Tuesday, January 27, 2009

Hamas,demokrasi Arab,Yahudi Jahanam dan sekutunya

Supaya kita lagi faham apa yg telah, sedang dan akan berlaku....

"Satu satunya Negara Arab yang melaksanakan politik demokrasi pilihanraya ialah kerajaan pemerintahan Hamas.

Negara Arab Suadi, Syria, Jordan, Oman, Kuwait kesemuanya tidak mengamalkan demokrasi berparlimen.

Hamas telah memenangi pilihanraya 2006 mengalahkan Fatah pimpinan Mahmoud Abbas. Namun begitu Mahmoud Abbas didokongi Amerika dan sekutunya Israel telah tidak mengiktiraf kemenangan Hamas.

Malah Abas tidak mahu menyerahkan jawatan Presiden kepada pihak Hamas. Akhirnya Hamas bertapak di kubu kuatnya di sebelah Gaza.
Pihak Fatah berserta Amerika dan Israel tidak puas hati.

Israel telah menubuhkan pasukan bersenjata Fatah. Kemudian Israel melatih dan membekalkan senjata kepada Fatah untuk menyerang dan merebut kawasan Gaza dari pihak Hamas dalam tahun 2007. Sekiranya melawan dengan batu,pisau,pedang dan tombak,tentulah dunia akan mengatakan Hamas bodoh kerana tidak berdaya dan membuang masa.

Sebaliknya Hamas telah melawan untuk mempertahankan diri dengan menggunakan senjata api juga. Hamas berjaya menghalau pasukan bersenjata Fatah yang berbekalkan senjata dan peluru yang berimankan Yahudi dengan mudah..

Malangnya satu dunia yang dikuasai media oleh Yahudi menghebohkan Hamas mendapat kuasa di Gaza dengan cara kekerasan dan peperangan.

Setelah gagal segala usuha Yahudi melalui Fatah,mereka Yahudi meneruskan usaha menghapus Hamas secara terus tanpa melalui Fatah.
Mereka membina tembok,menghalang penduduk Gaza keluar masuk dari kawasan sendiri,memutuskan bekalan air dan api. Perlu diingatkan kepada dunia segala DBKL,TNB,SYABAS, PBT Palestine dizaman PLO,kemudian Fatah adalah dikendali dan diuruskan oleh Yahudi Israel!!.

Dengan itu mereka seringkali boleh menahan duit kerajaan Palestin, memotong bekalan air dan api. Israel juga menutup jalan keluar Gaza ke Mesir melalui Rafah. Yang peliknya kerajaan Mesir juga bersungguh menghalang penduduk Gaza dari melepasi sempadannya. Ketika Gaza diserang Israel,Mesir langsung tidak membantu malahan mengetatkan lagi penutupan sempadannya.

Fatah buat bodoh.

Lebih sedih lagi,seluruh Negara Arab tidak membantu,seluruh Negara Islam tidak membantu,seluruh Negara OIC tidak membantu,seluruh Negara OPEC tidak membantu. Lebih ironi lagi ramai yang marahkan Hamas kerana berani melawan Israel dengan segala apa yang ada biarpun sangat daif.

Apakah kita mahu Hamas dan rakyat Gaza sujud kepada Yahudi Israel baru kita nak simpati. Mereka melawan kerana itulah maruah mereka. Tiada guna menyerah jika diperhambakan dan dilayan seperti binatang.
Sekarang baru BanKiMoon PBB berbunyi,dan segala Negara Arab dan Islam berbunyi. Katanya rakyat Palestin mesti bersatu dengan cara dan syarat Hamas mesti menyerahkan kuasa kepada FATAH!

Pelik bin ajaib.

No comments: