Saturday, November 22, 2008

Mulakan 'Usrah' Seawal Usia Anak-anak

Suatu hari Cikgu Ja, sahabat saya ketika dikampus minta bantuan saya dan seorang sahabat untuk ke kampungnya sebagai naqibah bagi usroh anak-anak murid perempuan beliau yang berumur dalam lingkungan 10-12 tahun sementara beliau (cikgu Ja) mengendalikan usroh untuk anak-anak lelaki dalam lingkungan umur yang sama cuma terdapat seorang dua sahaja yang berusia remaja.. Katanya inilah pertama kali usroh untuk anak-anak perempuan dijalankan di kampungnya. Usroh yang beliau jalankan adalah salah satu program di bawah komuniti Ashabul Masjid Kampung beliau di Pasir Mas yang mana beliau juga adalah salah seorang pendokong jemaah tersebut.

Cikgu Ja dan anak-anak muridnya

Rasa seronok terlibat dalam program tarbiyah seperti itu memberi peluang lagi kepada saya untuk belajar karenah anak-anak kecil. Program pertama kali untuk anak-anak perempuan ini dijalankan di masjid kampung beliau dan anak-anak tersebut diajar bangun seawal pagi untuk qiyamullail. Mungkin anak-anak tersebut tidak pernah berqiayamullail, maka qiyam yang sepatutnya dijalankan tidak terlaksana sekalipun anak-anak perempuan bangun awal. Ini kerana sebaik sahaja mereka bangun, mereka mandi mengikut keinginan mereka, terlalu lama, berebut-berebut dan banyak lagi karenah mereka menyebabkan masa berlalu begitu awal. Namun, sekurang-kurangnya mereka belajar bangun awal.


Saya juga berkesempatan berkenalan dengan ibu sahabat lama saya yang mana beliau seorang pesara guru dan banyak menghabiskan masa di masjid tersebut. Beliau sempat memberikan tips mendidik anak-anak kecil. Katanya, anak-anak pada usia ini perlu diberi pendekatan dalam bentuk ajaran dan praktikal. Anak-anak belajar daripada ibu bapa mereka apa yang mereka lihat. Baik contoh teladan ibu bapanya maka insyaAllah baiklah akhlak anak-anaknya. Kita sebagai ibu harus bertegas dan tidak boleh terlalu memanjakan mereka. Saya sangat tertarik dengan cara didikan dan cara beliau mengajar anak-anak usroh pada ketika itu dengan baik sekali. Inilah untungnya bergaul dengan orang-orang tua. Banyak tips ;).

Saya dan sahabat sewaktu mengendalikan usroh

Usroh ini diteruskan setiap hari jumaat berikutnya dengan pelbagai aktiviti yang menarik untuk anak-anak ini. Saya begitu kagum dengan usaha cikgu ja dan sahabat-sahabat ‘Ashabul Masjid’ beliau dalam mengadakan program tarbiyaah sebegini untuk anak-anak muda bermula daripada usia kanak-kanak. Saya juga agak kagum dengan semangat dan usaha Cikgu ja kerana sekalipun beliau berada di negeri lain, beliau sanggup pulang ke kampung beliau untuk mengendalikan program tersebut agar berterusan sekalipun beliau pernah ditimpa pelbagi ujian dan mehnah selama mengendalikan usroh kampung beliau samada daripada orang kampung beliau mahupun keluarga sendiri. Sememangnya dunia dakwah ini tidak mudah. Hanya yang berjiwa kental dan istiqamah sahaja yang mampu bertahan.

Sayangnya hanya dua kali saya berkesempatan mengikuti program ini kerana kekangan tertentu. Apapun teruskan usaha Cikgu Ja moga-moga suatu hari nanti bisa membentuk pemuda – pemudi yang baik. Moga-moga usaha sedikit ini dipandang besar oleh Allah. Aminnn.

No comments: