulah telah mencapai persetujuan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu, Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, ulama perseorangan, qadhi-qadhi dan mufti; iaitu mengadakan muktamar di Kelab Melayu Bagan, Butterworth Seberang Perai pada 24 November 1951. Daripada muktamar itulah tertubuhnya Persatuan Islam Se-Malaya ringkasnya PAS.

Penubuhan PAS pada 24 November 1951 adalah melibatkan tokoh-tokoh seperti

1. Tuan Hj Ahmad Fuad Bin Hassan - Ydp. (Seberang Prai)
2. Tuan Hj Muhammad Ghazali Bin Hj Abdullah - Timb. Ydp.(Pulau Pinang)
3. Tuan Hj Hussein Bin Che Dol - Naib Ydp.(Bhg Utara/ Kedah)
4. Fakir Bin Muhammad Nor - Naib Ydp.(Bhg Tengah/Selangor)
5. Abd.Rahman Bin Jamaludin al-Jambuli-NaibYdp.(Bhg Selatan/ Singapura)
6. Tuan Hj Ahmad Bin Maliki - Setiausaha Agung (Seberang Prai)
7. Tuan Hj Ahmad Bin Tuan Husin - Bendahari Agung (Seberang Prai)
8. Yahya Bin Jonid - AJK , Padang Lumat (Kedah)
9. Ismail Bin Said - AJK , Anak Bukit (Kedah)
10. Tuan Hj Ahmad Badawi - AJK, Seberang Prai.
11. Tuan Hj Zabidi - AJK, Seberang Prai.
12. Tuan Hj Muhammad Bin Long AJK, Perlis.
13. Mohammad Bin Haniff - AJK, PulauPinang.
14. Ahmad Bin Hasii - AJK, Seberang Prai.

Daripada nama-nama pimpinan ulung itu, kesemuanya adalah dari utara kecuali seorang dari Singapura dan seorang dari Selangor. Tidak ada seorang pun dari pantai timur (atau Kelantan).

Sementara itu, didapati tiga orang adalah dari Kedah iaitu Hj Husin Bin Che Dol, Ustaz Yahya Bin Jonid dan Ismail Bin Said.

Hakikat ini membuktikan langkah awal PAS bertapak dan berkembang adalah di utara Tanah Melayu dan negeri utama adalah Pulau Pinang dan Kedah. Ini disokong pula oleh penubuhan cawangan PAS yang julung-julung kali (yang menghadiri muktamar pertama PAS) adalah terdiri daripada:

1. 2 cawangan dari Pulau Pinang (Bandar dan Bayan Lepas)
2. 2 cawangan dari Seberang Prai (Pokok Sena dan Bukit Mertajam)
3. 4 cawangan dari Perak (Titi Serong, Krian, Hilir Perak & Hulu Perak)
4. 2 cawangan dari Selangor (Sentul dan Sungai Penchala)
5. 1 cawangan dari Perlis (Perlis)
6. 1 cawangan dari Kedah (Bukit Besar).

Namun perkembangan PAS tidak berpihak kepada negeri Kedah atau sebelah utara tanah air, sedang sejarah merakamkan, bahawa seorang tokoh dari Kedah iaitu Hj Husin Che Dol pernah hadir ke Kelantan memberi penerangan mengenai PAS di Pasir Puteh Kelantan. Malahan pula, negeri Kedah , Perak dan Seberang Prai pernah mencatat sejarah gemilang dengan melahirkan tokoh-tokoh dalam PAS melalui pusat pendidikan Islam seperti Maahad Al-Ehya' As-Syariff Gunong Semanggol. Soalnya mengapakah kini kegemilangan itu lenyap khususnya di Perak, sebaliknya terserlah di Kelantan dan Terengganu.

3. PAS sebagai parti pemerintah Negeri

PAS pernah mendapat mandat memerintah di Kelantan dan Terengganu tetapi di negeri-negeri sebelah utara, tempat PAS mula berkembang. Kecuali semasa PAS menjadi komponen Barisan Nasional, ( PAS pada waktu itu menjadi parti pemerintah bersama-sama UMNO. ) PAS dapat memerintah Kelantan dan Terengganu adalah bermula daripada pilihan raya 1959. Kejayaan pada pilihan raya tersebut adalah sebenarnya bermula daripada sejarah gerakan PAS atas dasar Islam. Bagaimana masyarakat Kelantan pada awal-awal penubuhan PAS adalah bergerak atas kesedaran dan keyakinan perjuangan Islam.

Allahyarham Ustaz Amaluddin Darus ada mencatatkan: "Di Kota Bharu saya gagal mendapat kawan-kawan yang mahu ikut serta dalam parti Islam itu...Akhirnya saya ditukar ke Pasir Mas.... di Pasir Mas sahabat saya yang pertama ialah Ahmad bin Yatim....Ahmad Yatim telah menjadi sahabat saya. Persahabatan itu telah banyak menolong saya dalam mencapai cita-cita perjuangan saya. Kawan-kawan beliau yang ada kesedaran polotik mulai menjadi kawan-kawan saya. Kedai jahitnya menjadi tempat persinggahan orang-orang yang berhubungan dengannya....Bagi mendapat sebanyak-banyak kawan secepat mungkin saya gunakan ajaran nabi kita iaitu beri salam kepada mereka yang kamu kenal dan yang kamu tidak kenal. Di mana sahaja saya pergi dan bertemu orang Melayu, saya ucapkan assalamulaikum. Di kedai kopi untuk mereka yang ada di dalamnya. Di pasar, kepada penjual ikan, di kedai rokok kepada penjaganya. Kelihatan juga mulanya ada yang hairan, tetapi bila saya menghulur wang untuk membeli rokok, tahulah dia pemberi salam bukanlah pengemis".

Allahyarham Amaludin Darus seterusnya mencatatkan bagaimana beliau berjaya mengembangkan dasar perjuangan PAS kepada tokoh-tokoh agama yang bertaraf Tuan Guru (di Kelantan dikenali sebagai Tok Guru). Pengamalan beliau amat memberangsangkan kerana sanggup berdepan dengan tok guru sehingga dapat meyakinkan golongan orang agama untuk turut serta menegakkan Islam menerusi wadah PAS.

Menurutnya "Saya terangkan kepada Tok Guru kita betapa pandangan daripada orang-orang yang setengah terpelajar dan yang terpelajar terhadap agama dan guru-guru agama. Saya jelaskan pengalaman-pengamalan saya berhubung dengan sikap yang menghina dan berpura-pura memuliakan Tok Guru-Tok Guru yang saya saksikan sendiri di majlis-majlis di mana-mana negeri pun...."Tok Guru yang tadinya merah padam mukanya kerana marah, sekarang mulai tenang dan memberi perhatian kepada apa-apa yang saya perkatakan. Beliau telah mulai memahami maksud kedatangan saya".

Justeru itu PAS dapat dikembangkan dengan baik di Kelantan adalah disebabkan kepekaan rakyat Kelantan terhadap agama Islam . Fenomena ini kian marak dengan penerimaan golongan agama seperti guru-guru pondok terhadap dasar Islam yang diperjuangkan PAS. Mengambil kira keadaan ini, sudah pasti langkah mengembangkan PAS hendaklah bermula dengan menyebarkan kesedaran Islam secara menyeluruh khususnya kepada umat Islam.
Sementara itu, hubungan pimpinan PAS dengan masyarakat sekitar hendaklah dibina dan dipereratkan demi mengembangkan lagi dakwah PAS terhadap orang awam yang belum menerima PAS.
Kembali kepada sejarah PAS yang memerintah Kelantan dan Terengganu. Menurut penganalisa politik pada masa itu , PAS dapat memenangi pilihan raya 1959 adalah kerana,
  • PAS dapat mempengaruhi dan memanfaatkan sepenuhnya tokoh-tokoh agama tempatan bagi memujuk pengundi-pengundi sekampung mengundi PAS, dan ….
  • Strategi PAS ialah berkempen dari rumah ke rumah kira-kira tujuh bulan lebih awal dari tarikh pilihan raya.

Melihat kepada faktor tersebut, PAS pada masa kini tetap menggunakan kaedah yang sama di samping beberapa kaedah lain yang diperkenalkan setiap kali menghadapi pilihan raya. Ini kerana kita yakin, memasuki pilihan raya adalah memerlukan sokongan rakyat. Lebih banyak pendekatan yang boleh menarik perhatian , simpati dan sokongan rakyat , maka bertambah ramailah rakyat bersama kita.

4. PAS sebagai komponen Barisan Nasional

Selepas PAS berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu, didapati banyak keputusan-keputusan dasar dan strategi PAS dipengaruhi oleh suasana di Kelantan dan Terengganu. Namun begitu , selepas kerajaan PAS Terengganu hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri pada Oktober 1961 disebabkan beberapa orang ADUN PAS belot, tinggallah PAS Kelantan sebagai kerajaan. Bermula daripada situlah, PAS Kelantan mendapat perhatian serius pimpinan dari segi gerak kerja dan strategi politik .

Keadaan sedemikian kekal sehingga PAS di bawah pimpinan Allahyarham Dato' Mohd Asri Hj Muda menghadapi beberapa masalah dalaman sehingga keputusan pilihan raya 1964 dan 1969 didapati pengaruh PAS mula merosot berbanding dengan pencapaian 1959.

Keadaan politik tanah air pada tahun 1960-an banyak dicetuskan dengan isu perkauman, maka PAS pada waktu itu turut prihatin dengan isu tersebut. Tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969, rusuhan kaum yang menjadi titik hitam negara, melahirkan pendekatan baru politik PAS , yang akhirnya membawa kepada perbincangan UMNO - PAS untuk menyertai Perikatan.
Pada September 1969, Dato' Mohd Asri telah mengadakan persefahaman dengan Tun Abd Razak Timbalan Perdana Menteri dan pada 21 Disember 1972, Kongres Khas PAS meluluskan pembentukan kerajaan campuran PAS-Perikatan. Perisytiharan rasmi dibuat di Pejabat Perdana Menteri pada 28 Disember 1972, akhirnya 1 Januari 1973 rasmilah pembentukan kerajaan campuran PAS-Perikatan di Kelantan. Rintisan kerajaan campuran itulah , membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada pilihan raya 1974.

Namun PAS tidak bertahan lama dalam Barisan Nasional, kerana kepimpinan PAS mula tidak sependapat, sementelah pula kepimpinan UMNO Kelantan di bawah Tengku Razaleigh Hamzah sentiasa mencari helah melaga-laga pimpinan PAS sehingga tercetus isu undi tidak percaya terhadap Menteri Besar pada waktu itu, Dato' Hj Muhammad Nasir.

Diikuti dengan rusuhan (penyokong Dato' Muhammad Nasir), kemudian kerajaan PAS Kelantan di MAGERAN pada 8 November 1977. Selepas itu (13 Disember 1977), PAS telah dipecat daripada komponen Barisan Nasional kerana tidak menyokong Rang Undang-undang Darurat yang dibentang di parlimen pada 19 Oktober 1977. PAS telah berpecah lalu tertubuhlah Berjasa dan PAS tewas dalam pilihan raya 1978. Saat itu kembalilah PAS sebagai pembangkang di Kelantan dan di peringkat persekutuan.

5. Masalah dan Tribulasi PAS

Pengalaman PAS pada keseluruhannya bergerak dalam keadaan dilanda masalah dan tribulasi yang berterusan. Masalah bermula tatkala PAS memenangi pilihan raya dan memerintah Kelantan dan Terengganu.

Masalah kepimpinan merupakan pencetus utama kemerosotan pengaruh PAS. Kerajaan PAS Terengganu jatuh lantaran ada pimpinan yang belot dan tidak istiqamah dengan kepentingan parti. Sementara PAS Kelantan dilanda perpecahan lantaran wujud dua kepimpinan dalam satu parti, masing-masing salah menyalah di antara satu sama lain , akibatnya musuh menyelinap dan memecahkan benteng kekuatan PAS Kelantan.

Penyakit sedemikian terus menular, sehingga ada setengah kepimpinan yang tidak bersedia berundur meskipun gaya kepimpinannya telah disangsikan dan tidak mampu membawa dasar parti. Hal ini, jelas berlaku kepada Allahyarham Dato' Mohd Asri, yang kemudiannya terpaksa keluar dari PAS lalu menubuhkan Hamim dan beliau sebagai Presiden. Pada masa itu, PAS menghadapi era kepimpinan ulama' hasil daripada kesedaran ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang lain.

Perubahan era kepimpinan itu adalah atas kehendak seluruh ahli PAS yang mahu menterjemahkan kepimpinan PAS sebagai yang berteraskan ulama' demi memulihkan kewibawaan perjuangan Islam dan menanam keyakinan semula rakyat terhadap PAS.

Bertolak daripada perubahaan era kepimpinan tersebut, prestasi dan sikap PAS makin terserlah di dalam negara hatta peringkat antarabangsa. Lebih-lebih lagi dengan ketokohan kepimpinan masa kini, Mursyidul Am Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz, Presiden Ustaz Fadhil Noor dan Timbalan Presiden Tuan Guru Hj Abdul Hadi dan beberapa orang tokoh lagi, ternyata gerakan PAS setanding malah lebih disegani oleh gerakan-gerakan Islam sedunia.
6. PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah

Dalam era 1990-an, PAS tetap mampu mengharungi arus politik perdana. Mulai tahun 1990, PAS mampu mencipta prestasi dengan lonjakan berganda; berjaya menguasai semula kuasa politik Kelantan bersama-sama parti-parti Semangat 46, Berjasa dan Hamim melalui wadah Angkatan Perpaduan Ummah. Kekentalan rakyat Kelantan memberi harapan kepada PAS dengan mesej Islam sebagai ad-din mentadbir Kelantan atas nama kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah membuktikan PAS tetap subur dalam arus politik tanah air.

Sejarah pilihan raya 21 Oktober 1990 tetap menjadi catatan penting dengan PAS mengamalkan sikap terbuka dan bertoleransi dalam perjuangannya. Sikap ini telah dijelaskan oleh Presiden PAS dalam Muktamar 1989 dan sikap ini tetap diamalkan sekarang.

Meskipun begitu, pengalaman memerintah Kelantan dalam era 90-an adalah lebih mencabar berbanding dengan era 60-an. Pada penggal pertama (1990-95), tidak banyak kerenah politik berlaku dalam PAS dan kerajaan Negeri. Keadaan ini mungkin kerana rakan-rakan dalam Angkatan Perpaduan Ummah tetap akur dengan perpaduan yang dibina sejak tahun 1989. Dalam tempoh ini, kerajaan negeri banyak diasak oleh kerajaan Pusat dan UMNO dalam segenap penjuru. Perlaksanaan dasar pentadbiran terus berjalan dengan baik. PAS menerusi sokongan rakan-rakan Angkatan Perpaduan Ummah telah berjaya melaksanakan dengan cemerlang cita-cita pembangunan Kelantan atas slogan Membangun Bersama Islam. Banyak unsur dan dasar Islam telah dipraktikkan dalam pelbagai program untuk rakyat seluruh Kelantan.

Namun memasuki penggal kedua (selepas pilihan raya 1995), kerenah mulai timbul dan sengaja ditimbulkan oleh rakan kita daripada Semangat 46. Para pemimpin Semangat 46 mulai mencari peluang bagi menutup kelemahan parti mereka. Mereka telah menuntut hak-hak yang tidak munasabah seperti jumlah lantikan exco dari kuota PAS, jumlah lantikan penghulu dan ahli majlis daerah, mengeluarkan kenyataan sangka buruk terhadap PAS, menimbulkan bibit perpecahan dalam pentadbiran dan mengheret sama istana dalam isu-isu pentadbiran negeri. Semua yang mereka lakukan seolah-olah mereka pembangkang kepada kerajaan yang didokongi mereka sendiri.

Lantaran itu, kerajaan Kelantan dan hubungan PAS dengan Semangat 46 berada dalam kronik. Walau bagaimanapun, kita menyakini perjuangan Islam tetap benar dan PAS sebagai salah satu wadah perjuangan itu pastinya akan terus kukuh dengan cita-cita suci bagi mendaulatkan hukum Allah. Dalam hal ini, kita serahkan kunci penyelesaian kepada kebijaksanaan pimpinnan kita dan sama-sama kita berdoa, insya Allah PAS tetap unggul sebagai parti politik dan gerakan Islam di negara ini.

7. Masa Depan PAS

Firman Allah (Al-Ahzab, ayat 36) bermaksud:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمْ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا مُبِينًا

"Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak (pula) bagi perempuan yang beriman, apabila Allah telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasulnya, maka sesungguhnyalah dia telah sesat, sesat yang nyata"

Justeru itu, istiqamahlah dalam perjuangan Islam dan yakinlah dengan perjuangan PAS. Sesungguhnya PAS tetap menjunjung perjuangan yang diamanahkan Allah dan disunnahkan oleh Rasulullah saw.

Firman Allah lagi (Fussilat, 41 ayat 30) bermaksud:

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمْ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang berkata, "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan), "janganlah mereka merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu".

PAS memerlukan ahli dan pemimpin yang istiqamah dan sanggup berjuang dengan bersungguh-sungguh. Yakinlah , Allah pasti akan memberi kemenangan kepada perjuangan islam , sama ada menang di dunia ataupun menang di akhirat (mendapat balasan syurga). Kita yakin masa depan PAS tetap gemilang. Tugas kita hanyalah berkerja keras demi kemenangan Islam.

Di susun oleh Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan
PAS Kawasan Rompin . 8hb. March 2001


Sumber :Laman Ustaz Haji Nasruddin bin Haji Hassan At-Tantawi

Tahniah Buat Ex-Roomate



Selamat Pengantin Baru Sakinah


Bila dua hati dah terjalin

Selamatlah pengantin kami doakan

Moga redha Allah bersinar selalu

Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga

Ada masa tenang dan masa gelisah

Jangan nafsu diikut melulu

Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia

Tak lari dari ketentuan Ilahi

Suami ketua isteri pembantu

Melangkah hidup saling berpadu

Susah dan senang hadapi bersama

Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga




Alhamdulillah akhirnya sahabat yang saya sayangi telah selamat menyempurnakan ikatan pernikahannya pada 23 Februari yang lalu bersama pasangannya Khalid. Tahniah buat Sakinah dan Khalid. Semoga ikatan yang telah lama terbina itu menjadi bertambah erat, harmoni dan diberkahi melalui perkahwinan ini. Semoga cepat-cepat dapat zuriat yang soleh dan solehah untuk disumbangkan kepada perjuangan Islam kelak. Semoga dimurahi rezeki.

Sakinah merupakan sahabat saya, satu bilik, kolej Tun Fatimah Blok HO2, biliknya dah lupa ketika kami tahun satu di UTM. Disebabkan oleh kami satu bilik, satu course dan satu kelas, jadi setiap hari kami pergi bersama menjadikan kami bertambah rapat. Apapun semasa kami satu bilik, beliau banyak menaikkan semangat belajar saya tanpa beliau sedari. Beliau sangat pandai dan bijak. Ayahnya seorang ustaz dan tenaga pengajar di PERKIM Pengkalan Chepa.

Beliau seorang yang ceria, penyayang dan sudah tentu sangat peramah. Apapun suaminya juga yang saya kenali serba sedikit sahaja, juga seorang yang baik dan pandai sebagaimana beliau. Saya doakan semoga beliau bahagia dan dapat memenuhi impian mereka bersama.

P/s : Maaf Inah tidak dapat hadir walimah hari tu atas sebab tertentu. Apapun saya gembira untuk kalian berdua kerana impian kalian selama ini telah tercapai. Selamat Pengantin Baru.

Tuesday, March 18, 2008

Sayangilah Adik-Adik Kita

(gambar hiasan)

Aisyah Natasya anak sepupu saya yang sangat petah bercakap. Kalau mendengar setiap butir bicaranya pasti kadang-kadang buat saya terkejut kerana apa yang dibicarakan tidak pernah terfikir untuk saya berbicara sedemikian. Budaknya cerdik. Umurnya 7 tahun dan ada 3 orang kakak. Anak bongsu daripada 4 beradik. Rumah kami bersebelahan. Kalau kat rumah, kakak-kakaknya memanggilnya dengan panggilan Adik. Saya pula senang memanggilnya dengan pelbagai nama. Kalau dia nakal, saya akan panggil dia dengan nama penuh. Kalau dia ok dan tidak mengada-ngada saya akan panggil dengan panggilan Dik Syah atau Tasya.

Dik Syah ni suka berjalan-jalan. Tiap-tiap petang dia akn datang rumah saya bermain dengan saya memandangkan kakak-kakaknya malas melayan karenahnya. Suatu hari Dik Syah bertanyakan kak longnya “Kak Long, kalau adik kena rogol macam mana?”
Saya yang mendengar pun terkejut. Mungkin dia terfikir untuk bertanya demikian memandangkan selalu sahaja dengar kat Tv kes-kes rogol yang berleluasa. Kebetulan masa tu hangat tentang kes adik Nurin Jazlin. Jadi nenek saya selalu nasihatkan dia supaya tidak balik ke rumah seorang diri dan bermain di luar rumah sebab takut berlaku kes seperti Nurin Jazlin.
Antara nak jawab dengan tidak, kak longnya bertanya balik pada Dik Syah, “Adik tahu tak rogol tu apa?”
“Rogol tu maksudnya adik kena culiklah.”

Kesian adik-adik kita yang tidak tahu tahap keselamatan mereka sekarang. Apa yang pasti, saya perhatikan kebanyakan ibu bapa di kampung saya masih tidak peka terhadap keselamatan anak-anak mereka. Mereka membiarkan anak-anak mereka bermain-main basikal denagan kawan-kawan seusia mereka di tepi-tepi jalan, di kawasan padang yang jauh daripada rumah orang dan ada juga ibu bapa yang sanggup menyuruh anak mereka untuk membeli barang-barang di kedai. Apakah mereka tidak mengambil iktibar daripada peristiwa adik Nurin dan Sharlinie? Seingat saya masa awal-awal kejadian kehilangan adik Nurin dan adik Sharlinie, suasana kampong saya sunyi sebentar dengan gelagat kanak-kanak berbasikal bersama-sama kawan-kawan mereka. Mungkin pada masa itu kebimbangan terjadi kepada anak-anak mereka amat terasa. Namun kebimbangan itu seolah-olah telah tiada selari dengan peredaran masa di mana adik Sharlinie seolah-olah amat tipis peluang untuk dijumpai kembali. Bagi ibu bapa, keselamatan anak-anak mereka adalah bermusim. Apabila timbul sahaja kes baru timbul kewaspadaan?

Iklan keselamatan di TV dan Radio

Sejak kes kehilangan adik Sharlinie, pelbagai iklan keselamatan mula disiarkan dengan harapan agar adik-adik ini dan ibu bapa akan perihatin terhadap keselamatan anak-anak mereka. Namun sejauh manakah adik-adik ini peka dan faham kepada mesej iklan yang disampaikan dan apakah kebarangkalian mereka akan bertindak begitu apabila kes seumpama itu terjadi kepada mereka? Bagi ibu bapa yang peka, mereka akan menerangkan langkah-langkah keselamatan kepada anak-anak mereka, tapi perlu diingat, kanak-kanak bukanlah insan yang matang untuk bertindak seperti yang ibu bapa mereka ajarkan. Oleh itu tanggungjawab tersebut akan kembali semula kepada ibu bapa di mana walau apa cara sekalipun, jangan biarkan anak-anak keseorangan tanpa orang dewasa.



Saya dan zaman kanak-kanak


Zaman kanak-kanak adalah zaman yang sangat berharga untuk dilupakan. Masakan tidak, zaman kanak-kanak penuh dengan permainan kampung seperti main tarik-upih, lompat tali, main masak-masak dan banyak lagi. Amat sukar untuk mengusir zaman kanak-kanak kita yang penuh dengan gelak tawa dan keseronokan. Saya rasa zaman kanak-kanak saya adalah zaman yang saya tidak pernah fikirkan keadaan sekeliling. Kalau rasa hendak bermain ajak sahaja kawan-kawan dekat-dekat rumah tidak ambil pusing langsung waktu ketika itu, tengah hari ke, pagi ke tapi tidaklah malam. Asal saje nak bermain waktu zohor pun saya akan ajak kawan-kawan bermain. Seingat saya kawan-kawan sepermainan saya waktu itu kak long saya, 2 orang abang saya dan kawan-kawan mereka. Maklumlah pada ketika itu tidak ada pun kawan seusia saya yang tinggal berdekatan. Paling tidak pun jiran saya yang lebih tua setahun daripada saya. Apa yang ingin saya sampaikan, kami ketika itu tidak pernah terfikir pun bahaya di sekeliling kami asalkan kami dapat bermain. Sejujurnya ummi dan abah saya tidak pernah risau kalau kami bermain di kawasan rumah mahupun kawasan lapang berhampiran tali air rumah kami. Memang ummi berpesan jangan bermain tempat yang jauh-jauh, dan jangan layan orang yang kami tidak kenali, tapi nasihat ummi itu sekadar agar kami beringat. Kanak-kanak, sejauh mana ingatan tersebut diletakkan dalam kepala, apabila seronok bermain semua akan lupa dek kegembiraan tak terkata. Mungkin juga suasana ketika itu dengan kadar jenayah yang kurang menjadikan ibubapa kurang risau terhadap keselamatan anak-anak mereka. Sesekali ummi bercerita juga tentang kanak-kanak diculik, tapi kami adik beradik anggap semua itu masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Paling tidak pun lekat juga dekat otak kami. Tapi itu tidak menakutkan kami. Perubahan masa menjadikan kanak-kanak semakin diambang bahaya dengan faktor yang sangat banyak. Pemerhatian saya terhadap keselamatan kanak-kanak kini sangat kritikal. Apakah puncanya??? Sangat banyak.

Sayangilah adik-adik kita

Berbalik kepada zaman kini, sukar saya untuk meramal sejauh mana tahap pemahaman kanak-kanak terhadap keadaan sekeliling mereka. Kanak-kanak kini kalau secara kasarnya dapat saya katakan jauh lebih matang berbanding zaman kanak-kanak saya yang lampau mungkin disebabkan oleh kecanggihan teknologi masa kini. Mungkin tahap kematangan jauh lebih tinggi kerana kanak-kanak sekarang sudah tahu apa itu komputer, lahir-lahir sahaja IT depan mata dan macam-macam lagi. Namun begitu satu perkara yang perlu ibu bapa ingat, pemikiran kanak-kanak bukanlah seperti kita. 10 kali kita ajar mereka benda yang sama, belum tentu kesepuluhnya mereka akan ambil untuk diingati. Kanak-kanak apabila mereka terlampau seronok mereka akan lupa keaadaan sekeliling mereka. Kanak-kanak apabila disogokkan dengan sesuatu yang mereka sangat suka, mereka akan lupa apa sahaja. Kanak-kanak tidak mampu berfikir dengan matang di saat-saat kritikal asalkan mereka gembira.

Oleh itu, seruan saya kepada semua, ibu bapa, abang kakak, datuk nenek, pakcik makcik, sayangilah kanak-kanak disekeliling kita sekalipun siapa dia. Jangan biarkan mereka terus menjadi mangsa ke seterusnya selepas adik Nurin dan Adik Sharlinie. Selalulah memerhatikan pergerakan mereka kerana hanya kita yang mampu menjaga mereka.

Konvo Time!




Buat sahabat-sahabatku yang bakal bergraduasi pada 22 - 24 Mac 2008

Istimewa buat sahabat seperjuanganku yang sama-sama menjalani liku-liku hidup perjuangan (suka dan duka) di alam Kampus (Ikhwati Fil Islam) yang sangat disayangi.. Uhibbukum Fillah

Alf Mabruk Alaikum…

Alhamdulillah akhirnya sahabat-sahabatku, kita kini berjaya menempuh alam suka duka yang banyak mengajar kita erti perjuangan Islam, ditohmah, dikecam, diugut dan dituduh bermacam-macam, namun kita berjaya menghadapinya dengan penuh kesabaran. Semoga kita masih lagi tetap berada di jalan Islam. Tarbiyyah yang pernah kita lalui adalah satu saat yang mana mengajar kita erti suka duka perjuangan Islam. Menuntut ilmu menjadi keutamaan, berjuang di jalan Allah tidak dikesampingkan. Pastinya kita kini tidak pernah menyesal jalan yang kita pilih dahulu.




Sahabat-sahabatku,

Berakhirnya kehidupan kampus bukan bererti berakhirnya tarbiyyah yang kita jalani dan perjuangan yang kita warisi. Tapi kehidupan realiti menuntut kita untuk terus bangun mencari redho Ilahi. Semoga laungan kata ”Menuntut Ilmu Nombor Satu, Jemaah Bukan Ke-2 ” sentiasa menjadi ingatan berkekalan kepada kita. Mengenali antum sesuatu yang sangat istimewa.

Semoga kita Istiqamah di jalanNYA.


Istimewa buat : Aisyah R, Atiqah Y, Fatihah (Te-ah), Ukhti Azhana (kak Ana), kak laili, kak aini, Afzani (Ajan), Sulaiman, Sufian (Piye), Akh Asyraf, Akh Yusri

Saya Masih Belajar

Alhamdulillah juga, semalam saya sempat melawati blog-blog sahabat-sahabat. Banyak yang telah saya pelajari daripada mereka semua. Saya cukup kagum dengan mereka yang diberi ilham dan kelebihan oleh Allah untuk menulis dan mengarang dengan baik. Macam-macam bentuk, gaya dan corak penulisan yang dipersembahkan oleh mereka semua. Ada yang menjadikan blog mereka sebagai tempat berdiskusi, sebagai tempat meluah persaan, menceritakan pengalaman, melakarkan kisah kehidupan dan bermacam-macam lagi sehinggga perkara yang berat seperti hukum hakam agama dan isu semasa. Apapun satu sahaja yang dapat saya simpulkan daripada penulisan mereka semua. Penulisan mereka semua menghala kepada satu matlamat sahaja iaitu berdakwah.

Saya tertarik kepada satu blog sahabat saya yang mana blognya hanya menulis tentang kehidupan seharian beliau sahaja. Apa yang mengagumkan saya setiap pengalaman dan kisah hidup yang dikongsikannya semua menyelitkan unsur-unsur dakwah dan nasihat. Beliau menulis kisah hidup beliau bukan sekadar untuk suka-suka malah berharap dengan kisah hidup itu menjadi iktibar.

Teringat saya pengalaman ketika bersama-sama sahabat di kampus dulu. Kami sangat gemar mengikuti kuliah-kuliah ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Taib. Ceramah beliau adala berkisar soal-soal hukum-hakam dan tarbiyah. Tetapi apa yang membuatkan kami tertarik menghadiri kuliah beliau adalah beliau selalu menceritakan tentang kisah harian beliau yang mana setiap yang berlaku dalam hidup beliau, beliau terjemahkan dalam bentuk ibrah dan ilmu yang sangat berguna untuk dihayati. Beruntungnya beliau kerana setiap yang berlaku dalam kehidupan beliau, beliau memandang dari sudut yang sangat matang dan sarat dengan ilmu.

Begitu juga blog Ustaz Hasrizal yang saya lawati. Saya sangat suka melawati blognya kerana kebanyakan artikel beliau adalah mengenai kehidupan seharian yang mana kemudiannya beliau terjemah dalam bentuk yang sangat menarik dan sarat dengan ilmu dan mesej-mesej tertentu.

Saya pernah ditanya oleh sahabat saya apabila beliau mengunjungi blog saya. Katanya kenapa blog saya hanya mengandungi penulisan-penulisan yang ditulis oleh orang lain kemudian diletakkan di sini? Jawab saya, saya masih belum mampu menghasilkan penulisan sehebat sahabat-sahabat saya yang pandai menterjemah idea. Kualiti bagi seorang penulis adalah pengalaman hidup dan tahap pembacaan yang sangat memberangsangkan. Tapi itu semua belum ada pada saya. Saya masih perlu belajar dan mencari banyak ilmu danpengalaman .Apapun, saya ingin sekali membiasakan diri saya dan belajar dalam bidang penulisan kerana ia juga satu metod dakwah yang berkesan.

Wallahu a’lam.

MENANTI DI BARZAKH..

Ku Merintih,
Aku Menangis,
Ku Meratap,
Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2
Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2
Ku Merintih,
Aku Menangis,
Ku Meratap,
Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

Disiplin dalam Membina Bayt Al-Muslim Yang Cemerlang

Alhamdulillah, semalam saya sempat menghabiskan bacaan sebuah majalah ilmiah yang agak laris juga. Tidak dinafikan saya sangat suka membaca majalah (yang ilmiah :- Haluan, I, Anis dan seangkatan dengannya), tetapi kekangan masa menjadikan saya jarang untuk menelaah dengan sepenuh hati apatah lagi untuk mendapatkannya sebagai koleksi peribadi. Jika saya berkesempatan saya akan mendapatkannya. Jika tidak tunggulah adik saya yang meminjamkannya untuk saya. Semalam alhamdulillah saya sempat menghayati separuh daripada intipati majalah tersebut. Cuma apa yang saya ingin kongsikan bersama adalah beberapa tips atau amalan yang paling ringan atau paling simple untuk diamalkan bagi membina sebuah bayt a- muslim yang cemerlang dan penuh keakraban antara ahlinya. Tips ini mungkin sesuai bagi sesetengah orang dan mungkin juga boleh dijadikan panduan bersama. Apapun saya suka untuk berkongsi memandangkan ianya sangat mudah dan tidak membebankan. Tips ini sesuai untuk mereka yang akan membina, sedang membina dan telah membina sebuah bayt al muslim yang berjaya. Ini sekadar tatapan bersama dan perkongsian sahaja.
TIPS MEMBINA SEBUAH BAYT AL-MUSLIM YANG CEMERLANG


Solat berjemaah bersama samada di masjid atau di rumah (Subuh, Maghrib dan Isyak)
- Bagi suami/isteri yang bekerja, solat berjemaah bersama-sama anak-anak biasanya dilazimi pada waktu subuh, maghrib dan isyak memandangkan pada waktu siang harinya masa suami isteri banyak dihabisi di tempat kerja manakala anak-anak pula di sekolahnya. Moga-moga denga waktu berjemaah yang hanay 3 waktu ini mampu menyemai kasih sayang bersama.

Makan makanana yang halal lagi baik dan berkualaiti.
- Makanan yang halal lagi baik penting untuk menjaga hati dan akal (rohani dan jasmani) bagi membina generasai yang baik dan berkualiti. Ia penting juga untuk anak-anak kita memudahkan mereka menerima ilmu dan mengamalkannya dengan baik.

Jaga kebersihan
- Penting dalam sesebuah keluarga untuk menjaga kebersiha. Kerana kebersihan melambangkan peribadi dan keimanan sesorang. Penting untuk memastikan suasana keluarga adalah harmoni dan sejahtera. Selain itu kebersihan rumah dan diri juga penting untuk menghalau syaitan mendekati kita.

P/s : Teringat saya masa sekolah rendah dulu-dulu. PK HEM (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) sekolah saya (Sek Keb Kedai Piah), saya masih ingat lagi namanya Cikgu Zaid (moga-moga Allah merahmatinya, tidak pasti dimana beliau berada sekarang dan apa perkhabarannya). Cikgu Zaid merupakan juga cikgu disiplin kat sekolah saya. Semua orang takut kepadanya. Apa yang masih saya ingat tentangnya sampai sekarang, beliau seorang yang sangat menjaga kebersihan. Apabila beliau dapati ada samapah samada di dalam bilik darjah atau kawasan sekolah, beliau akan terus menjerit syaitan (ditujukan pada sampah) dan akan marah pada murid-murid yang nampak sampah tapi tidak dikutipnya. Sampai sekarang saya masih menganggap sampah itu ibarat syaitan, mengganggu suasana kita.

Membaca buku-buku ilmiah
- Anak-anak mesti diasuh agar membaca buku-buku ilmiah agar otak mereka akan sering berfungsi dengan baik bagi melahirkan generasi rabbani yang tidak kering dengan idea dan sentiasa berfikir untuk masa depan lebih-lebih lagi masa depan Islam. Lagipun banyak berlaku fenomena di mana ummat Islam adalah golongan yang lambat berfikir. Moga-moga usaha kita ini mampu membina mujahid dan mujahidah yang cerdas.

Imej yang kemas dan tidak selekeh
- Perlu diterapkan dalam jiwa anak-anak dan diri kita sendiri supaya imej perlulah sentiasa kemas dan tidak selekeh. Ini penting untuk keyakinan diri dan menunjukkan kualiti seorang muslim yang bersih dan cemerlang.

Berupaya untuk berkomunikasi dan bergaul dengan baik
- Ahli keluarga perlu diterapkan cara berkomunikasi dan bergaul yang dianjurkan Islam. Anak-anak amat perlu diterapkan nilai sedemikian seperti cara menghormati orang, adab-adab bergaul dan cara berkomunikasi dikhalayak ramai.

Mementingkan ikatan yang erat antara keluarga.
- Ibu bapa perlu menanam rasa tanggungjawab terhadap keluarga dan mengajar anak-anak agar mementingkan ikatan yang baik sesama mereka. Sesekali ibu bapa walaupun sibuk dengan kerja atau gerak kerja Islam, tidak menjadikan alasan sibuk sebagai penghalang untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Moga-moga dengan perhatian ibu bapa anak-anak akan lebih faham dan berasa kebertanggungjawab ibubapa mereka terhadap keluarga.

Membudayakan bahasa arab/inggeris di rumah
- Sesekali perlu juga membudayakan bahasa asing di dalam perbualan harian keluarga seperti bahasa arab atau bahasa inggeris supaya anak-anak tidak ketinggalan dalam mempelajari pelbagai ilmu lebih-lebih lagi bahasa arab yang jarang kita berikan penekanan.

Car-Pool
- Biasanya dianjurkan untuk ibu bapa yang jarang bersama-sanma anak-anak. Jadi dengan berkongsi kereta ke tempat kerja atauu menghantar anak-anak kesekolah dapat menambahkan keeratan ikatan keluarga.

P/s : Biasanya sesuai bagi yang tiada masalah masa atau ibu bapa yang bekerja sendiri

Sentiasa membaca al-Quran dan biasakan mulut dengan Al-Quran.
- Penting membiasakan anak-anak dan diri sendiri dengan al-Quran. Mungkin boleh menganjurkan anak-anak membaca al-Quran setiap kali selepas solat 5 waktu. Tidak perlu ayat-ayat yang panjang paling tidak sepotong ayat dengan maksud untuk difahami. Moga-moga dengan ini lidah kita dan anak-anak terbiasa denag alunan zikir dan ayat-ayat al-quran. Semoga dengan ini mammpu mewujudkan bayt al-muslim dan bayt al-Quran yang dilimpahi cahaya Rabbani.

Wallahu a’lam. Ini hanya sebahagian tips ringkas yang saya semapat hayati dan InsyaAllah mudah diamalkan malah tidak sedikitpun mencuri masa kita. Membazir waktu untuk Allah bukanlah pekerjaan yang sia-sia. Wallahu a’lam.

Sunday, March 16, 2008

Menjaga Lisan, Menjaga Hati


Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang (QS. Al-Hujuraat [49] 12).

Lisan merupakan bagian tubuh yang paling banyak digunakan dalam keseharian kita. Sebagian besar - atau bahkan hampir semua - aktivitas komunikasi kita menggunakan lisan. Sebuah pepatah yang terkenal mengatakan, mulutmu adalah harimaumu. Namun, ada pula yang menimpali, mulutmu adalah mutiaramu, mulutmu adalah emasmu, dan seterusnya. Artinya, lisan kita berpotensi untuk mendatangkan keburukan maupun kebaikan. Oleh karena itu, sangat penting untuk menjaga lisan kita. Apakah banyak kebaikannya dengan menyampaikan yang benar atau malah terjerumus ke dalam dosa dan maksiat.

Pada berbagai pertemuan, formal maupun obrolan biasa sehari-hari, seringkali kita mendapati pembicaraan berupa gunjingan (ghibah), mengadu domba (namimah) atau maksiat lainnya. Padahal, Allah SWT melarang hal tersebut. Allah SWT menggambarkan ghibah sebagai sesuatu yang amat kotor dan menjijikkan.
Allah berfirman, ”Dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain. Apakah salah seorang di antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?Maka tentulah kamu merasa jijik dengannya.” (QS. Al-Hujuraat [49]: 12).

Nabi SAW telah menerangkan makna ghibah (menggunjing) melalui sabda beliau, yang artinya: “Tahukah kalian apakah ghibah itu?” Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui” Beliau bersabda: “Engkau mengabarkan tentang saudaramu dengan sesuatu yang dibencinya.” Beliau ditanya, “Bagaimana jika yang aku katakan itu memang terdapat pada saudaraku?” Beliau menjawab, “Jika apa yang kamu katakan terdapat pada saudaramu, maka engkau telah menggunjingnya (melakukan ghibah) dan jika ia tidak terdapat padanya maka engkau telah berdusta atasnya.” (HR. Muslim).

Apapun yang terdapat pada diri seorang muslim, baik tentang agama, kekayaan, akhlak, atau bentuk lahiriyahnya, sedang ia tidak suka jika hal itu disebutkan, dengan membeberkan aib, menirukan tingkah laku atau gerak tertentu dari orang yang dipergunjingkan dengan maksud mengolok-ngolok. Banyak orang meremehkan masalah ghibah, padahal dalam pandangan Allah, ghibah adalah sesuatu yang keji dan kotor. Rasulullah SAW bersabda: “Riba itu ada tujuh puluh dua pintu, yang paling ringan daripadanya sama dengan seorang laki-laki yang menyetubuhi ibunya (sendiri), dan riba yang paling berat adalah pergunjingan seorang laki-laki atas kehormatan saudaranya.” (As-Silsilah As-Shahihah, 1871).

Bagi seseorang yang kebetulan hadir dalam majelis yang penuh dengan pergunjingan terhadap orang lain, maka dia amat sangat dianjurkan untuk mencegah kemungkaran dan membela saudaranya yang dipergunjingkan. Nabi SAW sangat menganjurkan hal itu, sebagaimana dalam sabdanya: “Barangsiapa membela (ghibah atas) kehormatan saudaranya, niscaya pada hari kiamat Allah akan menghindarkan api Neraka dari wajahnya.” (HR. Ahmad).

Satu lagi bentuk amal lisan yang bisa mendatangkan keburukan adalah namimah (mengadu domba). Mengadukan ucapan seseorang kepada orang lain dengan tujuan merusak hubungan di antara keduanya adalah salah satu faktor yang menyebabkan terputusnya ikatan, serta menyulut api kebencian dan permusuhan. Allah SWT mencela pelaku perbuatan tersebut. Firman Allah SWT dalam Alquran: “Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang kesana kemari menghambur fitnah.” (QS. Al-Qalam [68]: 10-11).

Rasulullah SAW mempertegas ayat di atas dengan sabdanya: “Tidak akan masuk surga al-qattat (tukang adu domba).” (HR. Bukhari).

Ibnu Atsir mengatakan, “Al-Qattat adalah orang yang menguping (mencuri dengar pembicaraan), tanpa sepengetahuan mereka, lalu ia membawa pembicaraan tersebut kepada orang lain dengan tujuan mengadu domba.” (An-Nihayah 4/11).

Oleh karena itu ada beberapa hal penting yang perlu kita perhatikan dalam menjaga lisan.
Pertama, hendaknya pembicaraan kita selalu diarahkan ke dalam kebaikan. Allah SWT berfirman, “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisik-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat ma’ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia.” (QS. An-Nisa [4]: 114)

Kedua, tidak membicarakan sesuatu yang tidak berguna bagi diri kita maupun orang lain yang akan mendengarkan. Rasulullah SAW bersabda: “Termasuk kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Ketiga, tidak membicarakan semua yang kita dengar. Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Cukuplah menjadi suatu dosa bagi seseorang yaitu apabila ia membicarakan semua apa yang telah ia dengar.” (HR. Muslim)

Keempat, tenang dalam berbicara dan tidak tergesa-gesa. Aisyah r.a. berkata, “Sesungguhnya Nabi shallAllahu ‘alaihi wa sallam apabila membicarakan suatu hal, dan ada orang yang mau menghitungnya, niscaya ia dapat menghitungnya” (HR. Bukhari-Muslim).
Menjaga Hati

Menjaga lisan sesungguhnya merupakan salah satu upaya menjaga hati. Benar bahwa apa yang diucapkan adalah representasi dari apa yang ada dalam hati dan pikiran. Namun, ketika Anda melakukan ghibah dan namimah, maka sesungguhnya Anda telah menanamkan dan memupuk kebencian terhadap orang lain dalam hati dan otak Anda. Semakin sering Anda meliarkan lisan Anda, semakin besar pula kebencian dalam hati Anda. Lebih lanjut - secara psikologis - Anda akan selalu terbawa emosi, kehilangan rasionalitas, dan selalu dalam kondisi tertekan. Sebaliknya, ketika Anda berusaha untuk tidak melakukan ghibah atau namimah, maka hati Anda akan tertata. Benih-benih kebencian dan amarah sedikit demi sedikit akan menghilang. Keuntungannya, rasionalitas Anda akan terjaga, dan emosi Anda akan stabil. Pada akhirnya, Anda akan dapat menjalankan aktivitas dengan baik.

Semoga Allah SWT senantiasa menjaga diri kita, sehingga diri kita senantiasa berada dalam kebaikan. Amiin.
Wallahu’alam

sejenak

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar.
Khalifah ‘Umar

Tuesday, March 4, 2008

Salam Hari Lahir

Kak Haida yang berbaju Ungu (Pengantin)



AWAN BERARAK CERIA



TIADA TITIS HUJAN



POHON MELAMBAI



TANDA SOKONGAN



KUSUSURI PERJALANAN



BERTEMANKAN SENYUMAN



DI HARI LAHIR MU



Sahabat KU



DEDAUN BEGUGURAN



MENITIKAN KEDEWASAAN



WALAU TANPA MATA & HATI YANG



NAMUN CUKUP UNTUK KU…



SEGAR DAN UCAPAN



SELAMAT HARI LAHIR



IRINGAN DOA KU HULUR



BERSYUKUR KEPADANYA



ATAS NIKMAT USIA



USIA MU IBARAT MUTIARA



TIADA BERGANTI LAGI



HIASKAN IMAN BERSULAM TAQWA



AGAR SEMPAT MENGUCUP



HARUMAN SYURGAWI



Hari ini hari lahir kak Haida yang ke 24. Untukmu Salam Hari Lahir


Moga ukhwah yang telah lama bertaut ini sentiasa terjalin seiring usia kita.


Kenangan UTM 2004-2007 Bersama


Raudhatun Nisa' - Saff Pimpinan PMI 2006 dalam kenangan


Semoga Bahagia Ke akhirnya


Dimurahkan Rezeki Selalu.