Tuesday, November 25, 2008

DANNY PHANTOM



Danny Phantom Dan Hakikatnya Dalam Dunia Dakwah

Pernah tengok cerita ini? Saya suka tengok cerita ini. Memang ia cerita kesukaan budak-budak. Tapi ada satu mesej yang menarik untuk saya kongsi menerusi cerita ini. Saya mulai menggemari cerita ini sewaktu menjadi baby sitter anak-anak pensyarah saya dulu yang berusia 3 tahun dan 3 bulan, (Imtiyaz dan Ihsan). Kerana 2 orang anak-anak comel inilah saya suka tengok kartun ni.

(Front row) Jazz, Danny (normal), Tucker, Maddie, Danny (Transformed), Dash and Sam; (Back row) Jack Fenton and Principal Lancer.

Danny Phantom mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah tinggi bernama Danny Fenton, budak 14 tahun yang memiliki kuasa luar biasa (separuh hantu dan separuh manusia). Beliau boleh menjelma sebagai hantu apabila Bandar teempat tinggalnya, Fenton di serang hantu-hantu jahat yang ingin menguasai bumi. Danny seorang budak hantu yang baik yang tinggal bersama ibu bapanya (Jack fenton, Maddie Fenton) yang agak kelakar dan seorang kakak, Jazz Fenton yang sangat pesimis terhadapnya. Danny mempunyai 2 orang sahabat baik (Tucker dan Sam) dan di sekolahnya beliau tidak disukai oleh Pengetuanya, Lencer yang sering bersangka buruk kepadanya. Oleh kerana Danny seorang budak hantu yang baik dan inginkan keamanan dunia, beliau sering menjadi buruan dan musuh hantu-hantu yang jahat. Danny selalu berharap suatu hari nanti dia akan bebas dengan kuasa hantu itu tetapi pada masa yang sama sangat saying dengan tugasnya sebagai ‘Ghost Buster’. Danny Phantom adalah kisah bersiri. Dalam suatu siri Danny Phantom, mengisahkan Danny berasa malas dan tidak bersemangat meneruskan perjuangannya membasmi hantu-hantu jahat yang mengganggu bandarnya. Apa yang ingin dilakukannya adalah berseronok seperti kawan-kawan sekolahnya yang lain dan tidak lagi mahu memikirkan hantu-hantu jahat yang mengganggu bandarnya. Maka berseronoklah hantu-hantu jahat menyerang dang mengganggu penduduk Bandar tersebut kerana tiada lagi hantu baik yang menghalang kerja mereka. Dia kembali ke rumahnya dan telah menggunakan satu mesin ayahnya untuk mengasingkan dirinya daripada kuasa hantu yang ada dalam dirinya.Akhirnya dia berjaya menjadi budak biasa. Tindakannya mendapat tentangan 2 sahabat baiknya dan keluarganya kerana beliaulah satu-satunya harapan penduduk Bandar tersebut membasmi hantu jahat. 2 sahabat baiknya itu walaupun hanya budak biasa dan tidak memiliki kuasa, namun 2 sahabat baiknya inilah yang membantu Danny dari sudut kepakaran alat dan idea untuk membanteras hantu. Tanpa dua sahabtnya ini, mungkin Danny akan kalah. Keluarganya pula yang tidak bersetuju dengan tindakan Danny lari daripada tanggungjawabnya sebagi budak hantu yang membanteras kejahatan berusaha membantu Danny dan memberinya semangat. Danny cuba berlagak seperti orang biasa dan berseronok-seronok. Namun dia rasa sesuatu kehilangan dalam dirinya. Sahabat baiknya tidak bersamanya sewaktu dia ingin berseronok. Danny rasa sangat bersalah dan tidak sanggup berdiam diri melihat kemusnahan bandarnya. Akhirnya dia kembali menggalas tanggungjawabnya dan membanteras hantu-hantu tersebut. Walaupun hantu-hantu tersebut tidak berjaya dihapuskan seratus peratus, namun sekurang-kurangnya Danny telah berjaya mencegah kemaraan hantu-hantu tersebut dengan bantuan sahabatnya dan keluarganya.

Danny Phantom dalam Dunia Dakwah.

Dalam dunia dakwah, sememangnya terdapat dai’ – dai’ seperti Danny. Pada suatu saat, akan timbul perasaan futur dan bermalas-malas dan ingin berehat-rehat dan berseronok. Cubaan di sekeliling dengan dunia yang serba indah dan kawan-kawan seusia yang seronok berhibur sini dan sana sesekali menggugat keazaman kita dalam dunia dakwah.

Pasti sesekali terlintas dalam fikiran kita rasa ingin lari daripada tanggungjawab dalam berdakwah. Kita tidak akan dapat lari daripada berperasaan begitu.

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

(Al-An’am : 32)

Bayangkan kita di tempat Danny sewaktu ingin lari daripada tanggungjawab. Pada masa yang sama maksiat menyerang dan berlaku sana sini. Kita pada ketika itu hanya melihat sahaja dengan mata kita maksiat itu terus-terusan berlaku. Sedangkan kita sebelum ini adalah orang yang cuba mencegah kemungkaran itu. Tegakah kita? Sanggupkah kita melihat negara kita dikelilingi anasir jahat yang membawa kepada kemurkaan Allah. Hakikatnya dunia kita dikelilingi oleh pelbagai anasir jahat yang ingin merosakkan bumi.

Kita perlukan sahabat yang baik

2 orang sahabt Danny sangat tidak bersetuju dengan tindakan Danny meninggalkan Dunia Hantunya itu. Begitulah kita sebagai sahabat apabila melihat teman seperjuangan kita ingin lari daripada tanggungjawab sebagai pejuang Islam dan dai’.Jadilah sahabat yang sentiasa menyokong antara satu sama lain. Dan sememangnya kita memerlukan sahabat yang sentiasa menyokong kita untuk terus berada di jalan dakwah. Sahabat yang baik yang akan memberi nasihat kepada kebaikan dan menolong kita dalam kebaikan.

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

(Al-Maidah :2)

Dalam bergerak kerja Islam, kita tidak boleh keseorangan. Keseorangan itu boleh menyebabkan kita mudah tersasar daripada matlamat utama. Kita juga mungkin cepat berputus asa dan menghampiri binasa.

Nabi SAW bersabda “Hendaklah kamu bersama jemaah dan janganlah kamu berpecah. Sesungguhnya syaitan akan menghampiri orang yang berseorangan dan menjauhkan diri dari orang yang berdua. Sesiapa yang ingin berda di tengah syurga, maka ia hendaklah sentiasa bersama jemaah.”

Sokongan keluarga juga adalah satu factor kepada perjuangan dakwah kita. Dalam dunia dakwah, kadang-kadang seseorang itu akan diuji dengan keluarga yang tidak memahami gerak kerja kita, perjuangan kita dan tidak kurang juga yang menghalang kita melibatkan diri dalam dunia dakwah. Macam-macam alasan yang diberikan keluarga kita apabila kita terlibat dalam gerakakn Islam. Bimbang dipandang serong oleh saudara mara lain, masa depan tidak terjamin malah ada juga yang mengatakan itu bukan tugas kita untuk berdakwah kerana masih ramai lagi yang boleh berdakwah. Hakikatnya, keluarga juga boleh menjadi ujian dan juga boleh menjadi pendorong semangat untuk kita bergerak kerja Islam. Alangkah beruntungnya seseorang itu apabila keluarga menjadi pendorong utamanya dalam berdakwah.

Mungkin Danny Phantom hanyalah cerita karut imaginasi semata-mata. Namun adakalanya kita perlu melihat sesuatu dari sudut positif baru ia akan menjadi positif. Danny Phantom Hanyalah cerita suka-suka saya. Bagi saya ada iktibar dan contoh yang boleh saya perolehi. Saya teringat seorang sahabat kampus saya, katanya dia suka tonton NARUTO. Katanya dalam cerita ada semangat berjemaah yang boleh diambil. Yang seronoknya Danny Phantom best, satu-satunya kartun yang saya suka tengok kalu free.




1 comment:

zulazahari said...

Salam,

Tulisan yg menarik, mengaitkan dunia animasi dan superhero dan dakwah, saya suka dgn entri ini. Ramai yg skeptikal kononnya dunia animasi, filem, muzik dan komik tidak memberi sebarang manfaat sedangkan ada yg tersirat di sebaliknya, positif dan negatif kita yg seharusnya membuat pilihan.