Wednesday, June 25, 2008

OPKIM'08


Alhamdulillah, sepanjang hujung minggu yang lalu saya sempat meluangkan masa menyertai program khidmat masyarakat (OPKIM ‘08) anjuran bersama Ahli Parlimen Kuala Krai dan ADUN Mengkebang, siapa lagi kalau bukan YB Dr Hatta Ramli dan YB Ustaz Abd Latif Abd Rahman. Sekurang-kurangnya dengan menyertai program ini sedikit sebanyak membanyu saya melupai segala masalah yang melanda saya disamping membina ukhewah bersama sahabat-sahabat yang baru di kenali. Program ini ada satu alternatif bagi kedua-dua YB untuk mendekati penduduk Kuala Krai amnya dan penduduk Dun Mengkebang khususnya. Program 4 hari bermula dari 19-22 Jun ini menggunakan wasilah anak angkat untuk mendekati penduduk di sana. Sebagai salah seorang peserta yang terlibat dalam program ini, banyak pengalaman yang telah saya timba sepanjang program ini berlangsung. Saya berpeluang untuk menjadi anak angkat salah sebuah keluarga di sana bersama seorang adik yang turut sama memberi kerjasama dalam program ini. Saya berpeluang merasai cara hidup penduduk di sana yang ternyata berbeza taraf hidup socialnya. Saya juga sempat untuk mendengar luahan penduduk di sana terhadap pemimpin kawasan mereka yang mana mereka menaruh harapan yang tinggi agar kawasan mereka dapat dibangunkan dengan lebih baik lagi.


Selain itu saya sempat menziarahi satu keluarga yang mana juga merupakan keluarga angkat bagi salah seorang peserta program. Apa yang menarik perhatian saya adalah makcik yang tinggal bersama seorang anak perempuannya berusia 14 tahun. Makcik ini telah ditinggalkan suaminya sejak beberapa tahun yang lalu. Walaupun makcik ini lumpuh kerana sebelah kakinya telah dipotong akibat kemalangan yang dialaminya sewaktu bekerja sebagai penoreh getah, namun ia tidak menghalang makcik ini untuk terus berusaha membela nasibnya dengan menyertai program keusahawanan dan berjaya mengusahakan penghasilan kraftangan yang sangat menarik daripada bahan-bahan terpakai. Walaupun perusahaannya hanya kecil-kecilan, tetapi sekiranya sokongan dan bantuan diberikan , ia berpotensi untuk bertambah maju. saya juga semapt belajar membuat bunga daripada sabun tapi disebabkan tangan ini 'tidak berseni' , bunga sabun tu tak menjadi. namun sekurang-kurangnya saya sempat mempelajari sesuatu. Apapun, semangat makcik tersebut wajar dicontohi apatah lagi bagi kita yang masih diberi nikmat kesempurnaan dan kesihatan.


Wallahu a’lam.=)


No comments: