Tuesday, April 22, 2008

Ibu yang pertama tetapi ayah bukan yang kedua


Kasih Ibu Membawa ke syurga kasih ayah rela berpayahan

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah

Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan


Semalam seperti biasa saya balik kerja dengan menaiki bas, maklumlah belum ada lesen kereta. Dulu, waktu ummi suruh belajar kereta, macam-macam alasan; malaslah, takutlah, nantilah dan macam-macam lagi. Sekarang bila dah kerja, baru terasa getirnya perjalanan ini. Alhamdulillah, belas ihsan dan pengorbanan seorang ayah, abah sudi hantar saya ke tempat kerja tiap-tiap pagi dengan sabarnya. Kasihnya Ibu membawa ke syurga, kasih Ayahanda rela berkorban. Itulah abahku.

Tentang ayah

Bercerita tentang ayah, macam-macam cerita boleh dikisahkan. Apabila bercerita tentang kasih, tentang sayang, ayah jarang disebut-sebutkan. Cuba kita teliti lagu-lagu yang ada samada lagu balada atau nasyid, amat sukar menemui lagu yang berbicara tentang ayah. Kalau di televisyen sekalipun, jarang sangat diraikan hari ayah secara ekslusif, tetapi apabila hari ibu, macam-macam tayangan sempena meraikan ibu. Tidak pentingkah seorang ayah atau Siapakah ayah sebenarnya kepada kita?

Saya pernah bertanyakan sahabat-sahabat saya, sejauh mana kepentingan ayah untuk mereka atau dalam erti kata mudah, waktu bilakah ayah diperlukan dalam kehidupan mereka? Rata-rata sahabat saya menjawab kasih sayang mereka untuk ayah, tidak berbelah bagi, tetapi apa yang boleh saya simpulkan bahawa rata-rata daripada mereka sangat memerlukan ayah apabila dalam kesusahan, apabila inginkan wang dan apabila memerlukan sesuatu untuk diri sendiri. Bagi mereka ayah bukan tempat mereka meluahkan masalah. Mungkin benar mungkin juga tidak. Seorang sahabat saya berceritakan tentang ibubapanya. Katanya, dia kurang rapat dengan ibu berbanding ayah kerana ibunya garang dan ayahnya sangat penyayang, memahami dan selalu memberikannnya semangat. Baginya, ayahnya sangat istimewa. Apapun terpulang kepada setiap individu untuk menilai dan menghargai ayahanda dengan cara apa dengan syarat, jangan dilupai dan jangan dibandingi jasa ayah.

Saya percaya ramai akan mendahulukan ibu dalam setiap apa jua perkara, walhal untuk meminta wang daripada ayah sekalipun, ibu sebagai tawassulnya. Percaya atau tidak kebanyakan kita memang begitu. Namun tidak dinafikan masih ada yang mendahului ayah dalam hal-hal yang tertentu dan dalam bahasa mudahnya menyamakan hak ayah dan ibu.

Bahz bin Hakim dari ayahnya dari neneknya berkata: "Saya tanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, siapakah harus saya taat?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ibumu." Kemudian siapakah? tanya saya lagi. Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ibumu." Saya bertanya sekali lagi dan Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ibumu." "Kemudian siapa?" tanya saya lagi." Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dari kerabat."


Ayah; insan istimewa yang jarang kita sedari
Sebenarnya sedar atau tidak, ayah sangat penting dalam kehidupan kita. Percayalah tanpa seorang ayah, kita sudah tentu tiada di bumi ini. Ayah insan istimewa yang jarang kita sedari kepentingannya. IBu.. Ibu... Ibu.. memang insan yang sentiasa penting dalam kehidupan kita. Kalau tanpa ayah kita masih boleh tabah dan gembira hidup di dunia ini, tapi tanpa kasihnya ibu, hidup kita terasa sunyi dan kosong. Ayah bukanlah insan yang melahirkan kita. Allah telah menetapkan si ibu adalah insan yang sesuai untuk melahirkan manakala si ayah dengan kudrat yang dianugerahi Allah padanya lebih bersifat kepada berkorban, mencari nafkah dan melindungi keluarga. sedar atau tidak jasa ayah tidak kurang hebat berbanding dengan ibu kita. Cubalah kita teliti ayah kita bagi yang masih mempunyai ayah. Ayah adalah insan kental yang tabah dan sabar mencari sesuap nasi dan keperluan untuk keluarganya. Ayah sekalipun penat tetap tabah dan teguh bekerja. Ayah jika dibandingkan, ketelitian terhadap anak-anak sedikit kurang jika dibanding dengan ibu. Namun ayah sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk kita. Apa yang perlu kita sedar, ayah juga ada hati dan perasaan untuk meraih setitik perhatian keluarga. Ayah juga sebenarnya mengharapkan perhatian seperti mana yang ibu-ibu perolehi.


Kisah Kami adik Beradik

Saya teringat kisah kami adik beradik. Setiap kali kami menelefon bertanyakan khabar di rumah, pastinya kami akan menghubungi ummi terlebih dahulu kemudiannya kami bercakap dengan abah kadang-kadang samapai bertanya khabar ayah melalui ummi sahaja dan selebihnya sampaikan salam buat abah. Sehinggalah suatu hari, abang saya menelefon rumah untuk bercakap dengan ummi. Kebetulan ummi tiada waktu itu. Jadi abang saya bagitahu, tidak mengapalah kalau begitu biarlah dia bercakap dengan abah. Tiba-tiba dalam tidak sedar terdengar abah berkata dalam nada gurauannya..."erm ummi tiada barulah abah didahulukan". Kami adik beradi sangat terkesan, sungguh kami tidak membezakan antara ummi dan abah tetapi mungkin dalam tidak sedar terlampau banyak perbuatan kami mendahulukan ummi sedangkan jarang-jarang sekali tidak salah mendahului abah dalam perbuatan kita seharian. Tidak sangka itulah yang abah pendamkan selama ini. Namun abah saya tetap yang terbaik.

Ayah; kau Istimewa

Istimewanya ayah, dialah yang berusaha memberikan keperluan pelajaran kepada kita, menyediakan kemudahan untuk kita dan sentiasa menyokong kita di belakang. Sekalipun ayah sibuk bekerja, bukan bermakna dia tidak mengambil tahu hal kita. ayah biasanya seorang yang tidak banyak bercakap. Secara kasar kita jarang melihat ayah kita bertanyakan masalah kita atau menyelami hati kita walhal pada hakikatnya, ayah sentiasa mengikuti perkembangan kita melalui ibu kita. Mungkin ayah lebih kepada pemerhati kita dari jauh. Biasanya apabila anak-anak di dalam masalah ayah akan bertindak sekiranya masalah anak-anak itu sukar diselesaikan oleh mereka sendiri atau si ibu. Maka pada masa itulah ayah akan bertindak mengeluarkan idea atau pendapat bagi membantu anak-anak. Senyap ayah bukanlah dia tidak mempedulikan kita. Malah senyapnya itu mendidik kita dewasa. Ayah yang baik akan berusaha memberikan contoh tauladan yang baik kepada anak-anaknya. Selalunya ayah akan menegur salah laku anak-anaknya melalui ibu kerana ibu lebih bersifat lemah lembut dan perihatin. Oleh itu sebenarnya ayah dan ibu, merupakan insan yang sangat penting untuk keluarga bahagia dan penyayang.


Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan ibulah mesti dihormati
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan ibulah mesti dihormati
Ayah dan ibu wali-wali keramat
Pada mereka kita beri hormat
Pakailah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup kita akan selamat

Berbuat Baik Kepada AYAH DAN IBU




Dalam hadith dan al-Quran banyak menyeru anak-anak agar berbuat baik terhadap ibu bapa. malah ia suatu kewajipan yang tidak boleh didolak-dalikkan.

Abul-Laits berkata: "Andaikan Allah s.w.t. tidak menyebut kewajipan berbakti kepada kedua orang tua itu dalam al-quran, dan tidak ditekankan nescaya dapat dimengertikan oleh akal bahawa taat kepada kedua orang tua itu wajib, kerana itu diwajibkan seorang yang berakal harus mengerti kewajipannya terhadap kedua orang tuanya, lebih-lebih Allah s.w.t. telah menekan dalam semua kitab yang diturunkan iaitu Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran, juga telah diwahyukan kepada semua Nabi, Rasul bahawa ridho Allah s.w.t. tergantung pada ridho kedua orang tua dan murka Allah s.w.t. tergantung pada murka kedua ayah bonda."

Pentingnya ibu bapa kerana tanpa mereka siapalah kita. Alangkah beruntungnya kita yang masih mempunyai ibu dan ayah. Di kesempatan yang ada inilah kita diseru membuat kebajikan kepada mereka sebanyak mungkin. Saya pernah ditanya oleh seorang sahabat tentang kewajipan terhadap ibubapa dan pada masa yang sama kewajipan terhadap Islam. apabila berlaku pertembungan siapakah yang patut didahulukan. ini menyebabkan ada yang tersepit antara ibu bapa dan perjuang. Al-Quran dan tunjuk ajar Rasulullah telah cukup itu mengajar kita keutamaan yang perlu didahulukan. di sinilah letaknya fiqh awlawiyat yang perlu kita tahu dan pelajari. Di samping pentingnya keberhematan dalam berdiplomasi dengan ibu bapa.

Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berkata: "Saya ingin berjihad (perang fisabilillah)." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya: "Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, kedua-duanya." Sabda Rasulullah s.a.w.: "Didalam melayani keduanya harus berjihad."

Hadis ini menunjukkan bahawa taat bakti kepada orang tua itu lebih besar daripada jihad fisabilillah, sebab menyuruh orang itu berbakti kepada orang tua dan berjihad. Kerana itu maka seseorang tidak boleh keluar untuk jihad jika tidak diizinkan oleh kedua orang tuanya selama panggilan jihad itu tidak umum, maka tetap taat kepada orang tua lebih afdhal dari jihad fisabilillah. Sekalipun keperluan berjihad melebihi kepentingan kepada ibu bapa, di sinilah pentingnya kita memberi pemahaman dan memujuk ibu bapa dengan penuh ridho dan yakin akan ada jalan keluar untuk itu. Bagi sesetengah orang, hadith di atas tidak boleh dijadikan alasan untuk mengecualikan diri daripada perjuangan Islam kerana ia juga kewajipan selagi kita bergelar muslim.

Seorang sahabat juga pernah bertanyakan saya bagaimana harus dia lakukan kebajiukan untuk ibu bapa sekiranya mereka telah tiada. Islam juga mengajar cara kita membuat kebajikan untuk ibu bapa yang telah tiada dengan cara berdoa kebahagiaan mereka di akhirat dan berbuat baik terhadap sahabat-sahabat ibu bapa kita yang masih ada serta menghubungi keluarga dan sahabat-sahabat kedua orang tua kita . Dia sendiri menjadi orang soleh sebab menyenangkan kedua orang tuanya. Doa anak yang soleh akan samapai kepada ibu bapa selagi aman anak-anak mereka tetap mendoakan untuk mereka. Membaca istighfar dan mendoakan serta bersedekah untuk kedua orang tuanya itu. Di sini menunjukkan betapa pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak dengan didikan rabbaniyyah dan bukan dunia semata-mata.

Al-Ala' bin Abdirrahman dari ayahnya dari Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Jika mati anak Adam putus (terhenti) semua amal perbuatan (kegiatannya), kecuali tiga macam iaitu:
-Sedekah jariah yang berjalan terus (wakaf-wakarnya)
-Ilmu yang berguna (yang diajarkan sehingga orang-orang melakukan ajarannya)
-Anak yang soleh yang selalu mendoakan pengampunan untuknya

Seorang ulama tabi'in berkata: "Siapa yang mendoakan kedua ibu bapanya tiap hari lima kali bererti telah menunaikan kewajipabnya terhadap kedua ibu bapanya." Sebab Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): "An usy kurli wali walidaika, ilayyal mashir. (Yang bermaksud): "Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, kepadaKu kau akan kembali.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Jangan memutus hubungan pada orang yang dahulu kawan baik pada orang tuamu, nescaya akan padam nur cahayamu." Seorang dari suku Bani Saliman datang kepada Rasulullah s.a.w. dan bertanya: "Kedua orang tuaku telah mati, apakah ada jalan untuk berbakti pada keduanya sesudah mati itu?" Jawab Nabi muhammad s.a.w.: "Ya, membaca istighfar untuk keduanya dan melaksanakan wasiat keduanya dan menghormati sahabat-sahabat keduanya dan menghubungi keluarga dari keduanya."

Oleh itu, selagi harapan kita masih terbuka melihat ibu dan ayah di depan mata, berbuatlah baik kepada mereka. Jangan sesekalipun menyakiti hati mereka walau dengan tindakan yang kecil atau perkataan 'ah'.

'Tuhanmu telah menyuruh supaya kamu jangan menyembah (mengesakan) selain padaNya. Dan terhadap kedua ibu bapa harus berbakti (taat dan baik) apabila telah tua salah satunya atau keduanya disisimu, maka jangan menunjukkan sikat atau sikap jemu atau berkata: Ah, DAN janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya ucapaan yang baik.'
-Al Isra':23-

Dan rendahkan dirimu kepada keduanya serendah-rendahnya dan doakan keduanya: "Ya Tuhan, Kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana keduanya telah memeliharaku dimasa kecil.
-Al Isra' :24-

Moga-moga dengannya kita tergolong sebagai anak yang sole dan solehah ... Amin.

"Tuhanmu lebih mengetahui apa yang didalam hatimu, jika kamu benar-benar baik (solih) maka sesungguhnya Tuhan itu terhadap orang yang salah lalu kembali taubat, ia maha penganmpun. (Surah Al-Isra' ayat 25)


Hak yang harus dilaksanakan oleh anak terhadap ibu dan ayah ada sepuluh iaitu:

-Jika orang tua berhajat kepada makan harus diberi makan
-Jika berhajat pada pakaian harus diberi pakaian. Rasulullah s.a.w. ketika menerangkan ayat (Yang berbunyi): "Wa sha hib huma fiddunnya ma'rufa. (Yang bermaksud): "Bantulah kedua orang tua didunia dengan baik, yakni supaya diberi makan jika lapar dan pakaian jika tidak berpakaian.
-Jika berhajat bantuan harus dibantu
-Menyambut panggilannya
-Mentaati semua perintahnya asalakn tidak menyuruh berbuat maksiat dan ghibah (Kasari orang)
-Jika berbicara kepada keduanya harus lunak, lemah lembut dan sopan
-Tidak boleh memanggil nama kecilnya ( gelaran)
-Jika berjalan harus dibelakangnya
-Suka untuk orang tuanya apa yang ia suka bagi dirinya sendiri, dan membenci bagi keduanya apa yang tidak suka bagi dirinya sendiri
-Mendoakan keduanya supaya mendapat pengampunan Allah s.w.t. dan rahmatNya Sebagaimana doa Nabi Nuh a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. (Yang berbunyi): "Robbigh fir li waliwalidayya robbanagh fir li waliwalidayya wa lil muminin wal mu'minati yauma yaqumul hisab. (Yang bermaksud): "Ya Tuhan kami, ampunkan kami dan kedua ibu bapa kami dan semua kaum muslimin pada hari perhintungan hisab/hari kiamat.


Monday, April 21, 2008

Di Dalam Hati Manusia...


Di dalam hati manusia ada kekusutan
dan tidak akan terurai kecuali
menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan
dan tidak akan hilang kecuali
berjinak dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan
dan tidak akan hilang kecuali
seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan
dan tidak akan tenang damai kecuali
berlindung,bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan
dan tidak akan padam kecuali
redha dengan suruhan dan laranganNya
serta qadha dan qadarNya serta
kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan
tidak akan terbendung kecuali
kecintaan kepadaNya dan
bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah
keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . .
Andai dunia dan isinya diberikan kepada
manusia masih tidak lagi dapat
membendung hajat hati
si hamba itu..


sumber :ASINFER

Sunday, April 20, 2008

Masa Oh Masa


Masa memang sangat pantas berlalu. Semalam hanya 2 aktiviti sahaja yang sempat mengisi perjalanan hujung minggu saya dalam melengkap kitaran 24 jam masa. Pagi semalam sahaja saya perlu menghadiri mesyuarat MSK untuk program LAMEGA (Lambaian Menara Gading). Program ini adalah untuk adik2 yang akan ke Menara gading untuk sesi 2008/2009. Memberi pendedahan kepada mereka tentang kehidupan di kampus seterusnya memberi panduan kepada mereka memilih laluan terbaik mereka di sana nanti (ikuti iklannya akan datang.). Paginya sahaja hampir 2 jam masa saya berlalu tanpa pengisian yang terbaik dan lari daripada perancangan asal. Pertamanya, hampir 20 minit masa saya berlalu hanya untuk perjalanan ke tempat mesyuarat. Alhamdulillah, di kesempatan masa itu saya sempat bertafakkur sejenak tentang kejadian alam di sepanjang perjalanan saya itu. Saya juga sempat berdiskusi dengan adik saya yang merupakan driver saya pada pagi itu (maklumlah lesen kereta masih dalam proses pembikinan) tentang keadaan di sepanjang perjalanan itu.


Hargailah alam semulajadi kita. Jangan Membuat kerosakan.

Perjalanan saya itu telah melalui satu kawasan sawah padi yang dulunya luas terbentang dan sangat cantik dipandang dengan kehijauannya yang masih terpelihara. Sayangnya kini keluasan itu hanya tinggal ‘sekangkang kera’ kerana sebahagian besarnya telah digunakan untuk projek pembangunan. Pembangunan jalan yang kini telah ramai manusia merasai nikmatnya dan dengannya memberi manfaat kemudahan kepada beribu-ribu hamba Allah untuk melaksanakan tugas masing-masing termasuklah saya. Bayangkan jika tiada pembangunan jalan di situ, semestinya perjalanan saya yang hamper 20 minit itu menjadi ½ ++ jam. Pembangunan tiada salahnya asalkan bermanfaat untuk semua dan tidak melampau-lampau.

Selebihnya sebahagian besar kawasan padi itu telah diambil oleh golongan tertentu untuk menjalankan satu projek mega iatu terminal makanan (Teman). Projek itu dilancarkan sebulan sebelum PRU ke 12 oleh golongan tertentu yang mana kononnya untuk meraih pengundi di negeri yang penuh nikmat ini. Malangnya setelah pihak tersebut gagal meraih kemenangan di bumi nikmah ini, maka sehingga ke hari ini projek tersebut masih belum menampakkan tanda-tanda untuk diteruskan. Maka kawasan projek itu setakat ini terbiar tanpa diteruskan perlaksanaannya. Begitulah manusia kalau mengejar kepentingan sendiri. Apabila gagal mendapat apa yang diingini, maka yang bukan haknya juga menjadi korban dek sifat balas dendam. Janganlah sesekali kita melakukan kerosakan di bumi kerana tangan-tanga klita sendiri akibat akhirnya kita juga yang binasa. Teringat Firman ALLAH dalam Surah al-Rum ayat 41:-




ظَهَرَ اْلفَساَدُ فِي اْلبَرِّ وَالْبَحْرِ بِماَ كَسَبَتْ أَيْدِى النَّاسِ لِيُذِيْقَهُمْ بَعْضَ الَّذِيْ عَمِلُوْا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُوْنَ





'Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). '


Walaupun penafsiran ayat ini amat meluas, tapi boleh juga dijadikan peringatan untuk kita jangan terlalu mengejar keduniaan sehingga akhirnya melakukan kebinasaan kepadanya.Wallahu a’lam. Apa yang saya kesali, kawasan yang dulunya hijau kini hanya tinggal tanah lapang yang mencemar pandangan.


Hargailah Masa Sahabat...


Sebaik saya tiba di tempat mesyuarat, sekali lagi masa saya diuji. Bayangkan hampir 1++ jam masa saya digunakan untuk menunggu sidang mesyuarat yang datang lewat atas alasan masing-masing. Dalam penantian saya itu, sempat saya membaca akhbar Sinar Harian. Cuma yang mana tersempat saya baca adalah berita tentang satu pernikahan yang hampir tidak jadi kerana tok imam pergi memancing. Berpunca daripada isteri tok imam yang terlupa bagitahu bahawa ada satu keluarga memintanya untuk menikahkan anak mereka pada hari tersebut. Macam-macam, dunia sekarang apabila peristiwa sekecil itu bisa menjadi bahan berita untuk tatapan umum. Inilah kehidupan.

Apa yang saya kesalkan apabila masa kita tidak dihargai oleh orang lain semata mata kerana hal yang mereka boleh elakkan sedangkan kita telah mengadakan perjanjian bersama. Sepatutnya sebagai seorang yang berada di dunia perjuangan Islam, kita harus menghargai masa sahabat-sahabat kita. Jangan sesekali mempermainkan masa sahabat kita kerana kemungkinan mereka mempunyai komitmen yang lain untuk dilaksanakan. Bayangkan seorang sahabat saya terpaksa mengorbankan usroh beliau kerana menghadiri mesyuarat yang agak penting ini dan beliau menjangkakan masih sempat menghadiri usroh tersebut kerana mesyuarat ini berlangsung dalam masa 2 jam. Tapi sayangnya dek kerana masa yang tidak dihargai, janji yang tidak ditepati, usrohnya terkorban. Sahabat-sahabat, ambillah peringatan. Mungkin hari ini bukan hari kita untuk merasai kerugiannya, namun ingatlah jika kita tidak ingin masa kita dipermainkan, hargailah masa sahabat kita. Benda yang paling jauh dengan kita adalah masa yang berlalu pergi. Kita mungkin boleh mengisi masa ’adhoc’ yang tidak dirancang dengan aktiviti seperti membaca, berzikir atau sebagainya, tetapi bagaimana pula apabila sahabat kita yang terpaksa memberi komitmen terhadap rancangan lain?

'Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.'

Mesyuarat tersebut berakhir kira kira dalam pukul 12.30 tengahari iaitu 11/2 berikutnya yang sepatutnya bermula jam 9.30 pagi. Oleh itu merancanglah untuk masa dan hargailah masa sahabat-sahabat kita. Teringat bicara As-Syahid Hassan Al-Banna bahawa kewajipan kita ini lebih banyak daripada masa yang kita ada. Bayangkan banyak kewajipan kita dikorbankan oleh satu agenda sahaja akibat perjalanan masa yang tidak ditepati.

Pupuklah Budaya Membaca

Dalam perjalanan pulang dari mesyuarat semalam, sempat saya singgah di Jafar Rawas. Hajatnya nak beli buku Aku Terima Nikahnya karangan Abu Saif, tapi sayangnya tempahan belum tiba memandangkan buku itu baru sahaja dikeluarkan. Akhirnya saya memilih buku karangan Tok Guru : Taqwa untuk dijadikan tatapan. Sebab teringat kata seorang kakak, apabila kita singgah di kedai buku, belilah walaupun satu buku. Teringat pula bicara amir kampus saya suatu masa dulu, jikalau ada peluang membeli buku, belilah. Walaupun kita tidak sempat mengkhatamkannya hari ini, kemungkinan kita akan memerlukannya hari esok. Kata Ustaz Ismail Mustary pula, Timbalan Pengarah Masjid Sultan Ismail UTM ketika dulu, nak jadi orang berilmu, banyaklah membaca dan menuntut dengan tok guru secara bertalaqi. Maka untuk memastikan minat membaca berterusan belilah buku-buku ilmiah walau terpaksa bebelanja banyak duit. Saya juga pernah tebaca satu buku tentang tanggungjawab seorang isteri. Salah satu tugas Isteri adalah perlu menyediakan untuk keluarga mereka satu perpustakaan mini untuk memupuk minat membaca di kalanagan ahlinya. Jadi saya juga teringin berbuat begitu. Sebab itu, sekiranya ada rezeki, saya hendak mengumpul sebanyak mungkin buku yang boleh keluarga saya telaah kelak, InsyaAllah. Sememangnya ilmu tidak hanya diperolehi melalui pembacaan tetapi membaca adalah satu jambatan ilmu. Paling tidak banyak masa lapang kita dihabisi dengan membaca sekiranya tiada tugasan untuk dibuat.

Teringat seorang sahabat seperjuangan saya apabila ada bertanyakannya tentang benda yang paling beliau tidak suka. Jawabnya apabila masa membaca beliau dihabisi oleh tidur dan apabila dalam sehari tidak menghabiskan membaca satu buku. Alangkah beruntungnya mereka yang dikurniakan sifat cintakan ilmu. Dengan ilmulah manusia tidak taqlid, dengan ilmulah Allah mengangkat darjat manusia dan dengan ilmu bermanfaatlah manusia dihormati.
Firman Allah S.W.T:

Mafhumnya: "Allah mengangkat orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat". (al-Mujadilah:11)


Aktiviti kedua saya sepanjang hari semalam adalah belajar memandu kereta. Bayangkan sebaik pulang daripada kedai buku, saya terpaksa pulang ke rumah dengan bas dan terpaksa mengorbankan 1 jam masa saya. Akhirnya saya selamat tiba di rumah dalam pukul 3 petang. Penat sangat terpaksa berehat sekejap. Dalam pukul 5 barulah saya dapat belajar memandu kereta.

Malamnya saya habisi masa saya dengan berkarya. Karya yang tak siap-siap sampai sekarang. Esoknya saya kena kerja. Maka kenalah tidur awal untuk persediaan esok. Bayangkan masa 24 jam saya terlalu pantas untuk mengisi 2 aktiviti sahaja. Rancanglah dengan masa kerana kita boleh rugi andai kita sedikit sahaja terleka. Sememangnya dunia akhir zaman membuatkan masa kita terasa terlalu singkat untuk dimanfaatkan.

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".

Thursday, April 17, 2008



'Untungnya orang mukmin, semakin banyak masalah, semakin mustajab doanya... bukan perjuangan tanpa kesulitan, tp dalam kesulitan ada ketenangan, memugar kekuatan... kita tak sendirian...'

Tuesday, April 15, 2008

Monday, April 14, 2008

Diuji Sekali Lagi


Ya Allah Aku Diuji Lagi

Itulah yang mampu aku ungkapkan saat ini. Terasa peritnya ujian yang menimpa hambaMu ini Ya Allah. Tangisanku kini tidak berlagu dan tidak berlenggok seninya dek ujian yang maha hebat menimpa lantas menjadikan aku bisu untuk bersuara, langkah menjadi songsang, fikiran terasa beku, hati bagai dicucuk-cucuk dan jiwa bagai tak bisa menafsirkan keadaaan di sekeliling. Bengkak mataku bukan kerana aku sakit dengan ujian Mu Ya Rabbi, tetapi kerana banyaknya dosa-dosaku yang bisa menjadi karat di hati jika tidak dirawati.

Ya Allah, aku bukan setabah Siti Hajar berlari-lari keletihan semata-mata mencari seteguk air ke hulu kehilir untuk puteranya, aku juga tidak seteguh Rabiatul Adawiyah mengorbankan hidupnya demi cintaMu, aku juga tidak sekuat Maryam menghadapi tohmahan kerana puteranya Isa, aku juga tidak sekental Sumayyah yang sabar menghadapi seksaan musyrikin lantaran keIslamannya keluarga Yasir, tapi aku hanya manusia biasa yang kadang-kadang tewas dengan hanya dugaan kecil yang masih membuat aku hidup senang. Maka dengan itu, aku pohon kekuatan daripadaMu ya Rabbi agar aku masih bisa berdiri menerima takdirMu ini kerana aku masih ada Engkau tempatku mengadu. Oh Illahi, rintihanku bukan kerana kesalnya atas ujianMu ini tetapi kerana tidak terhitungnya dosa-dosa ku kepadaMU. Masihkah ada ampunan untukku ya Rahim.

Dalam kita melangkah, terkadang kita diuji dengan ujian yang berat hingga kita terduduk dan menangis. Peritnya terasa, tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kita kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah tersasar dari keikhlasan.

Inilah kata-kata yang pernah ku terima daripada seorang adik seperjuanganku. Dan saat ini, itulah yang kurasai. Ya Allah, apakah ujian ini tanda marahnya Engkau pada ku lantaran dosa-dosa yang lalu atau inilah bukti kasih sayangMu ya Allah. Ya Allah ampunilah aku lantaran kedegilan dosa yang menjejak dijiwa ku, lantaran kelalaian yang membatasai masaku untuk Mu.. Ya Rahim, aku khilaf dalam langkah-langkah ku mencari sinar bahagia hidupku. Aku memburu tanpa meraih perhatianMu, aku tersungkur dalam aturan langkahku yang tidak menentu.

Kuatkanlah Aku

Ya Allah, aku mohon kepadaMu kekuatan agar aku bisa tabah dan sabar meniti dugaan yang menjadi jambatan kebahagiaan ku ini. Berilah aku petunjuk agar aku bisa melaluinya dengan penuh pedoman dan berhati-hati. Siapalah aku tanpa petunjukMu.

’Sesungguhnya kami adalah kepunyaanMu dan kepada Allah jualah kami kembali’
-al-Baqarah:156-


Ya A’lim.
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui di sebalik mehnah ujianMu ini. Aku takut dengan ujian Mu ini aku menjadi lemah, maka jauhkanlah aku dari sifat lemah itu, jadikanlah aku hambaMu yang sabar dan redho atas nikmat ujian ini. Engkau mengetahui bahawa di sebalik hati-hati hambaMu tersembunyi niat tersendiri.

’Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.’
-al-Baqarah:250-

Terima Kasih Ya Allah.

Ya Allah, saat ini ujianMu satu rahmat bagiku ya Allah. Tanpa ujianMu ini, aku pasti akan terus leka dengan maksiat-maksiat yang menjarakkan aku denganMu. Nikmatnya ku rasa saat ini aku masih mampu merintih kepadaMU. Aku masih sempat mangadu kepadaMU dan aku masih bisa menyebut namaMU. Ya Rabbi, permudahkanlah urusanku ini, bukakanlah aku pintu-pintu rahmat dan petunjuk daripadaMU. Agar aku bisa menempuhinya dalam pedomanMU.

’Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya allah mengampuni dosa-dosa semuanya dan sesungguhnya Dialah Yang maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’
-az-Zumar (39:53)-


Pengharapan Dalam Doaku

Ya Allah,
Engkau lebih mengetahui
Segala yang tersembunyi di sebalik ujian ini
Aku pohon kekuatan
Engkau Berikan aku ujian
Agar aku bisa kuat dengannya
Engkau Berikan aku masalah
Agar dengannya aku matang untuk membuat keputusan
Engkau aku sahabat
Agar dengannya aku bisa menabur sayang untuk disayang
Engkau beri aku tguran
Agar aku tidak mengulangi kesilapan
Ya Rabbi
Setiap yang terjadi
Aku mohon agar dipermudahkan
Janganlah dipayahkan
Moga2 dengannya syukurku bertambah.

Musibah Bukan Bermakna Kita Dizalimi

ADA manusia yang menyangka apabila Allah Taala menurunkan suatu musibah kepada dirinya, dia menganggap itu suatu petanda Allah mahu menghinanya. Ramai pula orang lain yang memusuhinya akan menuduhdengan pelbagai spekulasi.

Mereka akan berkata: “Oh, begitulah akibat yangmenimpa orang yang zalim, Allah menghinanya.”

Sepertitertulis dalam firman Allah Taala bermaksud:
“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya, lalumemuliakannya dan diberinya kesenangan, maka diaberkata: ‘Tuhanku memuliakanku’. Adapun bila Tuhannyamengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata:‘Tuhanku menghinaku’.”
(Surah al-Fajr: Ayat 15 dan 16)

Lebih teruk lagi ada pula yang percaya bahawa penyebabmusibah itu daripada kuasa hebat seorang manusia.Pernah diceritakan kepada saya ada seorang hamba Allahyang menziarahi masjid wali-wali di Indonesia,tiba-tiba sakit kononnya kerana dia tidak percayakuasa ghaib di kubur wali itu. Lahawla wala quwwatailla billah, apakah yang mendatangkan sakit itu adalah wali?

Sungguh kepercayaan karut sebegini mampu memusnahkan akidah. Musibah yang menimpa anda bukanlah kerana buatanmanusia yang memiliki kuasa atau ilmu tertentu. Iahanyalah datang daripada Allah Taala bagi membawakhabar gembira bahawa Dia sentiasa merahmati anda. Boleh jadi jika anda tidak disentuh musibah, anda akan cepat lupa dan tak perasan langsung dengan kewujudanAllah Taala dalam kehidupan anda. Jika anda merintihdisebabkan hati yang hancur mengenangkan nasib,kemudian mengadu kepada Allah Taala dan percaya bahawaDia akan menghapus luka itu dan menggantikan musibahitu dengan anugerah yang lebih baik, maka sesungguhnyasaat seperti ini iman dan keyakinan anda kepada AllahTaala berada di atas kemuncak yang paling tinggi. Tiada yang lebih menggembirakan Allah Taala melainkansuatu saat ketika Dia mendengar tangisan penyesalandan keluhan orang yang mahu meminta pertolonganNya. Allah suka melihat hamba-Nya mengaku lemah dan tidakberdaya. Allah juga menyukai hamba-Nya yang mengaku bahawa kekuatan dan kekuasaan itu hanya milik Allah SWT.

Rancanglah sebaik mungkin, tetap tertulis, kuasa Allahsaja yang menentukan nasib kita. Antara adab ketika ditimpa musibah ialah: - Percaya bahawa Allah Taala tidak sesekali akanmenzalimi diri anda. Jika manusia mahu menerima musibah itu umpama suatuteguran, dia tidak akan cepat melatah seraya berputusasa. Bahkan dia sanggup menerimanya umpama satucambukan yang membangkitkan semangat bagi memperbaikidiri. Allah SWT tidak sesekali menzalimi hamba-Nya. Ujianitu tujuannya adalah untuk membelai hati supaya lebihsensitif, peka dan waspada atas segala kesilapan yangdilakukan. Allah SWT sayang kepada anda dan mahu andaberada dekat di sisi-Nya ketika lemah dan perlukanpertolongan. - Meyakini musibah itu menyimpan rahmat besar disebaliknya. Allah Taala akan menggantikan musibah itu dengansesuatu yang lebih baik dan pasti akan menghapuskankesakitan dengan kegembiraan.

Mungkin ketika anakkecil kita meninggal dunia, kita akan lebih menyayangianak kita yang lain. Allah SWT menggantikan kehilangan satu jiwa denganmenghidupkan jiwa anak kita yang lain dengan imankerana kita menjaga dan mendidik mereka dengan lebihteliti. Saat sakit yang menghampirkan nyawa kehujungnya kita tidak mengeluh menyalahkan Tuhan akannasib malang menderita kesakitan yang teramat sangat,bahkan menelannya dengan reda atas ketentuan-Nyasambil mengingat kembali terlalu banyak nikmat Allahyang selama ini dikecapi. Apabila kembali sihat, bertambahlah kesyukuran itu.Lantas kita melipatgandakan ibadat kerana tidak mahukehilangan satu saat pun di sepanjang usia kita.

Bukankah semua musibah itu boleh diterima sebagai rahmat? Bukannya seksaan dan kekejaman Tuhan? - Banyak mengingat nikmat Allah yang sudah dirasai. Ketika sedih eloklah kita membaca surah al-Duha yangakan menghapus rasa sedih dan putus asa. Nabi SAWpernah bersedih kerana terputusnya wahyu agak lama.Suatu hari Ummu Jamil, isteri Abu Lahab mencelaRasulullah SAW dengan katanya:
“Nampaknya kawan kamu itu meninggalkan kamu dan memboikot kamu.”

Lalu AllahTaala menurunkan surah Al-Dhuha dengan firman-Nyabermaksud: “Tuhanmu tidak sesekali meninggalkanmu dan tidak pulamembencimu.”
Mengapa kita berasa Allah meninggalkan dan membenci kita ketika musibah datang? Perasaan ini sebenarnyaberasal daripada hasutan syaitan supaya kita berputusasa dari rahmat-Nya. Firman-Nya lagi dalam surahal-Duha yang bermaksud: “Dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik bagimu darikehidupan dunia. Dan kelak Tuhanmu pasti memberikankurnia-Nya kepadamu lalu kamu reda.” Ayat ini seolah-olah memujuk kita supaya tabah danmenganggap kecil segala urusan dunia jika dibandingkandengan akhirat. Ia juga menyuruh kita untuk yakindengan janji Allah SWT yang akan menggantikankesusahan dunia dengan kesenangan akhirat yang abadi.

Kemudian Allah SWT berfirman lagi dalam surah al-Duha bermaksud: “Bukankah Dia mendapatimu sebagai anak yatim, lalu Diamelindungimu. Dia mendapatimu sebagai orang yangkehilangan arah lalu memberi petunjuk bagimu. Dan Diamendapatimu sebagai orang yang serba kekurangan lalumencukupimu.”

Hati kita pasti kembali disentuh dengan kalimah yangbegitu menghiris perasaan. Betapa Allah SWT amatmengasihani diri yang tidak memiliki apa-apa ini. Jikaboleh ditimbang yang manakah lebih banyak, musibahatau nikmat yang kita rasai di dunia ini? Sungguh biadapnya lidah yang pernah berkeluh-kesah danhati yang tidak mahu bersyukur di atas segalaketentuan-Nya. - Segala sesuatu akibat daripada perbuatan tangan yangzalim. Apakah dosa kita sehingga harus menerima musibah ini?Soalan sebegini bukan bermaksud tidak reda denganketentuan Allah SWT, tetapi lebih kepada sikap mencarikeaiban diri dan mahu bermuhasabah untuk lebih mempertingkatkan iman dan amal salih. Sudah pasti setiap sesuatu menyimpan hikmah disebaliknya. Terpulang kepada diri sendiri bertanya,apakah menerima musibah sebagai suatu peringatandaripada Allah SWT atau langsung membutakan mata danhati atas kesilapan yang pernah dilakukan? Lidah boleh menafikan sekeras-kerasnya, tetapi hatidapat berasa di manakah salah silapnya. Hanya orang yang kuat imannya yang mampu menjawab setiap hikmah disebalik setiap musibah. Tiada manusia yang lepas dariujian hatta Nabi dan Rasul. Bahkan Nabi dan Rasul menerima ujian yang jauh lebihberat dan tidak mampu dipikul oleh manusia biasa.Bukan bermakna ujian itu merendahkan iman seseorang,bahkan ia akan melonjakkannya ke tempat yang palingtinggi. Berbahagialah orang yang diuji jika mereka reda dansedikitpun tidak berubah hati kepada Allah Taala. Kitaperlu membuktikan kepada Allah SWT bahawa diri initidak pernah berubah di dalam mencintai-Nya, biarsenang ataupun susah.

Saturday, April 12, 2008

Pesan Seorang Akhi

Salam lama sungguh tidak menulis kat laman ini. Rindu untuk menulis tapi idea sangat kurang. Cuma ada sedikit perkongsian yang ingin disamapaikan. Walaupun bukan ciptaan sendiri, tapi cukup bererti. Beberapa hari yang lalu saya mendapat satu email daripada seorang sahabat yang berbentuk puisi. Pesannya kepada saya agar disebarkan kepada seluruh muslimat. Saya tertarik untuk meletakkannya di sini. Moga-moga ada yang sudi membaca. Mungkin sesuai untuk tatapan semua.



ukhti-ukhtiku..
pesanan buat kita..

sambutlah pesanan ikhlas ini..
Ukhtifillah..

(Surat Terbuka Seorang Ikhwah untuk
Seluruh Akhwat di Dunia)

Ukhtifillah..
Mungkin aku memang tak romantis tapi
siapa peduli?
Kerana itu kau tak mengenalku dan
memang tak perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku
samakanmu dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang
terindah, tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua
itu, kerananya kau tak mendatangkan
persamaan.

Ukhtifillah, Jangan pernah biarkan aku
manatapmu penuh, kerana akan membuatku
mengingatmu.

Bererti memenuhi kepalaku dengan
inginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu
dalam tiap dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati,
seluruh jiwa, sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir
dalam khayalku yang masih penuh lumpur.
Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Ukhtifillah,
Berdua menghabiskan waktu denganmu
bagaikan mimpi tak berhujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan ingin diri,
meski hujung penutupmu
pun tak berani ku sentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan
inginku kerana sucimu kau pertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli..
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di
hadapanku bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.

Ukhtifillah,
Jangan pernah kau tatapku penuh
Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu
untuk melihatku.
Bukan karena aku terlalu indah, tapi
kerana aku seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan
pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutera
emas.

Meniru laku para rahib, meski hatiku
lebih kotor dari lumpur.
Kau memang suci, tapi mungkin kau
termanipulasi.
Kerana kau hanya manusia-hanya wanita.

Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki
suci yang dengan sepenuh hati membawamu
kehadapan Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata
fikiranku, terukir dalam kitab suci,
tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu,
dalam rangkaian khitbah
dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu,
kerana itu adalah hakmu,
seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu,
semua terukir dalam kitab suci.
Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah
sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci
untukmu, mungkin sekarang atau nanti, bahkan
mungkin tak ada sampai kau mati.
Mungkin itu bererti dirimu terlalu
suci untuk semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di
istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala
kekhusyukkan tangis do'amu.

Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah
inginmu, tapi itu pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan
Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki
yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang
kau pilih, seperti kisah seorang
wanita sufi di masa lalu yang meminta keIslaman
sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak
pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang
Kekasih Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua
cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut
nadi kita.

**benarlah janji Allah..

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-
laki yang jahat, laki-laki yang jahat untuk
perempuan-perempuan yang jahat pula,
perempuan-perempuan baik untuk laki-
laki baik.
Laki-laki baik untuk perempuan-
perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik)
terlepas dari tuduhan yang mereka katakan untuk
mereka itu keampunan dan rezeki yang mulia."
(annur:26)

Asinfer

Muslimah Itu




Allah berfirman surah An Nur ayat 30-31:
‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya;yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang biasa nampak daripadanya’







Rasullullah s.a.w bersabda:
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan
adalah wanita solehah. (hari. Muslim)




Ciri khas seorang wanita solehah adalah kemampuannya menjaga pandangannya. Ciri lainnya, dia sentiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Solekannya hanya sekadar basuhan air wuduk. Gincunya adalah dengan memperbanyak zikir kepada Allah walau di mana berada. Celak matanya adalah memperbanyak bacaan al-Quran. Jika seorang muslimah menghiasi dirinya dengan perilaku taqwa, pasti akan terpancar cahaya keimanan dari dalam dirinya.







Beberapa perkara perlu ada pada seorang wanita
solehah:




1 IMAN..wanita solehah amat menjaga imannya. Iman
merupakan kekayaan milik mereka yang paling mahal.
Justeru wanita solehah akan sentiasa berhati-hati dan
menjaga percakapannya. Wanita solehah menjaga tutur
kata keranan tutur kata merpakan untaian intan yang
penuh bermakna dan bermutu tinggi. Dia sentiasa sedar
bahawa kemuliaannya bersumberkan kemampuannya menjaga
diri.




2 MURAH DENGAN SENYUMAN…wanita solehah murah dengan
senyuman kerana senyuman itu sendiri adalah sedekah.
Namun, senyum yang disedekahkan bersesuaian dengan
tujuan. Bukan senyum pada semua lelaki yang
ditemuinya. Apa yang pasti, senyumannya adalah senyum
ibadah yang ikhlas dan tidak menimbulkan fitnah bagi
orang lain.




3 BIJAK DALAM PERGAULAN… wanita solehah juga harus
pintar dalam pergaulan walau dengan sesiapapun. Dengan
pergaulannya itu ilmunya akan bertambah, sebab dia
akan selalu mengambil hikmah dari orang-orang yang dia
temui. Kedekatannya kepada Allah semakin baik sehingga
hal itu membuahkan kebaikan pada dirinya mahupun orang
lain.




4 MENJAGA AKHLAKNYA… wanita solehah akan sentiasa
menjaga akhlaknya. Salah satu ciri kekuatan imannya
adalah kemampuannya memelihara rasa malu. Dengan
adanya rasa malu, segala tutur kata dan
tindak-tanduknya akan selalu terkawal. Demikian, dia
juga tidak akan berbuat sesuatu yang menyimpang dari
tuntutan Al Quran dan As Sunnah. Dan tentu sahaja
godaan syaitan terhadap dirinya begitu kuat. Jika dia
tidak mampu melawan godaan tersebut, maka kualiti
imannya boleh berkurangan. Hakikatnya, semakin kurang
iman seseorang, maka makin kurang rasa malunya.
Semakin kurang malunya, semakin buruk kualiti
akhlaknya.




5 TAAT KEPADA ALLAH SWT DAN RASUL… wanita yang solehah
itu adalah wanita yang taat kepada Allah dan
Rasul-Nya. Ciri-ciri kemuliaannya bukan diukur dari
beraneka atau mahalnya perhiasan yang digunakan.
Disebabkan itu, wanita solehah akan selalu menjaga
kecantikan dirinya agar tidak menjadi fitnah bagi
orang lain.




6 TIDAK KECEWA DAN SAKIT HATI… biarpun pada ketika
fizikalnya terbatas, seorang wanita solehah tidak
pernah merasa kecewa dan sakit hati. Malah dia semakin
yakin bahawa kekecewaan adalah sebahagian dari sikap
kufur nikmat. Wanita solehah sentiasa bersyukur walau
dalam keadaan dirinya yang terbatas. Peribadinya
begitu indah sehingga cahaya kemuliaannya terpancar
dari raut wajahnya. Bahkan, kalaupun dia tidak
mengenakan mekap nipis, kecantikan jiwanya tetap juga
terpancar dan menyejukkan hati setiap orang
berhampirannya. Ini kerana dia sentiasa yakin bahawa
akan kurniaan Allah pada setiap hamba-Nya. Semakin dia
menjaga kehormatan diri dan keluarganya, semakin Allah
mengurniakan yang terbaik baginya di dunia dan
akhirat.




7 MENUNTUT ILMU… wanita solehah banyak belajar dari
lingkungan sekitar dan orang-orang yand ditemuinya.
Wanita solehah cenderung membuka hati mereka dalam
menerima ilmu.




8 KETURUNAN… kemunculan seorang wanita solehah mungkin
disebabkan keturunan. Sukar untuk membayangkan,
seorang wanita solehah yang wujud tanpa melalui proses
pembesaran dan tumbesaran penuh keimanan sebagaimana
didikan yang diterimanya dari keluarga sejak sekian
lama. Factor keturunan nyata memainkan peranan. Begitu
juga dengan pola pendidikan, lingkungan, keteladanan
dan lain-lain.






Zawaj Yang Diberkahi - Risalah Nikah

Istri yang paling baik adalah yang membahagiakanmu,
saat kamu memandangnya, yang mematuhimu kala kamu
menyuruhnya, dan memelihara kehormatan dirinya dan
dirimu bila kamu tidak ada disisinya. Setelah
Rasulullah SAW meninggal dunia, ada beberapa orang
sahabat menemui Aisyah memintanya agar menceritakan
perilaku Rasulullah. Aisyah sesaat tidak menjawab
permintaan itu. Air matanya berderai, kemudian dengan
nafas panjang ia berkata: “Kaana Kullu Amrihi Ajaba” .


Allah berfirman:
“Diantara tanda-tanda keangungan Allah, ialah Dia
ciptakan bagimu, dari jenis-jenismu sendiri,
pasangan-pasangannya. Supaya kamu hidup tentram
bersamanya, dan Allah jadikan bagimu cinta dan kasih
sayang. Sesungguhnya dalam hal itu ada tanda-tanda
bagi orang-orang yang mahu berfikir”.


Ayat ini ditempatkan Allah pada rangkaian ayat tentang
tanda-tanda kebesaran Allah di alam semesta. Tentang
tegaknya langit, terhamparnya bumi, gemuruh halilintar
dann keajaiban penciptaan manusia. Dengan ayat ini Dia
ingin mengajarkan kepada kita betapa Dia dengan
sengaja menciptakan kekasih yang menjadi pasangan
hidup manusia yang bersedia berdiri dengan setia
disamping kita, yang mahu mendengar bukan saja
kata-kata yang diucapkan, melainkan juga jeritan hati
yang tidak terungkapkan, yang mahu menerima perasaan
tanpa pura-pura, prasangka dan pamrih, yang mampu
meniupkan kedamaian, mengobati luka, menopang tubuh
lemah dan memperkuat hati.


Allah menetapkan suatu ikatan suci, yaitu Akad Nikah,
agar hubungan antara pecinta dan kekasihnya itu
menyuburkan ketentraman, cinta dan kasih sayang.
Dengan dua kalimat yang sederhana “Ijab dan Qabul”
terjadilah perubahan besar: yang haram menjadi halal,
yang maksiat menjadi ibadat, kekejian menjadi
kesucian, dan kebebasan menjadi tanggung jawab. Maka
nafsu pun berubah menjadi cinta dan kasih sayang.
Begitu besarnya perubahan ini sehingga Al Qur’an
menyebut Akad Nikah sebagai Mitsaqon Ghalidon . Hanya
3 kali kata ini disebut dalam Al Qur’an.



Pertama,ketika Allah membuat perjanjian dengan Nabi dan Rasul
Ulul ‘Azmi .

Kedua, ketika Allah mengangkat bukit Tsur
diatas kepala Bani Israil dan menyuruh mereka
bersumpah setia di hadapan Allah .

Dan Ketiga, ketika Allah menyatakan hubungan pernikahan .


Peristiwa Akad Nikah bukanlah peristiwa kecil di
hadapan Allah. Akad Nikah tidak saja disaksikan oleh
kedua orang tuanya, saudara dan sahabat-sahabat tetapi
juga disaksikan oleh para malaikat di langit yang
tinggi dan terutama sekali disaksikan oleh Allah
Rabbul Izzati . Maka apabila kamu sia-siakan
perjanjian ini, ikatan yang sudah terbuhul, janji yang
terpatri, kamu bukan hanya harus bertanggung jawab
kepada mereka yang hadir, tetapi juga dihadapan Allah
Rabbul Alamin.


“Laki-laki adalah pemimpin di tengah keluarganya, dan
ia harus mempertanggung jawabkan kepemimpinannya.
Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan ia harus
mempertanggung jawabkan kepemimpinannya.”
“Yang paling baik diantara kamu adalah yang paling
baik dan lembut terhadap keluarganya”.


Seorang isteri boleh memberi apa saja yang ia miliki.
Tetapi, bagi seorang suami, tidak ada pemberian isteri
yang paling membahagiakan selain hati yang selalu siap
berbagi kesenangan dan penderitaan. Di luar rumah,
sang suami boleh jadi diguncangkan oleh berbagai
kesulitan, ia menemukan wajah-wajah tegar, mata-mata
tajam, ucapan-ucapan kasar, dan pergumulan hidup yang
berat. Ia ingin ketika pulang ke rumah, disitu
ditemukan wajah yang ceria, mata yang sejuk, ucapan
yang lembut dam berlindung dalam keteduhan kasih
sayang sang isteri . Ia ingin mencairkan seluruh beban
jiwanya dengan kehangatan air mata yang terbit dari
samudera kasih sayang sang isteri.


Rasulullah bersabda:
“Isteri yang terbaik adalah isteri yang,
membahagiakanmu saat kamu memandangnya, yang
mematuhimu kalau kamu menyuruhnya, dan memelihara
kehormatan dirinya san hartamu bila kamu tidak ada
disisinya.”


Rasulullah bersabda bahwa surga terletak dibawah kaki
kaum Ibu. Maka apakah rumah tangga yang dibangun hari
ini akan menjadi surga atau neraka, tergantung pada
sang ibu rumah tangga. Rumah tangga akan menjadi surga
apabila disitu dihiaskan kesabaran, kesetiaan dan
kesucian.


Allah SWT berfirman:


“Wahai wanita, ingatlah ayat-ayat Allah dan hikmah
yang dibacakan di rumah-rumah kamu. Sesungguhnya Allah
Maha Penyayang dan Maha Mengetahui.”
Suatu saat, kelak bila perahu rumah tangga bertubrukan
dengan kerikil tajam, bila impian remaja menjadi
kenyataan yang pahit, bila bukit-bukit harapan
diguncangkan gempa cobaan, tetaplah teguh disamping
sang suami, tetaplah tersenyum walau langit semakin
mendung.


Rasulullah SAW adalah manusia paling mulia. Dan
Aisyah, ia bercerita bagaimana Rasulullah SAW
memuliakannya: “Di rumah, kata Aisyah, “Rasulullah
melayani keperluan isterinya, memasak, menyapu lantai,
memerah sesu dan memebrsihkan pakaian. Dia memanggil
isterinya dengan gelaran yang baik”.


Rasulullah SAW meninggal dunia, ada bebarapa orang
sahabat menemui Aisyah, memintanya agar menceritakan
perilaku Rasulullah SAW. Aisyah sesaat tidak menjawab
pertanyaan itu. Air matanya berderai kemudian dengan
naafas panjang ia berkata: “Kaana Kullu Amrihi Ajaba…”
. Ketika didesak untuk menceritakan perilaku Rasul
yang paling mempesona, Aisyah kemudian menceritakan
bagaimana Rasul yang mulia di tengah malam bangun dan
meminta ijin kepada Aisyah untuk shalat malam “Izinkan
aku beribadah kepada Rabb-ku” ujar Rasulullah SAW
kepada Aisyah.


Rasulullah bersabda:
“Seandainya aku boleh memerintahkan kepada manusia
bersujud kepada manusia lain. Aku akan perintahkan
para isteri untuk bersujud kepada suami mereka karena
besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas
mereka.”


Banyak isteri yang menuntut agar suaminya
membahagiakan mereka. Jarang terpikir oleh mereka
bagaimana membahagiakan suami. Padahal cinta dan kasih
sayang akan tumbuh dan subur dalam suasana “memberi”
bukan “mengambil”. Cinta adalah “sharing” saling
membagi. Cinta tidak akan diperoleh kalau yang
ditebarkan adalah kebencian. Kasih sayang tidak akan
dapat diraih bila yang disuburkan adalah dendam dan
kekecewaan.


Marie von Ebner Eschebach berkata:
“Bila di dunia ini ada surga, surga itu adalah
pernikahan yang bahagia tetapi bila di dunia ini ada
neraka, neraka adalah pernikahan yang gagal”.

Karena itulah Islam dengan penuh perhatian mengatur urusan
rumah tangga.
Ribuan tahun yang silam, di Padang Arafah, saat haji
wada’ Rasulullah menyampaikan khotbah perpisahannya &
perhatikan apa yang diwasiatkannya pada waktu itu,


“Wahai manusia, takutlah kepada Allah dalam urusan
wanita, Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka
sebagai isteri dengan amanat Allah. Dia halal-kan
kehormatan mereka dengan kalimat-Nya. Sesungguhnya
kamu mempunyai hak atas isterimu, dan isterimupun
berhak atas kamu. Ketahuilah aku wasiatkan kepada
kalian untuk berbuat baik terhadap isteri kalian.
Mereka adalah penolong kalian. Mereka tidak memilih
apa-apa untuk dirinya dan kamupun tidak memilih
apa-apa dari diri mereka selain dari itu. Jika mereka
patuh kepadamu, janganlah kamu berbuat aniaya kepada
mereka”.


Rasulullah bersabda:
“Ada dua dosa yang akan didahulukan Allah siksanya di
dunia ini juga, yaitu: Al-bagyu dan durhaka kepada
orang tua”.


Al-bagyu adalah berbuat sewenang-wenang, berbuat
dzalim/aniaya terhadap orang lain. Al-bagyu yang
paling dimurkai Allah adalah berbuat dzalim kepada
isteri sendiri, yaitu menelantarkan isteri, menyakiti
hatinya, merampas kehangatan cintanya, merendahkan
kehormatannya, mengabaikan dalam mengambil keputusan,
dan mencabut haknya untuk memperoleh kebahagiaan hidup
bersama-sama. Karena itulah Rasulullah mengukur tinggi
rendahnya martabat seorang laki-laki dari cara ia
bergaul dengan isterinya, Nabi yang mulia bersabda:
“Tidak akan memuliakan wanita kecualli laki-laki yang
mulia, dan tidak akan merendahkan wanita kecuali
laki-laki yang rendah pula”.


Pada saat perahu rumah tangga bertubrukan dengan
kerikil tajam, impian remaja telah berganti menjadi
kenyataan yang pahit, dan bukti-bukti harapan
diguncangkan gempa cobaan, tidak ada yang paling
menyejukkan sang suami selain pemandangan yang
mengharukan. Ia bangun di malam hari, di dapatinya
sang isteri tidak ada di sampingnya. Tetapi, kemudian
ia dengar suara yang sangat dikenalnya. Diatas
sajadah, diatas lantai yang dingin, ia menyaksikan
seorang wanita bersujud. Suaranya bergetar. Ia memohon
agar Allah menganugerahkan pertolongan bagi suaminya.
Pada saat seperti itu sang suami akan mengangkat
tangannya ke langit dan bersamaan titis-titis air
matanya ia berdoa:


“Ya Allah, karuniakan kepada kami isteri dan keturunan
yang menentramkan hati kami, dan jadikanlah kami
penghulu orang-orang yang bertaqwa”.


Suatu saat Aisyah ra bercerita lama, setelah
meninggalnya Khadijah ra. “Hampir setiap kali
Rasulullah akan keluar rumah, beliau meyebutkan nama
Khadijah seraya memujinya. Sehingga pada suatu hari
ketika beliau menyebutkan lagi, timbul rasa cemburuku
dan kukatakan kepadanya, “Bukankah ia hanya seorang
wanita yang sudah tua, sedangkan Allah telah memberi
pengganti yang lebih baik dari dia?” Mendengar itu
Rasulullah kelihatan sangat marah, sehingga bagian
depan rambutnya bergetar karenanya. Lalu ia berkata,
“Tidak demi Allah. Aku tidak mendapat pengganti yang
lebih baik dari dia…! Dia beriman kepadaku ketika
orang lainn mendustakanku. Dia membantu dengan hartaku
ketika tak seorangpun selain dia memberiku sesuatu dan
Allah telah menganugerahkan keturunan daripadanya dan
tidak dari isteri-isteriku yang lain”


“Bila seorang wanita meninggal dunia, dan suaminya
ridho sekali dengan tingkah lakunya semasa hidupnya,
maka wanita itu masuk surga”.


Ya Allah…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati
ini telah berkumpul untuk mencurahkan cinta hanya
kepada-Mu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam
rangka menyeru -Mu, dan berjanji setia untuk membela
syariat-Mu maka kuatkanlah ikatan pertaliannya.


Ya Allah…
Abadikan kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan
penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup,
lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan
keindahan tawakal kepada-Mu, hidupkanlah dengan
ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di
jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung
dan sebaik-baik penolong. Amin. Dan semoga shalawat
seta salam selalu tercurah kepada Mudammad SAW, kepada
keluarganya dan kepada semua sahabatnya.


Ya Allah…
Hari ini dua hamba-Mu yang dhaif mematri janji di
hadapan kebesaran-Mu. Kami tahu tidak mudah untuk
memelihara ikatan suci ini dalam naungan ridha dan
maghfirah-Mu. Kami tahu, amat berat bagi kami untuk
mengayuh perahu rumah tangga kami menghadapi taufan
godaan di hadapan kami. Karena itulah, kami datang
memohon rahman dan rahim-Mu.


Tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan orang-orang
yang lebih Engkau anugerahi kenikmatan, bukan-nya
jalan orang-orang yang Engkau timpai kemurkaan, bukan
pula jalan orang-orang yang Engkau tenggelam dalam
kesesatan. Sinarilah hati kami dengan cahaya
petunjuk-Mu.


Terangilah jalan kami dengan sinar taufik-Mu. Kalau
Engkau berkenan menganugerahkan nikmat-Mu atas kami,
bantulah kami untuk banyak berdzikir dan bersyukur
atas nikmat-Mu itu. Hindari kami dari orang-orang yang
terlena dalam kemewahan dunia. Lembutkan hati kami
untuk merasakan curahan rahmat-Mu.


Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang
suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang
membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh
yang Engkau ridhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan
yang baik bagi manusia.


YaAllah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan
hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan
keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada
cahaya. Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan
tersembunyi.


Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati
kami, suami/isteri kami, keturunan kami dan ampunilah
kami.


Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. Amiin…





Sumber : Asinfer

Teman Sejati..

Rasulullah saw pernah ditanya oleh salah seorang
sahabatnya perihal siapakah teman duduk yang paling
baik. Rasulullah menjawab, "Orang itu adalah yang bila
kamu lihat, dapat mengingatkanmu kepada Allah,
menambahkan ilmumu dalam pembicaraannya, dan
mengingatkanmu kepada akhirat dari amal-amalnya."
Orang-orang yang memiliki sifat seperti diatas-lah
yang paling pantas untuk dijadikan teman duduk.


teruskan membaca .....

Singgahlah Di Taman Surga
Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Thabrani,
Rasulullah bersabda, "Apabila melewati taman surga,
hendaklah engkau duduk di situ. Istirahatlah kamu di
situ." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apa
taman surga itu?" Nabi menjawab, "Majelis-majelis
ilmu." Dalam hadits lain diceritakan, Rasulullah
pernah masuk ke sebuah majelis. Di majelis itu, tampak
ada dua kelompok; dimana yang pertama sedang berzikir,
sementara yang kedua sedang mempelajari ilmu.
Rasulullah bersabda, "Kelompok pertama adalah kelompok
yang baik. Mudah-mudahan Allah mengampuni mereka.
Sedangkan kelompok kedua yang sedang mempelajari ilmu,
mudah-mudahan Allah membimbing mereka ke jalan yang
lurus." Kemudian beliau memilih duduk bersama kelompok
majelis ilmu.


Rasulullah saw pernah ditanya oleh salah seorang
sahabatnya perihal siapakah teman duduk yang paling
baik. Rasulullah menjawab, "Orang itu adalah yang bila
kamu lihat, dapat mengingatkanmu kepada Allah,
menambahkan ilmumu dalam pembicaraannya, dan
mengingatkanmu kepada akhirat dari amal-amalnya."
Orang-orang yang memiliki sifat seperti diatas-lah
yang paling pantas untuk dijadikan teman duduk.
Majelis ilmu, yang didalamnya terdapat orang-orang
berilmu dan para pencari ilmu, bukankah Allah
memuliakan dan meninggikan derajat mereka karena
keberimanan mereka dan ilmu yang mereka miliki? " ...
Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu, maka
berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang
yang beriman di antaramu dan orang-orang diberi ilmu
pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah maha
mengetahui apa yang kamu kerjakan". (QS. Al
Mujaadilah:11).


Jelas, dalam kehidupan ini sangat terlihat perbedaan
antara orang-orang berilmu dengan mereka yang tidak
berilmu. Perbedaan itu bisa mencakup soal perolehan
kualitas dan kemapanan hidup, kemampuan untuk
memenangkan persaingan hidup, dan bahkan terbukanya
kesempatan yang lebih besar untuk lebih mengenal dan
mendekatkan diri dengan Allah Sang Pemilik Ilmu.
Inilah hakikat dari sebuah ungkapan yang berbunyi,
"Barangsiapa yang ingin mendapatkan kebahagiaan di
dunia, maka raihlah dengan ilmu. Barangsiapa yang
menghendaki kebahagiaan di akhirat, dengan ilmu. Dan
barangsiapa yang ingin mendapatkan keduanya, juga
dengan ilmu".


Dengan ilmu, Nabi Allah Yusuf alaihi salam membebaskan
dirinya dari kurungan penjara dan kemudian ilmu
jugalah yang menempatkan Yusuf pada kedudukan yang
terhormat dan menjadi seorang raja yang bijak. Dengan
ilmu, Muhammad muda mendapatkan gelar al amiin, dimana
secara bijak Muhammad mempersatukan empat pemimpin
kabilah yang berseteru dalam peristiwa pemindahan batu
hajar aswad. Berkat ilmu yang dimiliki Salman al
Farisi dengan ide dan strategi pembuatan parit,
Rasulullah bersama pasukannya memenangkan perang
Khandaq. Dan masih banyak contoh yang pernah hadir di
muka bumi ini tentang keutamaan dan keunggulan
orang-orang yang berilmu. Bahkan bisa jadi, dengan
mengesampingkan cerita-cerita macam si pandir, seperti
menjadi suatu yang aksiomatis (kebenaran yang tidak
terbantahkan) bahwa sampai kapanpun orang-orang
berilmu akan selalu unggul daripada yang tidak
berilmu.

Monday, April 7, 2008

Keluarga penyayang



Dodoian ibu menidurkan anak

Sayup terdengar memecah sunyi

Diam hai anak jangan di tangisi

Ayahmu pergi bekerja nantikan kembali

Di sini digambarkan keluarga bahagia

Bermula si suami menyucikan diri

Dan isteri yang elok pekerti

Mereka mendoakan anak yang soleh

Penyeri kehidupan

Anak dididik berlandaskan iman

Sifat mahmudah jadi pegangan

Sifat buruk sentiasa dihindar

Rasul mulia dijadikan contoh

Tauladan sepanjang zaman

Dodoian ibu menidurkan anak

Sayup terdengar memecah sunyi

Bila keluarga sudah bahagia

Sifat kasih sudah tersemai

Tidak perlu kasih kedua

Dadah dan arak dan peleseran

Menjadi musuh diri

Memanglah benar kata pujangga

Tangan yang menghayun buian

Bisa menggegar pelusuk dunia

Diasaskan oleh keluarga bahagia



LAGU DAN LIRIK Asal :FAIRUZ (SUARA FIRDAUS)

Dinyanyikan semula oleh Inteam

Wednesday, April 2, 2008

Apa bezanya 'Fitna' Belanda dan 'Akhirat' Malaysia ?

Kontroversi video klip 15 minit 'Fitna' telah mengundang kemarahan penduduk dan umat Islam dunia kerana menghina Islam dan mencaci al-Quran.

Tanpa kecuali tindakan seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders yang menghasilkan klip video berkenaan turut mendapat reaksi daripada rakyat negara ini namun secara tidak disedari, Malaysia juga turut 'menghasilkan' filem-filem yang secara tidak langsung 'mempersendakan' agama dan nilai akhlak seorang umat Islam.

Tanpa sebarang bantahan dan halangan pelbagai jenis filem Malaysia seperti Sepet, Gubra, Anak Halal dan terkini Akhirat telah dilihat cuba 'merosakkan' fikrah para penonton tentang tafsiran mereka terhadap agama Islam.

Ada antara filem berkenaan seolah-olah secara halus cuba menerapkan unsur-unsur nilai terbuka terhadap perbuatan pelacuran, zina dan konsep menyalahkaan takdir atas sesuatu kecelakaan yang berlaku seolah-olah Tuhan yang menciptakan manusia bersifat 'kejam' menetapkan sesuatu yang buruk kepada seseorang individu tanpa boleh diubah.

Alasan penerbitan filem-filem seumpama itu adalah kerana para penonton kini sudah berfikiran terbuka, matang dan boleh menilai pro dan kontranya namun apakah hakikatnya filem-filem terbabit berjaya membina tamadun manusia yang baik dan memperbaiki gejala keruntuhan moral yang semakin rosak?

Filem Akhirat yang skripnya ditulis oleh Ikhzal Azfarel Ideris ini telah diwarwarkan bertumpu kepada cerita berunsur keagamaan namun bagi pengkritik filem Faisal Tehrani bahawa filem ini membawa kesongsangan beragama.

Aspek-aspek dalam filem yang digaris faisal dalam blognya sewajarnya diambil perhatian antaranya:-

1.Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang 'cool' dan kasual.

2.Dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: 'I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).

3.Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi
4.Adegan separa seks separa panas dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan seperti cium leher, peluk rangkul dan belai membelai, tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang.

"Sekiranya filem Akhirat adalah seorang manusia, maka manusia itu saya putuskan adalah Abu Jahal.

"Anugerah Abu Jahal yang jahil ini sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala Oscar kepada filem ini, ataupun filem-filem lain yang 'mempersendakan' agama kelak," kata Faisal dalam blognya.
Seorang penulis dalam laman web mstar online Wahida Asrani turut merasa tidak 'selesa' ketika menonton filem Akhirat ini gara-gara beberapa babak panas dan elemen seks yang ditonjolkan di dalam filem ini.

"Bukan penulis tidak pernah menonton adegan-adegan seperti ini yang sering disajikan oleh filem-filem luar, tetapi rasa kurang senang itu timbul kerana filem arahan Syed Mohamed Benyahya ini adalah filem tempatan," katanya.

Lalu di samping 'mengutuk' filem luar kerana kebiadapannya menghina Islam adalah lebih baik dalam masa sama rakyat Malaysia khususnya umat Islam mengambil masa 'merenung diri' melihat hasil filem produk tempatan yang adakalanya dikira 'berbahaya' dari segi mesej dan mengelirukan para penonton tentang imej Islam yang sebenar yang sepatutnya dipandang mulia di mata semua.
Sumber : Harakah

AKU MENANGIS KERANANYA

‘Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagai mana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak mampu memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kau-kaum yang kafir.’


Al-Baqarah : 286



Semalam, saya telah mendapat mesej daripada seorang sahabat saya. Kami berbincang agak panjang lebar tentang sesuatu perkara yang agak penting. Hasil daripada perbincangan kami yang tiada sebarang resolusi membuat saya terasa ingin menangis semahu-mahunya. Masakan tidak, banyak kekurangan diri saya yang masih saya tidak ambil peduli. Mesej sahabat saya itu sekadar luahan perasaan yang mana menyedarkan saya yang selama ini saya banyak mengabaikan sesuatu yang sangat penting dalam hidup saya. Namun mesejnya cukup menikam dikalbu saya.

Saya mahu menangis, tapi saya bukan hendak menangis kerana kata-katanya. Tapi saya mahu menangis betapa saya selama ini banyak lupa kepadaNYA. Hati saya mahu menjerit, tapi jeritan saya bukan kerana hirisan bicaranya yang merobek-robek hati saya. Saya ingin menjerit kerana betapa sakitnya saya akibat lalai kepadaNYA. Saya ingin meraung, tapi raungan saya bukan kerana saya terseksa dengan luahannya yang mendera saya. Saya ingin meraung untuk mengkhabarkan kepada semua bahawa saya telah jauh daripadaNYA. Saya banyak khilaf. Saya rindu kepadaNYA. Saya berdosa kepadaNYA. Saya mungkir janji kepadaNYA. Saya... saya dan saya.... Ya Allah, ampunkan saya. Ya Rabbi, kasihani saya. Tetapi DIA tidak lupa kasihNYA kepada hambaNYA ini yang telah menzalimi diri sendiri.

”Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan kalaulah Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami orang-orang yang rugi.”

Saya dan sahabat saya, kami bersahabat baik. Percaya atau tidak, sekiranya kita bersahabat baik, kita akan mengenali sahabat kita sesempurna mungkin. Tapi kami tidak. Saya bukan sahabat yang baik untuknya. Tapi demi Allah, kerana Allah mempertemukan kami dan menetapkan ukhwah ini terjalin, di atas landasan perjuangan di JalanNYA manakan bisa saya tidak menyayanginya. Sudah tentunya kalau orang memberi emas kepada kita, kita akan sayang emas itu apatah lagi ini anugerah Allah yang nilainya melebihi emas. Kalau sahabat saya mahu saya memahaminya saya juga seperti itu. Saya juga harap dia faham saya. Namun pelbagai ujian telah kami lalui sepanjang persahabatan ini. Kadang-kadang saya rasa tak mampu menghadapiNYA. Namun saya cuba untuk menjadi hamba yang kuat dan hamba yang taat moga-moga dengannya Allah membantu saya menghadapi dugaan ini.

”Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah pada dia urusan kami).”

Rupa-rupanya ujian yang menimpa kami sebenarnya adalah untuk mematangkan kami dan semoga dengan itu ia mengkafarahkan dosa kami. Sahabat saya seorang yang baik, jujur dan sangat memahami. Semalam sahabat saya buat saya menangis. Saya harap dia faham saya. Tapi rupa-rupanya, baru saya sedar perselisihan antara kami semalam adalah petunjuk Allah kepada saya bahawa saya sebenarnya yang banyak lupa kepadaNYA. Saya rasa sangat sedih, takut dan menyesal. Kerana kelalaian saya selama ini. Allah begitu baik sekali menegur saya melalui sahabat saya. Itulah yang saya rasa. Ya Allah. Betapa berdosanya aku, kerana lupa kepada MU. Betapa zalimnya aku membiarkan diri ini hanyut ditelan kealpaan.

’Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku menganiayai diriku sendiri, oleh itu ampunkanlah- apalah jua kiranya- akan dosaku.’

Ya Rabb.. aku lemah tanpa pertolonganMu, aku buta tanpa petunjukMu, aku cacat tanpa kasihsayang MU, aku zalim tanpa keampunanMU.. maka aku bermohon kepadaMU agar dikurniakan aku rahmat dan inayah Mu agar aku menjadi hambaMu yang bersyukur.

Saya cuba mencari penyelesaian antara saya dan dia. Tapi saya buntu. Lidah saya kelu, otak saya tidak ligat untuk memikirkan tindakan yang rasional dan jawapan yang meyakinkan. Saya sedih kerana buat dia sedih, sedangkan dia yang menyedarkan saya tentang semuanya. Saya sedih bila saya tak mampu buat dia bahagia. Saya lagi sedih jika saya kehilangan sahabat yang baik seperti dia. Oleh itu ya Allah. Bantulah aku agar aku bisa bersama sahabat yang banyak membantu ku kepada jalan MU yang Esa. Simpulkan ukhwah ini dengan ikatan iman dan taqwa kepadaMu, jauhilah kami ini dari segala maksiat yang melalaikan kami kepada MU.

Apapun, aku bersyukur padaMu ya Allah kerana masih lagi memberi peluang untuk aku sedar bahawa aku masih ada Engkau yang satu.




'Wahai Tuhanku, ilhamkan aku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau telah kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhoi; jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. sesungguhnya aku bertaubat kepada Mu dan sesungguhnya aku daripada orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu).'




'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya.'




Amin ya Rabbal 'Alamin.