Wednesday, February 18, 2009

Mesti Tengok

Minggu lepas, saya sempat YM dengan sahabat lama ketika di matrikulasi dahulu, merangkap ex-roomate KMPP 2003/2004. Hampir 5 tahun kami tidak jumpa, namun kerana ukhwah yang masih terjalin antara kami, kami masih lagi berhubung melalui sistem teknologi yang serba canggih. Kenangan manis antara kami yang tidak dapat kami lupakan, sewaktu awal semester kedua, di mana duit biasiswa kami masih belum masuk. Kami berdua memang tidak cukup duit dan untuk beli makanan, kami kumpul duit syiling yang kami ada lalu beli makanan untuk dikongsi. Rasa nak menangis waktu itu. Namun kerana kami saling sokong menyokong, kami berlapar dan makan bersama apa yang ada. Hinggakan kami berpuasa untuk berjimat selama seminggu. Ketika itu hubungan kami makin rapat. Walaupun makin rapat, sengketa dan kesilapan tetap berlaku, namun semua itu menjadikan ukhwah kami semakin erat. Alhamdulillah sehingga ke hari ini saya masih sayang dia. Sebelum kami berpisah YM hari tu, dia sempat titipkan saya satu video. Katanya ada makna tersirat disebalik semua itu. Must see.

Syukran sahabat. Video itu buat saya rasa terharu.



video

No comments: