Friday, July 11, 2008

DUNIA BARU

Alhamdulillah, seminggu di MADA cukup memberi erti dan pelbagai pengalaman sebagai pemangkin untuk saya terus melangkah memikul tanggungjawab di sana seterusnya. Ternyata MADA (Maahad Darul Anuar) Pulau Melaka tidak seperti yang saya sangkakan. Cabaran berdepan dengan pelbagai karenah pelajar remaja cukup menguji kesabaran dan kematangan dalam bertindak ditambahi pula terpaksa berdepan dengan pelbagai ragam manusia. Ternyata ia menyedarkan saya betapa kita tidak selamanya hidup dalam suasana hidup berjemaah seperti di kampus atau di kalangan mereka yang ditarbiyyah seperti kita. Semestinya persiapan untuk hidup dalam suasana manusia yang pelbagai fikrah dan ragam perlulah bermula dari awal lagi. Kini saya perlu mantap dan bijak mengorak langkah kerana saya pastinya akan berdepan dengan pelbagai cabaran seperti ragam pelajar-pelajar remaja, ibu bapa, orang sekeliling dan banyak lagi cabaran fizikal dan zahirnya selain kepastian akan berdepan dengan masalah hati, emosi dan perasaan.

Ibu Muda dan Anak Segera.

Berada di MADA dan memantau kegiatan pelajar-pelajar asrama lebih-lebih lagi pelajar semuanya muslimat cukup memberi tekanan dan mengajar erti kematangan dan mengawal emosi. Saya terasa seperti seorang ibu muda yang dikurniakan anak perempuan segera yang ramai. Ternyata menjaga anak perempuan lebih susah berbanding denga anak-anak lelaki kerana kita perlu bermain dengan emosi. Emosi yang kadang kala bergantung kepada suasana. Saya banyak belajar cara menjaga, mendidik dan bermain emosi anak remaja. Ternyata sukar dan sukar dijangka. Alhamdulillah pengalaman menjadi penolong ketua asrama Sek Men Keb Agama Naim lilbanat dulu menjadi sedikit bekalan untuk berdepan dengan suasana sekarang.

Anak remaja perempuan perlu diberi pendekatan berbeza selari dengan usia peningkatan mereka. -sekadar gambar hiasan

Pendekatan Berbeza

Berdepan dengan kaum sejenis lebih-lebih lagi kaum hawa memerlukan langkah pentarbiyahan yang berbeza dengan kaum yang berlainan jenis. Sebagaimana saya berdepan dengan pelajar perempuan, saya perlu lebih berani dan tegas dalam kelembutan kerana saya mungkin akan lebih dipengaruhi emosi dan tidak bermana apabila berdepan dengan kaum berlainan jenis adalah sebaliknya. Cuma ia memelukan kebijaksanaan dan tindakan yang berbeza. Sebagaimana yang diketahui, perempuan ibarat kayu yang bengkok yang perlu diluruskan dengan berhati-hati dan penuh kelembutan. Namun kelembutan ini perlulah disertai dengan ketegasan agar ianya bisa membekas di hati. Hati perempuan ibarat kaca kerana apabila ia dibentuk terlalu lembut, mungkin hasilnya tidaklah secantik mana, tetapi apabila dibentuk terlalu keras mungkin ia cepat pecah. Maka perlulah ia berhati-hati dan bersederhana. Namun apabila kacanya terlalu keras, maka sekeras itrulah juga usaha kita dalam membentuknya.

Apapun, cabaran di dunia baru saya sekarang tidaklah terlalu mencabar namun sedikit sebanyak mengajar saya berhemah dalam bertindak.

No comments: