Sunday, November 30, 2008

DI SEPANJANG JALAN DAKWAH KITA MEMERLUKAN BEKAL - kesinambungan


Bekalan Di jalan Dakwah

Perkara pertama sebagai bekal di jalan dakwah adalah merasa – rasa kehadiran Allah. Dalam setiap langkah kita Allah sentiasa bersama-sama samada tika kita aktif mahupun pasif malah setiap detik. Barangsiapa yang merasai kebersamaan bersama Allah maka dia tidak akan merasa kekurangan sesuatu dan barangsiapa yang dibiarkan Allah keseorangan sudah tentulah ia akan terus sesat dan seterusnya akan hilang dipertengahan jalan dakwah. Firman Allah;

وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِّمَّا يَمْكُرُونَ(127)

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوا وَّالَّذِينَ هُم مُّحْسِنُونَ(128)

[127] Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.
[128] Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

(Surah Al-Anfal)

Firman Allah lagi,

أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ(36)

…sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa (36)

(Surah At-Taubah)

وَأَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ(19)

…sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang beriman.(19)

(Surah Al-Anfal)

Di jalan dakwah ini Nur Ilahi sangat diperlukan bagi menerangi jalan kita supaya kita sentiasa di atas basirah dan berpandangan jauh, jelas dan terang tanpapenyelewengan. Nur hanya diberikan Allah bagi mereka yang dibekali iman dan taqwa sebagaimana firman-NYA;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَآمِنُوا بِرَسُولِهِ يُؤْتِكُمْ كِفْلَيْنِ مِن رَّحْمَتِهِ وَيَجْعَل لَّكُمْ نُورًا تَمْشُونَ بِهِ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيم ٌ28

[28] Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Al-Hadid)

Sentiasalah kita di atas jalan dakwah agar kita mampu membanteras kebathilan dan mengubah segala keketidak betulan supaya dapat menegakkan yang hak. Untuk itu wajiblah kita merasa mulia, kuat dan tinggi serta menjauhkan yang sebaliknya supaya kita sentiasa bersemangat dan tegar, semuanya ini tidak akan dapat digarap tanpa bekalan iman dan taqwa. Firman Allah selanjutnya;

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ(139)

[139] Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

(Surah Ali-Imran)

وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَـٰكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ(8)…

(8) Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Surah Al-Munafiqun)





Bersambung....

Friday, November 28, 2008

TRY THIS !!!

Try this....

1. Open Internet Explorer

2. Go to Google.com

3. Click images

4. Type 'flowers' or any other word.

5. You will get a page which is full of images

6. Then delete the URL from the address bar and paste the following script

javascript:R=0;S=0;T=0; x1=.1; y1=.05; x2=.25; y2=.24; x3=1.6; y3=.24;x4=300; y4=200; x5=300; y5=200; DI=document.images; DIL=DI.length;function A(){for(i=0; i

7. You’ll see something cool

You Are Never Alone


Sometimes, when the world's not on your side
You don't know where to run to
You don't know where to hide.

You gaze, at the stars in the sky
At the mountains so high
Through the tears in your eyes.

Looking for a reason,
to replace what is gone.
Just remember, remember
That you are never alone.

You are never alone (you are never alone)
Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone (you are never alone)
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.

So now as you long for your past
Prepare for your future
But knowing nothings going to last
You see this life is but a road
A straight and narrow path
To our final abode

So travel well O Muslim
And Paradise will be your home
And always remember
That you are never alone.

You are never alone (you are never alone)
Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone (Allah is there)
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.

You are never alone (you are never never alone)
Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone (you are never alone)
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.



By Zain Bhika

Tuesday, November 25, 2008

DANNY PHANTOM



Danny Phantom Dan Hakikatnya Dalam Dunia Dakwah

Pernah tengok cerita ini? Saya suka tengok cerita ini. Memang ia cerita kesukaan budak-budak. Tapi ada satu mesej yang menarik untuk saya kongsi menerusi cerita ini. Saya mulai menggemari cerita ini sewaktu menjadi baby sitter anak-anak pensyarah saya dulu yang berusia 3 tahun dan 3 bulan, (Imtiyaz dan Ihsan). Kerana 2 orang anak-anak comel inilah saya suka tengok kartun ni.

(Front row) Jazz, Danny (normal), Tucker, Maddie, Danny (Transformed), Dash and Sam; (Back row) Jack Fenton and Principal Lancer.

Danny Phantom mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah tinggi bernama Danny Fenton, budak 14 tahun yang memiliki kuasa luar biasa (separuh hantu dan separuh manusia). Beliau boleh menjelma sebagai hantu apabila Bandar teempat tinggalnya, Fenton di serang hantu-hantu jahat yang ingin menguasai bumi. Danny seorang budak hantu yang baik yang tinggal bersama ibu bapanya (Jack fenton, Maddie Fenton) yang agak kelakar dan seorang kakak, Jazz Fenton yang sangat pesimis terhadapnya. Danny mempunyai 2 orang sahabat baik (Tucker dan Sam) dan di sekolahnya beliau tidak disukai oleh Pengetuanya, Lencer yang sering bersangka buruk kepadanya. Oleh kerana Danny seorang budak hantu yang baik dan inginkan keamanan dunia, beliau sering menjadi buruan dan musuh hantu-hantu yang jahat. Danny selalu berharap suatu hari nanti dia akan bebas dengan kuasa hantu itu tetapi pada masa yang sama sangat saying dengan tugasnya sebagai ‘Ghost Buster’. Danny Phantom adalah kisah bersiri. Dalam suatu siri Danny Phantom, mengisahkan Danny berasa malas dan tidak bersemangat meneruskan perjuangannya membasmi hantu-hantu jahat yang mengganggu bandarnya. Apa yang ingin dilakukannya adalah berseronok seperti kawan-kawan sekolahnya yang lain dan tidak lagi mahu memikirkan hantu-hantu jahat yang mengganggu bandarnya. Maka berseronoklah hantu-hantu jahat menyerang dang mengganggu penduduk Bandar tersebut kerana tiada lagi hantu baik yang menghalang kerja mereka. Dia kembali ke rumahnya dan telah menggunakan satu mesin ayahnya untuk mengasingkan dirinya daripada kuasa hantu yang ada dalam dirinya.Akhirnya dia berjaya menjadi budak biasa. Tindakannya mendapat tentangan 2 sahabat baiknya dan keluarganya kerana beliaulah satu-satunya harapan penduduk Bandar tersebut membasmi hantu jahat. 2 sahabat baiknya itu walaupun hanya budak biasa dan tidak memiliki kuasa, namun 2 sahabat baiknya inilah yang membantu Danny dari sudut kepakaran alat dan idea untuk membanteras hantu. Tanpa dua sahabtnya ini, mungkin Danny akan kalah. Keluarganya pula yang tidak bersetuju dengan tindakan Danny lari daripada tanggungjawabnya sebagi budak hantu yang membanteras kejahatan berusaha membantu Danny dan memberinya semangat. Danny cuba berlagak seperti orang biasa dan berseronok-seronok. Namun dia rasa sesuatu kehilangan dalam dirinya. Sahabat baiknya tidak bersamanya sewaktu dia ingin berseronok. Danny rasa sangat bersalah dan tidak sanggup berdiam diri melihat kemusnahan bandarnya. Akhirnya dia kembali menggalas tanggungjawabnya dan membanteras hantu-hantu tersebut. Walaupun hantu-hantu tersebut tidak berjaya dihapuskan seratus peratus, namun sekurang-kurangnya Danny telah berjaya mencegah kemaraan hantu-hantu tersebut dengan bantuan sahabatnya dan keluarganya.

Danny Phantom dalam Dunia Dakwah.

Dalam dunia dakwah, sememangnya terdapat dai’ – dai’ seperti Danny. Pada suatu saat, akan timbul perasaan futur dan bermalas-malas dan ingin berehat-rehat dan berseronok. Cubaan di sekeliling dengan dunia yang serba indah dan kawan-kawan seusia yang seronok berhibur sini dan sana sesekali menggugat keazaman kita dalam dunia dakwah.

Pasti sesekali terlintas dalam fikiran kita rasa ingin lari daripada tanggungjawab dalam berdakwah. Kita tidak akan dapat lari daripada berperasaan begitu.

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

(Al-An’am : 32)

Bayangkan kita di tempat Danny sewaktu ingin lari daripada tanggungjawab. Pada masa yang sama maksiat menyerang dan berlaku sana sini. Kita pada ketika itu hanya melihat sahaja dengan mata kita maksiat itu terus-terusan berlaku. Sedangkan kita sebelum ini adalah orang yang cuba mencegah kemungkaran itu. Tegakah kita? Sanggupkah kita melihat negara kita dikelilingi anasir jahat yang membawa kepada kemurkaan Allah. Hakikatnya dunia kita dikelilingi oleh pelbagai anasir jahat yang ingin merosakkan bumi.

Kita perlukan sahabat yang baik

2 orang sahabt Danny sangat tidak bersetuju dengan tindakan Danny meninggalkan Dunia Hantunya itu. Begitulah kita sebagai sahabat apabila melihat teman seperjuangan kita ingin lari daripada tanggungjawab sebagai pejuang Islam dan dai’.Jadilah sahabat yang sentiasa menyokong antara satu sama lain. Dan sememangnya kita memerlukan sahabat yang sentiasa menyokong kita untuk terus berada di jalan dakwah. Sahabat yang baik yang akan memberi nasihat kepada kebaikan dan menolong kita dalam kebaikan.

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

(Al-Maidah :2)

Dalam bergerak kerja Islam, kita tidak boleh keseorangan. Keseorangan itu boleh menyebabkan kita mudah tersasar daripada matlamat utama. Kita juga mungkin cepat berputus asa dan menghampiri binasa.

Nabi SAW bersabda “Hendaklah kamu bersama jemaah dan janganlah kamu berpecah. Sesungguhnya syaitan akan menghampiri orang yang berseorangan dan menjauhkan diri dari orang yang berdua. Sesiapa yang ingin berda di tengah syurga, maka ia hendaklah sentiasa bersama jemaah.”

Sokongan keluarga juga adalah satu factor kepada perjuangan dakwah kita. Dalam dunia dakwah, kadang-kadang seseorang itu akan diuji dengan keluarga yang tidak memahami gerak kerja kita, perjuangan kita dan tidak kurang juga yang menghalang kita melibatkan diri dalam dunia dakwah. Macam-macam alasan yang diberikan keluarga kita apabila kita terlibat dalam gerakakn Islam. Bimbang dipandang serong oleh saudara mara lain, masa depan tidak terjamin malah ada juga yang mengatakan itu bukan tugas kita untuk berdakwah kerana masih ramai lagi yang boleh berdakwah. Hakikatnya, keluarga juga boleh menjadi ujian dan juga boleh menjadi pendorong semangat untuk kita bergerak kerja Islam. Alangkah beruntungnya seseorang itu apabila keluarga menjadi pendorong utamanya dalam berdakwah.

Mungkin Danny Phantom hanyalah cerita karut imaginasi semata-mata. Namun adakalanya kita perlu melihat sesuatu dari sudut positif baru ia akan menjadi positif. Danny Phantom Hanyalah cerita suka-suka saya. Bagi saya ada iktibar dan contoh yang boleh saya perolehi. Saya teringat seorang sahabat kampus saya, katanya dia suka tonton NARUTO. Katanya dalam cerita ada semangat berjemaah yang boleh diambil. Yang seronoknya Danny Phantom best, satu-satunya kartun yang saya suka tengok kalu free.




Monday, November 24, 2008

DI SEPANJANG JALAN DAKWAH KITA MEMERLUKAN BEKAL

Analoginya, seorang musafir apabila mengembara mereka memerlukan bekal agar perjalanan dapat diteruskan tanpa sebarang masalah dan tidak terbabntut. Sememangnya setiap perjalanan jauh yang dilalui pasti ada rintangan dan cubaan untuk kita samapai kepada tujuan.

Begitu juga apabila kita berada di atas jalan dakwah. Jalan dakwah kita masih terlalu jauh maka semestinya terlalu banyak bekalan yang perlu kita sediakan supaya kita tidak kehabisan ditengah jalan dan akhirnya tersadai kaku tidak bermaya. Jalan dakwah merupakan satu jalan kehidupan para dai’ yang menyeru manusia ke jalan Allah, mengajak manusia kepada Allah. Maka, mereka perlu menyediakan bekalan secukupnya dan yang mampu melindungi mereka daripada segala bentuk penyelewangan yang memesongkannya dari jalan Allah, supaya tidak berhenti, tergelincir mahupun tersekat.

Sebuah kereta yang dibawa untuk bermusafir, akan berhenti dan tidak akan bergerak terus malah ianya akan kaku begitu sahaja seperti sepotong besi yang tidak berguna sekiranya ia kehabisan minyak dan tidak diberi minyak secukupnya.


Apakah bekalan itu ?

Firman Allah s.w.t

فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى

Maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa.

(Al-Baqarah 197)

Sebaik-baik bekalan adalah taqwa dan sebaik-baik taqwa adalah yang membawa anda kepada tujuan yang dicita-citakan. Semua bekalan telah dihidangkan dalam al-Quran dan sebagai para muttaqin bekalan al-quran yang disediakan tidak boleh dipilih-pilih, diambil dan dibuang sesuka hati , tidak boleh dibeza-bezakan malah perlulah ditelan semuanya. Para musafir yang menuju jalan Allah ini perlulah mengambil kesemua hidangan al-quran tanpa berbaki sedikit pun. Semoga dengan bekalan ini para musafir fisabilillah ini akan selamat dan dilindungi Allah dari segala apa yang ditakuti untuk sampai kepada cita-cita kita. Sesungguhnya Tuhanmu menyerumu dari tujuh petala langit melalui lembaran-lembaran kitab sucinya. Firman Allah ;

وَ أَنَّ هذا صِراطِي مُسْتَقِيماً فَاتَّبِعُوهُ وَ لا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون

“ Dan bahawa inilah jalanku yang lurus maka ikutlah jalan tersebut dan jangan kamu ikut jalan-jalan yang lain kelak kamu akan berpecah menyeleweng dari jalan. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertaqwa. ”
(TMQ Surah Al An’am : 153)

Apabila bekalan iman dan taqwa kurang atau kehabisan tanpa sebarang usaha memperbaharui dan menambah baikinya, maka jadilah si dai’ itu bangkai yang kaku, atau paling tidak jasad yang sakit tak bermaya malah tidak mampu bergerak.

Firman Allah ;

أَوَمَن كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورًا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَن مَّثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِّنْهَا ۚ

dan Adakah orang Yang mati (hatinya Dengan kufur), kemudian Kami hidupkan Dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) Yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara Yang benar Dengan Yang salah, dan dapatlah) ia berjalan Dengan suluhan cahaya itu Dalam masyarakat manusia, (adakah orang Yang demikian keadaannya) sama seperti Yang tinggal tetap di Dalam gelap-gelita (kufur), Yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya?......

( Al An’am:122)

Maka jawapannya adalah jelas berlainan sebagaimana firman Allah ;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْوَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

(Al-Anfal :24)

Bekal iman dan taqwa itulah yang akan memancarkan sinar kebaikan dari lubuk hati, melahirkan segala daya dan tenaga, memupuk ketinggian cita-cita, menambahkan keazaman dan kemahuan lantas memudahkan segala gerak kerja dan langkah, melintasi segala rintangan dan menjauhi segala kesalahan.

Bersambung…..

Saturday, November 22, 2008

Mulakan 'Usrah' Seawal Usia Anak-anak

Suatu hari Cikgu Ja, sahabat saya ketika dikampus minta bantuan saya dan seorang sahabat untuk ke kampungnya sebagai naqibah bagi usroh anak-anak murid perempuan beliau yang berumur dalam lingkungan 10-12 tahun sementara beliau (cikgu Ja) mengendalikan usroh untuk anak-anak lelaki dalam lingkungan umur yang sama cuma terdapat seorang dua sahaja yang berusia remaja.. Katanya inilah pertama kali usroh untuk anak-anak perempuan dijalankan di kampungnya. Usroh yang beliau jalankan adalah salah satu program di bawah komuniti Ashabul Masjid Kampung beliau di Pasir Mas yang mana beliau juga adalah salah seorang pendokong jemaah tersebut.

Cikgu Ja dan anak-anak muridnya

Rasa seronok terlibat dalam program tarbiyah seperti itu memberi peluang lagi kepada saya untuk belajar karenah anak-anak kecil. Program pertama kali untuk anak-anak perempuan ini dijalankan di masjid kampung beliau dan anak-anak tersebut diajar bangun seawal pagi untuk qiyamullail. Mungkin anak-anak tersebut tidak pernah berqiayamullail, maka qiyam yang sepatutnya dijalankan tidak terlaksana sekalipun anak-anak perempuan bangun awal. Ini kerana sebaik sahaja mereka bangun, mereka mandi mengikut keinginan mereka, terlalu lama, berebut-berebut dan banyak lagi karenah mereka menyebabkan masa berlalu begitu awal. Namun, sekurang-kurangnya mereka belajar bangun awal.


Saya juga berkesempatan berkenalan dengan ibu sahabat lama saya yang mana beliau seorang pesara guru dan banyak menghabiskan masa di masjid tersebut. Beliau sempat memberikan tips mendidik anak-anak kecil. Katanya, anak-anak pada usia ini perlu diberi pendekatan dalam bentuk ajaran dan praktikal. Anak-anak belajar daripada ibu bapa mereka apa yang mereka lihat. Baik contoh teladan ibu bapanya maka insyaAllah baiklah akhlak anak-anaknya. Kita sebagai ibu harus bertegas dan tidak boleh terlalu memanjakan mereka. Saya sangat tertarik dengan cara didikan dan cara beliau mengajar anak-anak usroh pada ketika itu dengan baik sekali. Inilah untungnya bergaul dengan orang-orang tua. Banyak tips ;).

Saya dan sahabat sewaktu mengendalikan usroh

Usroh ini diteruskan setiap hari jumaat berikutnya dengan pelbagai aktiviti yang menarik untuk anak-anak ini. Saya begitu kagum dengan usaha cikgu ja dan sahabat-sahabat ‘Ashabul Masjid’ beliau dalam mengadakan program tarbiyaah sebegini untuk anak-anak muda bermula daripada usia kanak-kanak. Saya juga agak kagum dengan semangat dan usaha Cikgu ja kerana sekalipun beliau berada di negeri lain, beliau sanggup pulang ke kampung beliau untuk mengendalikan program tersebut agar berterusan sekalipun beliau pernah ditimpa pelbagi ujian dan mehnah selama mengendalikan usroh kampung beliau samada daripada orang kampung beliau mahupun keluarga sendiri. Sememangnya dunia dakwah ini tidak mudah. Hanya yang berjiwa kental dan istiqamah sahaja yang mampu bertahan.

Sayangnya hanya dua kali saya berkesempatan mengikuti program ini kerana kekangan tertentu. Apapun teruskan usaha Cikgu Ja moga-moga suatu hari nanti bisa membentuk pemuda – pemudi yang baik. Moga-moga usaha sedikit ini dipandang besar oleh Allah. Aminnn.

Buat anak-anak murid MADA

MADA


Guru - guru MADA yang sempat bergambar

Tingakatan 1 Tahfiz 5 Lelaki

Tingkatan 1 Tahfiz 3 Lelaki

Tingkatan 1 Sains 1 Lelaki

Tingkatan 1 Sains 1 Lelaki

Tingkatan 2 Tahfiz 1 Lelaki

Tingkatan 2 Tahfiz 1 Lelaki

Tingkatan 2 Tahfiz 1 Lelaki

Buat anak-anak murid MADA yang saya mengajar, antumlah guru kehidupan saya.
Mohon maaf pada antum semua kerana lambat publishkan gambar2 antum seperti yang dijanjikan.

MADA

5 bulan di SMU Agama Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka (MADA) (atau lebih dikenali ramai sebagai Sek Tok Guru) bagi saya cukup bermakna. Walaupun pengalaman, ilmu dan kemahiran yang diperolehi tidaklah terlalu banyak, namun manfaat daripada setiap yang saya dapat amat bermakna buat saya. Alhamdulillah, berada di sana sedikit sebanyak membuka peluang saya untuk menimba pelbgai ilmu. Betul kata orang pengalaman bisa mematangkan seseorang. Saya tidaklah menganggap diri saya cukup dewasa atau matang dalam sesuatu perkara tetapi daripada setiap pengalaman itulah saya belajar tentang kehidupan. Sebetulnya, kehidupan ini tidak seindah lakaran minda kita.

Saya seorang Musyrifah

Di MADA saya bertanggungjawab sebagai seorang Musyrifah (panggilan bagi warden perempuan di sana) di Baitutholibah (Asrama Muslimat). Saya berdepan dengan pelajar muslimat yang pelbagai umur dari 13 – 19 tahun, dari pelbagai Negara, negeri dan pelbagai pula karenahnya. Cukup mencabar pada saya. Apabila berdepan dengan remaja terutamaya remaja perempuan, pendekatannya lebih kepada kita sebagai sahabat dan lembut. Pada usia remaja, mereka tidak boleh dilayan dengan cara keanak-anakan kerana pada usia ini jiwa remaja lebih kepada ingin berkongsi bukan ingin diajar begitu atau begitu. Bentuk tarbiyyah untuk mereka tidak boleh terlalu kasar dan dalam bentuk arahan. Mereka ingin didekati dari hati ke hati kerana pada usia remajalah mereka melalui kemuncak zaman muda di mana mereka mula mengenal erti kehidupan sebenar. Teguran dengan tegas tidak lagi sesuai melainkan untuk kes – kes tertentu. Mereka perlu diberikan peluang untuk membuat keputusan mereka sendiri namun kita sebagai penjaganya perlulah menjadi pemerhati setia mereka dan mengawasi mereka agar mereka tidak terlalu jauh dari ajaran Islam dan teguran yang lembut perlulah digunakan sekiranya mereka tersilap. Saya bersyukur kerana berpeluang mendidik anak remaja. Sekurang-kurangnya saya belajar ‘management skill for teenage’ dan mungkin akan menjadi pedoman jika saya mempunyai anak-anak remaja kelak, InsyaAllah.

Saya seorang ustazah, teacher atau cikgu.

Saya juga berkesempatan menjadi guru di sana menggantikan guru yang bersalin. Peluang ini saya ambil untuk mengasah kemahiran saya ;) (berpeluang juga belajar mendidik anak-anak lelaki). Macam-macam gelaran yang dipanggil kepada saya oleh pelajar-pelajar di sana, ustazah, cikgu atau teacher mungkin kerana saya mengajar pelbagai subjek. Saya diamanahkan mengajar pelajar tingkatan 1 dan 2 yang mana kesemuanya lapan kelas, kesemuanya pelajar banin (lelaki). Lagi mencabar saya rasakan. Bayangkan mengajar pelajar-pelajar banin yang pelbagai karenah, pelbagai negeri dan ada juga Negara lain (Indonesia, Thailand dan Kemboja). Pada mulanya saya rasa tidak yakin untuk mengajar pelajar banin, rasa berdebar, malu, gementar, seram sejuk dan bercampur baur perasaan saya pada ketika itu. Alhamdulillah selepas seminggu saya berjaya mengatasi perasaan itu. Betul kata seorang sahabat saya di kampus dulu bahawa kita tidak akan berjaya mengatasi perasaan negative dalam diri kita selagi kita tidak melalui terlebih dahulu faktor yang menjadikan perasaan negative kita wujud. Itulah yang saya rasai ketika itu.

Pendekatan berbeza antara Banin dan Banat

Mentarbiyah remaja perempuan cukup berbeza dengan mentarbiyah remaja lelaki. Mengikut satu fakta yang saya perolehi ketika di Sekolah menengah saya dulu, pada usia 13-19 tahun, remaja perempuan mempunyai pemikiran yang lebih matang berbanding remaja lelaki. Namun berebeza dengan suasana yang saya lalui di MADA, kebanyakan pelajar banin yang saya ajari cukup matang melangkaui usia mereka. Begitu juga kebanyakan pelajar banat yang saya jagai di asrama cukup matang berbanding usia mereka. Matang yang saya maksudkan di sini adalah dari segi pengetahuan mereka terhadap perkara – perkara yang negatif (baca : perkara yang tidak sepatutnya mereka tahu dan fikirkan pada usia mereka). Namun mereka cukup mentah dari segi hal – hal kehidupan seperti tanggungjawab mereka, sikap berdikari dan apa yang mereka patut lakukan pada usia itu. Seolah-olah keseronokan dan hiburan sahaja yang mereka fikirkan

Kematangan anak-anak zaman sekarang

Secara keseluruhannya, anak-anak zaman sekarang terlalu mentah tentang kehidupan. Malah mereka lebih matang kepada sesuatu yang lebih berbentuk hiburan. Saya sempat mendengar satu slot pagi di IKIM yang membincangkan topic ‘Kenapa anak-anak sekarang kurang matang berbanding anak-anak zaman dahulu’. Saya tertarik kepada ulasan seorang pemanggil yang memberi pendapat beliau bahawa kematangan anak-anak sekarang sangat kurang kerana anak-anak remaja sekarang banyak dihidangkan dengan hiburan-hiburan yang melampau, aksi-aksi yang menjijikkan dan budaya hedonisme semakin menular dalam dunia akhir zaman ini. Jadi bagaimanakah kita akan melahirkan generasi pemuda yang akan berjuang untuk Islam??? Alangkah ngerinya jika suatu masa nanti tidak hairanlah akan lahirnya generasi pemuda yang kebanyakannya takut pada mati dan perjuangan Islam. Nauzubillah. Sememangnya itulah reality dunia sekarang. Pemuda zaman kini adalah pemuda yang tiada cita-cita untuk islam bahkan cita-citanya hanyalah untuk dunia semata-mata.

Benarlah apa yang ditulis oleh Fathi Yakan dalam karangannya Generasi Pemuda dan Perubahan bahawasanya Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar;
Pemuda yang tiada peribadi,bersikap seperti kera;
Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang ;
Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh partiparti
kufur dan syaitan;
Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka;

Tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.

Anak-anak MADA anak-anak yang baik.

Apapun anak-anak di MADA, sekalipun pelbagai karenah, namun masih terdapat segelintir pelajar banin dan banat yang saya lihat padanya ada harapan untuk menjadi pemuda pemudi yang padanya ada cita-citanya untuk Islam. Namun pentarbiyahan yang berterusan amat perlu bagi memastikan mereka sentiasa berada di jalan yang benar dan lurus.Apapun terima kasih banyak-banyak kepada pelajar asrama banat dan anak-anak murid saya kerana banyak memberi peluang pada saya untuk belajar. merekalah guru kehidupan saya.