Wednesday, August 20, 2008

Ramadhan dan Kenangan di UTM.


Pejam celik pejam celik rasanya terlalu rindu dan tidak sabar-sabar rasanya untuk saya menyambut ramadhan yang bakal tiba. Namun sejenak terdetik di hati saya, apakah persediaan ramadhan yang telah saya buat untuk menyambut bulan Ramadhan yang penuh mubarak. Apakah sempat saya berada dan memperhambakan diri saya sepanjang bulan ramadhan tersebut? Erm terasa rindunya untuk sampai kepada saat itu. Sebagaimana menangisnya Rasululullah setibanya bulan ramadhan kerana rasa syukur dan gembira masih diberi Allah untuk samapi kepada Ramadhan kali ini. Begitulah juga setiba hamper berakhirnya ramadhan, baginda menangis penuh kesyahduan kerana memikirkan masihkah ada peluang untuk merasai nikmat ramadhan akan datang.

Peristiwa Ramadhan.

Apabila tibanya ramadhan pelbagai memori berputar-putar kembali di kotak ingatan mengenangkan saat indah bersama-sama sahabat khususnya sahabat-sahabat di UTM menyambut ramadhan bersama. Kemeriahan beriftar di Masjid Sultan Ismail pasti tidak akan dilupakan. Kenagan paling indah beriftar bersama sahabat-sahabat ketika di rumah sewa Raudhatun Nisa’ yang pastinya tidak akan dilupakan (bersama-sama kak Nor Hidayah, Kak Rosmaria, Kak Haida, Ayet, Saha, Aisyah, Emiliana, Kak Aya, Kak Leha, Kak Fatihah dan sahabat2 lain yang tidak tersebut namanya.). Masak bersama-sama dan iftar jamae’I bersama-sama mungkin kenangan yang akan terpahat kukuh. Nikmat ramadhan menyatukan ukhwah kami bersama. Ukhwah Fillah Yaa ikhwati….

(Ramadhan terakhir ku di UTM ketika aku menginap di kolej 9 bersama saha, ayet, emiliana, kak aya dan Aisyah R).

(Ramadhan tahun ini berpeluang berukhwah dgn Sahabat2 MADA di Pulau MElaka dan bersama tok guru kalau ada rezeki)

Kenangan menyambut ramadhan di UTM sangat mengujakan saya. Di bulan ramadhan yang berkat ini juga masih saya ingat Peristiwa 17 Ramadhan pada tahun 2005. Kenangan yang tidak akan saya lupakan selama-lamanya setiap kali tibanya ramadhan yang akan menitiskan air mata saya pada tahun ini. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk membuang jauh peristiwa ini dan berikanlah aku ketabahan untuk menghadapinya pada tahun ini dan pada masa akan datang. Aminnn…

Persediaan Ramadhan

Peristiwa 1

Setiap kali berakhirnya ramadhan, seorang sahabat saya akan menabung duitnya paling tidak 10 sen sehari untuk beliau kumpul. Saya masih ingat paling tidak dia akan menyediakan 2 tabungan yang mana satu untuk dirinya dan satu lagi untuk kegunaan lain. Saya tanyakan apakah kegunaan tabung ‘kegunaan lain’ itu. Katanya ia akan menggunakan tabungan itu untuk manfaat di bulan ramadhan. Saya masih ingat apabila menjelang ramadhan berikutnya, tabungan tadi beliau gunakan untuk bersedekah pada bulan tersebut.

Peristiwa 2

Suatu hari, pada akhir bulan rejab lalu, ummi saya balik daripada menziarahi seorang sahabatnya. Sahabat ummi seorang yang gemar membuat kuih raya. Setiap kali menjelang hari raya, pasti ummi akan menempah biskut raya daripadanya secara free selain dijual untuk tempahan orang lain kerana ummi menolong beliau untuk menjahit baju rayanya yang hamper 5 pasang setiap kali raya. Balik daripada ziarah sahabatnya itu, ummi membawa balik sebekas biskut Almond London yang dititipkan sahabatnya itu. Saya bertanyakan ummi kenapa terlalu awal dibuatnya biskut raya sedangkan bulan syaaban masih belum bermula apatah lagi untuk sampai kepada ramadhan masih terlalu jauh. Kata ummi, sahabatnya tidak mahu pembikinan kuih raya beliau mengganggu ibadhat ramadhan akan datang. Sejenak saya bermuhasabah.

Nampaknya saya perlu sediakan kelengkapan hari raya saya sebelum ramadhan. Moga-moga tidak mengganggu ibadhat Ramadhan yang penuh barkah.

Sekadar coretan 'warming up' menjelang ramadhan tidak lama lagi.

Wallahu a’lam…

2 comments:

ise said...

salam.
ada kenangan dih 17 ramadhan ni
setiap sesuatu ada hikmah.
perginya 17 ramadhan 05 mungkin akan diganti dengan ramadhan tahun ni yg penuh keberkatan

Anonymous said...

erm.. kenangan sedih dan teramat sedih. apabila naik tangga yang tinggi dan akhirnya jatuh ke bumi tanpa bantuan sesiapa... :(
mg2 ramadhan tahun ni tak jatuh tangga lagi. ;)