Tuesday, December 23, 2008

Ajarlah anak-anakmu bersolat!!!

Cerita ini saya dapati selepas saya menghadiri sebuah usrah umum baru2
ini. Ustazah menceritakan kisah ini selepas melihat sesuatu yang
menakjubkan ia semasa menziarahi rumah sahabatnya yang mana pasangan
suami isteri tersebut adalah seorang guru biasa.
Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengah hari tapi belum
Zohor. Kedua2 suami isteri ini masih di sekolah. Walaubagaimanapun
beberapa orang dari 8 orang anak mereka ( kesemuanya lelaki yang paling
tua dalam tingkatan satu, yang paling muda masih bayi ) baru pulang
dari sekolah.

Waktu zohor masuk. abang yang tua mengajak semua adik2nya yang baru
pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai Imam. Sewaktu
dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8
tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang
solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah. Dia ikut ruku’
apabila imam ruku’, dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam
memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang
tertinggal. Subhanallah, adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai
masbuk!

gambar hiasan

Ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap
memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak2 yang masih kecil ini
menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau
mana2 orang dewasa dan tanpa disuruh- disuruh.


Ceritanya tak berakhir di situ. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya
itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun
kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak
lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak -anak kecil
semuanya sedang sibuk berwudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan
yang paling tua berumur 13 thn dan yang ke tujuh entah berapa tahun
sibuk mengambil wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal.
Si ayah menunggu anak - anaknya di tikar sembahyang dengan sabar
sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga ( termasuk ustazah ).
Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsu nya yang masih
bayi ( yang sedang jaga ) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis
mengganggu jemaah sepanjang mereka solat.

gambar hiasan

Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ. Ustazah tersebut
ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut
lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah
berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "anak - anak, hari ni ayah
nak beri kuliah mengenai solat dan puasa." Dan 8 orang anak termasuk si
ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah, bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian
diberi kepada anak – anaknya, dia menjawab bahawa itu persediaan dia
dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak -anak lelakinya
yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang2nya Al-Fatehah untuk mereka
jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak2 mereka semuanya
lelaki, akan memimpin, pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat
anak2 mereka terabai tanpa pedoman.

Cuba kita tanya diri kita sendiri, berapa ramai keluarga Islam hari
ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga, berapa ramai
anak2 Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk, berapa ramai
anak2 berumur 13 thn yang pandai mengimami solat memimpin adik -adik
mereka, berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak2 mereka
sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan
pengawasan mereka yang lebih dewasa? Subhanallah, Alhamdulillah.

Moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan i’tibar buat kita semua. Wassalam.





Cerita ini diperolehi daripada email yang dihantar seorang sahabat.

No comments: