Friday, March 6, 2009

Air Mata




Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan


1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.

3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi pende
ritaan
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pu
ra menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)




Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah men
galir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.




Tangisan dapat memadamkan api Neraka


"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan airmata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s


Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya
lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut


Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis menonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.


Dari itu


Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Junjungan Mulia bersabda:


"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat" seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a


Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan


Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.


1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)



Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."





"sampaikanlah walau satu ayat" -al hadis

15 KESILAPAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK




"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar."
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."
Lalu Rasulullah SAW berkata :
"Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."
-(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung.

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
Saidul (penghulu) Istighfar
Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak.

Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.


2. Kesilapan kedua:

Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : menakutkan anak-anak dengan sekolah menakutkan dengan tempat gelap menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukaumenggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga:

Tidak tegas dalam mendidik anak-anak tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat:

Menegur anak secara negatif mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.



5. Kesilapan kelima:

Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual) ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari
pendidikan rohani


6. Kesilapan keenam:

Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullahkerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(MaksudAl-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh:

Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan:

Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan:
Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh:

Tidak menggantungkan rotan di tempat yangmudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas:

Kurang mendedahkan anak-anak dengan modelyang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas:

Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas:

Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan
memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas:

Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas:

Terlalu bergantung kepada pembantu rumahuntuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satukepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.




Sumber: diubahsuai dari Kuliah Mingguan Surau An-Nur, 10 Jun 1998
oleh Ustaz Khalid Haji Mohd Isa

Thursday, March 5, 2009

Hak wanita memilih bakal suami




Islam memberi jaminan terhadap kebahagiaan kaum wanita. Mereka diberikan hak-hak untuk menentukan samada menerima atau menolak calon suaminya. Tidak seorang pun yang boleh memaksa kaum wanita untuk menentukan calon suaminya, kerana kehidupan berumahtangga tidak bolah didirikan atas dasar paksaan....

"Wanita Solehah Penyejuk Hati"

Islam memberi jaminan terhadap kebahagiaan kaum wanita. Mereka diberikan hak-hak untuk menentukan samada menerima atau menolak calon suaminya. Tidak seorang pun yang boleh memaksa kaum wanita untuk menentukan calon suaminya, kerana kehidupan berumahtangga tidak bolah didirikan atas dasar paksaan....

Islam memberi jaminan terhadap kebahagiaan kaum wanita. Mereka diberikan hak-hak untuk menentukan samada menerima atau menolak calon suaminya. Tidak seorang pun yang boleh memaksa kaum wanita untuk menentukan calon suaminya, kerana kehidupan berumahtangga tidak bolah didirikan atas dasar paksaan.

Allah swt , memberikan setiap perkahwinan itu dengan rasa kasih sayang dan rahmah. Tentu sahaja cinta, kasih sayang dan rahmah tidak akan ada jika perkahwinan itu dilaksanakan dengan paksa. Rasulullah saw bersabdaa maksudnya : "Mintalah pendapat kaum wanita dalam masalah mereka sendiri, janda menentukan dirinya sendiri, sedangkan diamnya gadis menandakan persetujuannya"(HR Tabrani)

Cara yang paling tepat untuk memilih suami yang baik iaitu dengan mengetahui latar belakang kehidupannya. Di zaman Rasulullah saw, untuk mengetahui keadaan calon suami, orang tua atau wali akan bergaul langsung untuk mengenali lelaki tersebut. Umpamanya Rasulullah saw tidak memilih Ali untuk puterinya Fatimah, kecuali baginda mengetahui akhlak dan agamanya.

Islam juga membolehkan kaum wanita menawarkan dirinya kepada lelaki yang soleh. Sikap seperti ini tidak salah kerana bertujuan ingin mendapatkan keredhaan Allah swt dan untuk memperolehi pahala daripadanya samada apakah tawarannya itu diterima ataupun sebaliknya.

Anas ra berkata : Ada seorang wanita yang datang menawarkan dirinya kepada Rasulallah saw dan berkata : Ya Rasulullah saw apakah baginda memerlukan aku?. Puteri Anas ra yang ada di situ mencela wanita tersebut. Kemudian anas ra berkata kepada anaknya itu : Dia lebih baik daripadamu wahai anakku. Wanita tersebut suka dengan nabi dan menawarkan dirinya. Kerana sikap wanita tersebut tidak melanggar tuntutan agama, maka Rasulullah saw tidak mencelanya, maka baginda menolak tawaran tersebut dengan cara berdiam diri, agar tidak melukakan perasaan wanita tersebut.

Islam juga memberi hak kepada kaum wanita agar menolak pasangan yang dijodohkan untuknya atau yang meminang dirinya. Jika orang tua atau wali sesuka hati memaksa kahwin dengan lelaki yang tidak disukai lantaran akhlaknya yang buruk, maka wanita itu berhak menolaknya.

Anis binti Qatadah mempunyai suami bernama Khanfasa` bin Khaddam yang meninggal dunia dalam Perang Badar. Ayahnya mengahwinkannya dengan orang lain secara paksa. Anis Bin Qatadah menghadap Rasulullah saw dan menceritakan nasibnya itu. Ya Rasulullah, ayahku memaksa aku kahwin dengan pilihannya, sedangkan aku lebih menyukai bapa saudara daripada anak-anakku sebagai pengganti suamiku. Maka perkahwinan itu dibatalkan oleh Rasulullah saw, dan Rasulullah saw merestui perkahwinan Anis dengan saudara suaminya, kerana kepentingan wanita tersebut dan anak-anaknya.

Tidak ada yang berhak memaksa seorang gadis untuk kahwin dengan lelaki yang tidak disukainya. Tetapi jika ayahnya telah memilih untuknya suami yang soleh maka itu lebih baik baginya agar menerimanya. Kerana orang tua selalu menginginkan agar anaknya bahagia, serta memperolehi suami yang bertanggungjawab.

Perkahwinan yang berdasarkan paksaan kadang-kala akan menerima kehancuran kerana di antara suami isteri tidak sayang menyayangi dan tidak saling mencintai. Firman Allah swt maksudnya : Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang.(Ar-Rum : 21)

Jika kaum wanita atau gadis ingin memilih calon suaminya sendiri, maka janganlah mengikut keinginan nafsu sahaja. Perhatikanlah aspek keimanan dan ketakwaan yang dimiliki oleh calon suami tersebut. Jangan selalu mengutamakan kedudukan dan harta, kerana kedudukan dan harta boleh lenyap bila-bila masa sahaja. Allah akan menjamin kebahagiaan hidup suatu keluarga di dunia ini jika mereka beriman dan bertakwa kepada Allah swt. Firman Allah swt maksudnya: Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.(An-Nahl :97)

Jangan merasa bimbang jika calon suami tidak mempunyai harta yang banyak. Namun seandainya ia tergolong orang yang bertaqwa dan beramal soleh maka Allah akan memberikan rezeki yang cukup kepadanya. Abu Dzar berkata, bahawa Rasulullah saw bernah bersabda maksudnya : Sesungguhnya aku mengetahui suatu ayat, sekiranya orang ramai berpegang teguh dengannya mereka akan hidup makmur. Kemudian baginda membacakan ayat tersebut maksudnya : Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikan rezeki daripadanya arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu. (Ath-Thalaq :2-3) wallahua'lam

P/s : Kepada seseorang yang pernah bertabyakan saya tentang persoalan ini. Ini jawapannya yang dipetik daripada sebuah blog. moga2 jadi panduan.

Wednesday, March 4, 2009

KISAH KUCING TAK KENANG JASA MANUSIA??


Telah lalu seorang hakim di hadapan rumah seorang lelaki yang sedang
memukul
seekor kucing. Lalu hakim itu bertanya sebab ia memukul kucing tersebut.
Dijawabnya bahawa ia telah menjumpai kucing itu di suatu lorong dalam
keadaan
kesejukan dan lemah. Ia mengambilnya dan memberi makan minum hingga benar-
benar
sihat.Tetapi setelah itu, kucing berkenaan telah membuang najis merata-rata
di
dalam rumahnya.

Hakim tersebut barkata, "Inilah ibarat dan peringatan Allah kepada kita.
Dia
memelihara kita daripada kecil dengan rezeki, pakaian dan segala-galanya.
Tetapi setelah begitu banyak nikmat diberikan, kita kembali durhaka kepada
Allah dengan meninggalkan suruhannya dan melakukan apa yang dilarangNya.
Tetapi
Allah tetap memberi kita rezeki dan rahmatnya walaupun kita derhaka dan
engkar.
Dia masih belum menyiksa dan memukul kita."

Apa pandangan anda? Adakah kita seperti kucing tersebut atau lebih teruk
lagi?

DOA MENCINTAI ALLAH



YA ALLAH…

KURNIAKANLAH UNTUKKU CINTAMU

DAN CINTA ORANG-ORANG YANG MENCINTAIMU

SERTA CINTA YANG DAPAT MENDEKATKAN AKU KEPADAMU

YA ALLAH…

SEGALA PEMBERIANMU YANG AKU SAYANGI

JADIKANLAH IA KEKUATAN BAGIKU UNTUK MENCINTAIMU…

SEGALA YANG ENGAKU PISAHKAN DARIKU

SEDANGKAN IA SANGAT AKU SAYANGI

JADIKANLAH IA RUANG UNTUK CINTAMU DALAM DIRIKU

YA ALLAH…

BERIKANLAH KEKUATAN UNTUKKU MENGUTAMAKAN CINTAMU

BERBANDING CINTAKU KEPADA KELUARGA,

HARTA DAN AIR DI DINGIN KETIKA DAHAGA

YA ALLAH…

BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENCINTAIMU,

PARA MALAIKAT, NABI-NABIMU DAN HAMBA-HAMBAMU YANG SOLEH

YA ALLAH…

HIDUPKANLAH HATIKU DENGAN CINTAMU

DAN JADIKANLAH AKU HAMBAMU YANG ENGKAU CINTAI

YA ALLAH…

BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENCINTAIMU

SEPENUH HATIKU DAN REDHA KEPADAMU DALAM SETIAP USAHAKU


AMIN YA ROBBAL ‘ALAMIN