Tuesday, December 23, 2008

Ajarlah anak-anakmu bersolat!!!

Cerita ini saya dapati selepas saya menghadiri sebuah usrah umum baru2
ini. Ustazah menceritakan kisah ini selepas melihat sesuatu yang
menakjubkan ia semasa menziarahi rumah sahabatnya yang mana pasangan
suami isteri tersebut adalah seorang guru biasa.
Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengah hari tapi belum
Zohor. Kedua2 suami isteri ini masih di sekolah. Walaubagaimanapun
beberapa orang dari 8 orang anak mereka ( kesemuanya lelaki yang paling
tua dalam tingkatan satu, yang paling muda masih bayi ) baru pulang
dari sekolah.

Waktu zohor masuk. abang yang tua mengajak semua adik2nya yang baru
pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai Imam. Sewaktu
dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8
tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang
solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah. Dia ikut ruku’
apabila imam ruku’, dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam
memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang
tertinggal. Subhanallah, adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai
masbuk!

gambar hiasan

Ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap
memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak2 yang masih kecil ini
menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau
mana2 orang dewasa dan tanpa disuruh- disuruh.


Ceritanya tak berakhir di situ. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya
itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun
kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak
lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak -anak kecil
semuanya sedang sibuk berwudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan
yang paling tua berumur 13 thn dan yang ke tujuh entah berapa tahun
sibuk mengambil wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal.
Si ayah menunggu anak - anaknya di tikar sembahyang dengan sabar
sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga ( termasuk ustazah ).
Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsu nya yang masih
bayi ( yang sedang jaga ) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis
mengganggu jemaah sepanjang mereka solat.

gambar hiasan

Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ. Ustazah tersebut
ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut
lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah
berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "anak - anak, hari ni ayah
nak beri kuliah mengenai solat dan puasa." Dan 8 orang anak termasuk si
ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah, bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian
diberi kepada anak – anaknya, dia menjawab bahawa itu persediaan dia
dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak -anak lelakinya
yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang2nya Al-Fatehah untuk mereka
jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak2 mereka semuanya
lelaki, akan memimpin, pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat
anak2 mereka terabai tanpa pedoman.

Cuba kita tanya diri kita sendiri, berapa ramai keluarga Islam hari
ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga, berapa ramai
anak2 Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk, berapa ramai
anak2 berumur 13 thn yang pandai mengimami solat memimpin adik -adik
mereka, berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak2 mereka
sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan
pengawasan mereka yang lebih dewasa? Subhanallah, Alhamdulillah.

Moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan i’tibar buat kita semua. Wassalam.





Cerita ini diperolehi daripada email yang dihantar seorang sahabat.

Friday, December 19, 2008

Wasiat Untuk Bakal Isteri....

Sewaktu baca email sahabat-sahabat tiba-tiba terjumpa artikel ini.



Firman Allah s.w.t dalam surah al-Rum ayat ke 21 maksudnya :
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya,
bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterang an (yang menimbulkan kesedaran) bagi
orang-orang yang berfikir.

Menerusi ayat ini kita dapat melihat bahawa antara tanda kesempurnaan kejadian manusia ialah penciptaan teman hidup yang akan meneruskan kesinambungan kehidupan
manusia di bumi. Ayat yang menjurus kepada pembuktian tanda-tanda kekuasaanNya ini menghuraikan satu bentuk dari berbagai bentuk anugerahNya yang seringkali diabaikan.

Para ahli tafsir menitikberatkan permasalahan yang berkaitan dengan Islam dan hokum,
namun suatu perkara yang perlu ditangani ialah memahami mesej ayat dalam rangka realiti atau lebih tepat lagi kaedah menguruskan konflik rumahtangga yang sering dialami oleh pasangan-pasangan yang berkahwin. Mengapakah masalah ini timbul sedangkan mafhum ayat mengkehendaki dnegan perkahwinan adanya keserasian dan kedamaian.

Antara wasiat orang bijaksana yang dicatatkan oleh al-Jahidz dalam kitabnya al-Bayan wa al-Tabyeen tentang perspektif perkahwinan yang membahagiakan ialah pesanan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk
disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal.Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa
cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka. Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'hamba' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'hamba' lelaki bagimu serta
menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

* Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

* Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang tidak cantik daripadamu dan jangan sampai dia mencium bau yang busuk daripadamu.

* Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.


* Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

* Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu mengegkari perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan selamat daripada pengkhianatannya. Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau
bersedih di hadapannya ketika dia berseronok.

* Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu. Jadilah kamu orang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan kehendaknya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kegembiraannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang tidak kamu senangi dan Allah pasti memberkatimu.

walaupun nasihat ini lebih menumpukan kepada aspek bahasa, namun pengajaran yang dikutip di sebaliknya amat membantu kita memahami reality hayat kita di dalam rumahtangga.

Secara ringkasnya, ibrah yang terdapat di sebalik wasiat ibu yang matang ini ialah :

1. Carilah pasangan yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

2. Ketaatan kepada suami adalah wajib selagi beliau tidak menyuruh melakukan maksiat kepada Allah.

3. Kepentigan mengamalkan sikap berlapang dada dan bertolak ansur kerana
ia pasti menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin
Allah.

4. Carilah keberkatan hidup dengan menjaga hubungan dengan Allah,contohnya dengan sentiasa berdoa kepadaNya tanpa menghebohkan kekurangan pasangan nescaya engkau akan dapat kasih sayangnya dan kasih sayang manusia.

5. Para perunding hendaklah sentiasa memberikan semangat terhadap banyaknya peluang untuk pembaik pulihan daripada mencari kelemahan seseorang.

Mudah-mudahan sedikit wasiat berupa pengalaman para hukamak ini dapat menyerikan lagi rumahtangga yang dibina bagi menjamin keberadaan sakinah, mawaddah dan rahmah!

Thursday, December 18, 2008

Kamu boleh melakukan maksiat , TETAPI........

Seorang sufi (Ibrahim bin Adham) didatangi oleh seorang pemuda yang ingin melakukan maksiat. “Wahai tuan guru, bolehkah saya melakukan dosa di dunia ini ?”
Jawab beliau : “Kamu boleh melakukan maksiat tetapi dengan syarat kamu melakukan 5 perkara ini dahulu iaitu :

1. Kamu boleh melakukan maksiat (dosa) tetapi jangan minum rezeki Allah, tak malukah kamu makan dan minum rezeki Allah tetapi suruhan Allah kamu tidak patuhi ?
2. Kamu boleh buat maksiat dengan syarat, carilah alam lain yang bukan milik Allah, tak malukah kamu berpijak di bumi Allah, menjunjung langit allah tetapi kamuberbuat maksiat di situ?
3. Kamu carilah sesuatu tempat di dunia ini yang Allah tidak nampak apa yang kamu buat, tak malukah kamu membuat maksiat sedangkan pada masa yang sama Allah melihat apa yang kamu perbuat.
4. Kalau Malaikat Maut datang, cubalah minta padanya agar ditangguhkan kematian kamu, kalau tidak boleh cuba kamu fikirkan tentang bilakah kamu akan mati ? tidakkah kamu takut Allah akan mencabut nyawa kamu ketika kamu membuat maksiat ?
5. Kamu boleh membuat maksiat tetapi dengan syarat pergilah kamu sendiri ke neraka atau ke syurga setelah kamu dibangkitkan nanti, masalahnya bolehkah kamu berbuat demikian kelak ?

Suatu hari....


Sudah 2 hari pendaftaran pelajar baru pengjian Sarjana sesi 2008/2009 semester II berlalu. Maknanya secara rasminya telah 2 hari saya memegang ‘title’ mahasiswa kembali. Rasa penat juga, bukan kerana penat dengan pendaftaran, tapi penat kerana tiada kerja buat untuk dibuat. Erm menurut Assyahid Imam Hassan Al-Banna, ‘Al-waajibatu aktharu minal auqati’, kewajipan itu lebih banyak daripada masa yang ada. Tapi saya masih sempat berehat-rehat sedangkan masih banyak kerja yang perlu disiapkan dan tertunggu-tunggu untuk dilaksanakan.. Urusan pendaftaran pun belum setel, masih juga sempat-sempat untuk berehat. Tapi bukan saya sengaja berehat-rehat, rehat saya pun otak masih sempat berputar-putar dan bekerja mencari jalan penyelesaian bagi masalah saya alamai sekarang. Bila otak sahaja yang banyak bekerja, tanpa rehat secukupnya boleh menyebabkan penat dan badan automatic akan menjadi lesu. Maka dengan itu hidup perlulah perancangan.

Hari ini, Alhamdulillah, 2 kerja penting telah selesai. Syukron Jazilan kepada kak Na yang banyak membantu. Moga Allah permudahkan kerjamu. Tahniah buat kak na juga kerana dapat Biasiswa National science Fellowship. Lumayan tu. Dia janji nak belanja. (Kena bodek) untuk pengajian sarjananya.




Catatan : catatan dibuat ketika berada Lab Food Bioproses Under Fakuti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber asli. Kak na sedang khusyuk dengan projeknya disebelah ku.

Saturday, December 13, 2008

100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa menghadap Allah (meninggal dunia), sedangkan ia
biasa melalaikan Shalatnya, maka Allah tidak mempedulikan
sedikit-pun perbuatan baiknya (yang telah ia kerjakan tsb)".
(Hadist Riwayat Tabrani)


100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman


1. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
2. Sabar apabila mendapat kesulitan;
3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
8. Jangan usil dengan kekayaan orang;
9. Jangan hasud dan iri atas kesuksesan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksesan;
11. Jangan tamak/ pelit kepada harta;
12. Jangan terlalu ambisius akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan bekeinginan terlalu tinggi yang
melebihi kemampuan diri;
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti perasaan ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu,berjamaah dan di
masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30.Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah
karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan
mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syetan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Bersihkan harta dari hak-hak orang lain;
42. Berlakulah adil dalam segala urusan;
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
46. Perbanyaklah & menyambung silaturahmi;
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
48. Bicaralah secukupnya, jangan berbicara dengan berteriak;
49. Beristri/ bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
53. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
54. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
55. Hormatilah kepada guru dan ulama;
56. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
57. Cintailah keluarga Nabi Muhammad SAW;
58. Jangan terlalu banyak hutang ataupun royal;
59. Jangan terlampau mudah berjanji;
60. Selalu ingat akan saat kematian dan sadar bahwa kehidupan
dunia adalah kehidupan sementara;
61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat
seperti mengobrol yang tidak berguna;
62. Bergaullah dengan orang-orang shaleh;
63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan
dengan kejahatan lagi, balaslah dengan kebaikan;
67. Jangan membenci seseorang karena paham dan pendirian ataupun beda pendapat;
68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuai
pilihan;
70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan;
71. Jangan melukai hati orang lain;
72. Jangan membiasakan berkata dusta;
73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
77. Jangan membuka aib orang lain ataupun berburuk sangka;
78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang
lebih berprestasi dari kita;
79. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

81. Jangan minder karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa
dan negara;
83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang
lain;
84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
86. Hargai prestasi dan pemberian orang;
87. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan
tidak menyenangkan;
89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan
norma-norma agama dan kondisi diri kita;
90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisik atau mental
kita menjadi terganggu;
91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan
pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain
terganggu, dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
94. Jangan cepat percaya kepada berita jelek
yang menyangkut teman kita, sebelum dicek kebenarannya;
95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
96. Sambutlah uluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban
dan keramahan dan tidak berlebihan;
97. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri;
98. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tantangan.
Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
99. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan
dan setiap kejahatan akan melahirkan kerusakan;
100. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya
dengan memiskinkan orang;

Monday, December 1, 2008

Awak sudi jadi isteri kedua saya?

Gambar Hiasan

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan
hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suaraFatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya.
Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah
jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya.

Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah
ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju.

Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, " jawab Fikri.

Gambar Hiasan


SEDARLAH SEMUA…
KALIAN AKAN DIMADUKAN!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…

TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN,
BAHKAN ANDA BUKAN
ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI
TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI
KEDUA!!!
KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU
IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!

PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN…
KEHADIRAN DIRIMU ADALAH
UNTUK BERSAMA
BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM
BUKAN MENJADI
BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…
JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA
SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI
MU
DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN
SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG
PERTAMA
IAITU PERJUANGAN ISLAM!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…

TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA
YANG BAKAL
DINIKAHINYA
ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI
DAN DISAYANGI OLEH
BAKAL ISTERIMU!!!
BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA
YANG
DICINTAINYA….
KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA
IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA…

DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM
DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM.
JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN…
SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR
DALAM SANUBARI ISTERIMU…

BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA
UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…



copyright..