Tuesday, January 27, 2009

Si Ayah Yang Derhaka Kepada Anaknya


Diriwayatkan ada seorang lelaki telah menemui Saidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya. Lalu saidina umar r.a telah memanggil anak lelaki tersebut dan meningatkan si anak tersebut tentang betapa besarnya dosa menderhakai ibubapa.

Si anak tadi bertanyakan kembali kepada saidina Umar r.a "Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibubapnya ?"

Jawab Saidina Umar, "Ya.!"

Anak itu bertanya lagi, "Apakah dia hak-hak mereka (anak-anak)? "

Saidina Umar menjawab bahawasanya hak anak-anak ialah :

"Hendaklah si bapa memilih ibu yang baik untuk anaknya, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajar anak-ankanya al-Quran."

lalu si anak tersebut terus menjawab, "Sesungguhnya bapanya tidak membuat satu pun daripada 3 perkara tersebut. Pertama dia tidak memilih isteri yang baik, ibuku seorang Negro, hamba kepada seorang majusi, kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun) dan ketiga dia tidak mengajarkan ku satu huruf pun daripada al-Quran."

Lalu berkata saidina Umar kepada lelaki (si ayah) tadi, "adakah kamu datang kerana ingin mengadu tentang kederhakaan anakmu... tetapi sebenarnya kamu yang telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu."

Memilih isteri yang sesuai dan baik


Perkara ini penting untuk mendapatkan zuriat yang baik. Diriwayatkan dari ibn Majah bahawasnya nabi saw bersabda maksudnya,
"Pilihlah isteri yang sesuai untuk benih-benih kamu (anak-anak)"

Memberi nama yang baik

Nabi pernah mengubah nama seorang yang bernama Hazen (maksud sedih) kepada Sahal (mudah). Tetapi Hazen tidak bersetuju dengan perubahan itu dengan alasan tidak mahu mengubah nama yang diberikan bapanya. maka berkekalanlah sifat duka padanya selepas itu.
(Riwayat Said al-Musayyib)


Al-Mawardi mengsyaratkan bahawa nama yang baik itu ada 3 perkara:

- Nama asas adalah nama orang-orang soleh
-Hurufnya pendek, senang dan mudah disebut
-Sesuai dengan tuan punya nama sendiri

Memberi pendidikan yang baik berteraskan al-Quran dan Sunnah.


Islam menggesa ibubapa mengambil berat masalah pentarbiyahan anak-anak yang mana pendidikan yang baik adalah saham akhirat selari dengan yang digariskan al-Quran.
dalam surah at-Tahrim:6 maksudnya;
"Wahai orang-orang beriman peliharalah dirikamu dan keluargamu dari api neraka...."

Dalam hadis nabi SAW bersabda;
'Muliakanlah anak-anak kamu dan tunjukkanlah kepada mereka adab yang baik.'
(Riwayat Ibn Majah)

Imam al-Ghazali berkata; " Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa. jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik dan dipersiakan seperti binatang, menderita dan binasalah dia. Dosa juga dipertimpakan ke atas orang yang dipertanggungjawabkan itu."

No comments: