Thursday, April 30, 2009

DOA UNTUK UMMI dan ABAH


Ya Allah ya Tuhan ku,

Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya
Allah.

Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami
memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
dan bukan pula orang-orang yang sesat.

Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya
Engkau murkai,
aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya
Engkau tuntuti.

Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan
lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu,
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.

Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang
beriman kepadaMu
dan berbakti kepada kedua ibubapaku.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika
aku kecil dan bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka
kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang sedangkan ku tahu,
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh" kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan
merekalah aku berjaya kini, keselesaan sanggup dilupaka
ketika mengandungkan aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
dimalam ini aku terkenang semua itu
dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam
kubur ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak
mungkin dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku.

Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang
soleh yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.
Amin.Amin Ya Rabal a'lamin.........






Dipetik daripada sumber yang tidak diketahui....

Friday, April 24, 2009

Usia Antara Masa



Usia Antara Masa



Lihat dedaunan kekeringan jua
Ku kutip bawa sang bayu
Layu tak berguna
Jiwa manusia di arus usianya
Tersalah tiada makna
Seandai tiba masa


Putaran roda kehidupan
Penuh warna-warna kesamaran
Jika kau ikuti jalanan
Sesat kan penghujungnya
Sedari masa berbeza
Berdetik usia kita
Janganlah terlena hingga ke akhirnya
Sujud pada yang Satu
Teguh keyakinanmu, lenturkanlah keimanan
Kasihmu kepadaNya
Tuhan Yang Satu


Start New Life


Jumaat Yang Bermakna





Usia


Teringat saya kata-kata seorang sahabat lama saya ketika di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang "Pertambahan Usia kita sehari hari adalah bukan pertambahan bilangan angka atau pertambahan tempoh kita hidup, tetapi pertambahan usia yang sebenar adalah pertambahan bilangan kesedaran dan amalan ibadhat kita setiap hari lebih baik dari semalamnya".

Meniti Usia Baru

Dulu, apabila ditanya tentang umur, terasa masih muda untuk saya ungkapkan bahawasanya saya baru 23 tahun. Hari ini, apbila ditanyakan orang, baru saya tersedar bahawa usia saya telah meniti 24 Tahun. Terasa saya semakin tua dan terasa tempoh untuk melakukan amalan ibadhat saya semakin kurang dan sepatutnya kesedaran saya perlu semakin bertambah. Namun terasa amalan masih kurang untuk dinisbahkan dengan tempoh kehidupan saya yang semakin singkat. Sempatkah saya???

Malam tadi kak na bertanyakan tentang azam baru saya di usia baru??? Hanya kak na tahu jawapan saya...:)

Menyusuri Tempoh 23 tahun Kehidupan

Pagi tadi, saya bermuhasabah tentang kehidupan 23 tahun saya yang baru sahaja berlalu. Saya tidak nampak perubahan dan kesedaran pada diri saya melainkan sedikit. Banyak perkara saya telah laksanakan, tetapi gagal, banyak perkara yang belum tercapai, terdapat perkara yang sudah tidak mungkin dicapai, dan masih terlalu banyak perkara yang perlu saya capai. Namun usaha saya masih terlalu sedikit untuk dihitung.

Hari ini saya menutupi buka lama, bukan untuk dibuang tapi untuk dismpan sebagai kengan terindah diambil pengajaran jika perlu. Belajar dari kehidupan dan kesilapan.
Meniti Usia 24

Hari ini, Jumaat yang penuh syahdu, saya memulakan langkah meniti usia 24. Syukur kerana masih diberi pinjaman Allah nikmat umur dan hidup, namun banyak sekali yang telah lalai. Azam saya??? Menyambung azam yang lepas. Kehidupan 23 tahun lalu saya telah tinggalkan dan hanya menjadi satu cerita untuk diambil pengajaran dan muhasabah bagi membuka lembaran baru sejarah masihi. Kadang-kadang mengingati usia yang baru ini penting untuk menyedarkan kita bahawa usia kita semakin berkurang. Tetapi bagaimana amalan kita?? Bukanlah dengan mengingati kelahiran ini untuk mengingatkan kita tentang seronoknya kehidupan, tetapi apakah kita telah merancang kehidupan yang bagaimana kita akan jalani dan lorong-lorong mana yang akan kita lalui. Usia 24 tahun ini adalah usia yang mencabar bagi saya kerana InsyaAllah andai masih diberi pinjaman oleh Allah nikmat umur dan kehidupan, saya bakal melalui frasa baru kehidupan saya yang saya tidak ketahui coraknya dan perlu membuat persediaan untuk melaluinya. Apakah saya akan berdiam diri dengan kehidupan yang bakal saya lalui??? Tentunya tidak dan pastinya kita akan merancang dengan harapan perancangan kita selari denga perancangan Allah buat kita. Merancanglah berdasarkan iktibar dan ibrah yang kita perolehi daripada kehidupan lalu. Kadang-kadang timbul keatakutan dalam diri pada kehidupan esoknya kerana saya tidak tahu kehidupan yang bagaimana bakal saya jalani. Sememangnya itulah fitrah manusia takut kepada sesuatu yang tidak kita tahu.

Graf Kehidupan

Teringat halaqoh bersama adik-adik ketika membuat aktiviti graviti "graf kehidupan". Masing-masing diminta melakar satu graf garis mengenai saat penting dalam kehidupan di mana jatuh bangunnya mereka, gagal dan berjaya dan pahit dan manis mereka. hasilnya bermacam-macam graf yang dilukis adik-adik tentang kehidupan mereka bermula usia 10 tahun sehingga 17 tahun. seandainya saya melukis graf kehidupan saya pasti graf itu adalah satu graf yang sangat tidak konsisten dengan turun naiknya kehidupan. Hatim Azzahid berkata : 4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara
1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua
2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena bala
3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit
4) Hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati





Wednesday, April 22, 2009

KU Hadir Pada MU


Semalam saat yang terlalu emosi bagi saya. Masakan tidak dalam kepala ini ada berbagai-bagai perkara untuk difikirkan bermula dari yang sekecil2 perkara sehingga kepada serumit-rumit perkara. Semua perkara yang mengganggu emosi saya kalau dilihat dari suatu sudut, bukanlah perkara yang besar, tapi disebabkan ia berlaku di saat saya hendak menduduki final paper esok, jadi ia sangat memberi tekanan kepada jiwa.
Petangnya, kak Adil dan kak syida balik. Mereka ajak gi round2 taman. Aduhai, dah lah otak penat, apatah lagi badan ini tak mampu untuk degerakkan, mungkin pengaruh tekanan. Kak Adil seperti biasa dengan sifat ke'kakak'kannya itu bertanya khabar saya hari. ternyata kak adil pandai bermain emosi. Dia layan 'mood' saya dengan pujukan manjanya. Entah mengapa saya tiba-tiba terus jadi mengidam nak makan ais krim, rupanya idaman saya dilayan kak adil dan kak syida. Sungguh, kamu kakak yang istimewa dan pandai memujuk. Petang itu hasrat nak makan aiskrim tertunai.

Malamnya, sahabat saya meranggkap adik penghibur jiwa sms. Sungguh, di setiap kedukaan saya pasti dia hadir menghibur. Sungguh, kau adik yang Istimewa. rasanya saya ini kakak yang dimanjainya. Alhamdulillah, walaupun masalah tak selesai jua, namun kehadiran sahabat penghibur bicara buat saya sangat bersyukur dikelilingi sahabat yang sangat baik dan penghibur. Namun sepanjang hari semalam, apa yang saya dapat sungguh Allah tidak menyalahi janjiNya. Alhamdulillah Dia hadir di saat saya memanggil-manggilNya. DIA kirim sahabat2 pengubat duka, tanda kasihNya. Ya Allah kerdilnya diri dan zalimnya aku seandainya nikmatMu jarang ku syukuri, kasih sayangMu pula tidak pernah bertepi. Ya Allah jadikanlah aku hamba yang taat dan mensyukuri nikmatMU.

Tuesday, April 14, 2009

Senandung Kasih Untuk Ummi n Abah (10 April 2009)

Buat Umi dan Abah...
Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang Ke-29...
Semoga Allah memberkati hidup Umi dan Abah dan dipanjang jodoh
hingga ke akhir hayat dan hingga ke syurga...
Semoga diberkati umur ummi dan abah dengan menjadikan ummi dan abah sentiasa melaksanakan amalan soleh dan bermanfaatdan dikurniakan rezeki yang penuh bearkah...
Dipermudahkan segala urusan, dikurniakan ketabahan dan dipelihara Allah setiap masa...
Doakan kami anak-anakMu menjadi hamba Muslim yang mukmin dan soleh yang ganjarannya mendoakan kalian diberi ganjaran jannah yang indah.

" Allahummaghfirli waliwaa lidayya warhamhuma kama robbayani soghiiraa.."
Amin...Amin... YA Rabb.

p/s: Umi dan Abah...
Ampunilah segala kesilapan kami dan redhailah kami.
Penghargaan terima kasih yang tidak terhingga
dan sekalung kasih sayang yang tidak terucap dari kami
atas didikan duniawi dan ajaran ukhrawi
yang diberikan sehingga kemi sampai ke tahap ini.
Moga Allah memberkati hidup kita, Amin



Sumber blog fairuzfirdausi.blogspot.com

Saturday, April 4, 2009

Kiriman Doa

Dah nak masuk sebulan saya tak mencoret sesuatu diblog ni. Hari ni rasa terpanggil untuk menulis walaupun bukan sesuatu yang penting tetapi cukup menenangkan hati. Kak Na merangkap homemate (housemate + roomate) dan 2 sahabat lagi Syifa' dan Kak Ita dah berangkat ke Bukit Gantang. Terasa sayu pula bila mereka ke sana. Sayu sebab tak dapat ikut mereka ke sana. Asalnya saya telah berkesempatan untuk ke sana, namun disebabkan kerja dan assignment yang diberi Doktor agak last minute, terpaksa cancel last minute juga. Teringin sangat nak tengok YB Nizar secara close-up (bahasa yang dipelajari dr kak Adil), tapi dah tak ada rezeki. Yang lebih menyayukan hati tak dapat bersama2 menggembling tenaga untuk perjuangan Islam di sana. Rasanyta dah lama tenaga-tenaga ini tidak digunakan untuk amal-amal Islamiy. HU HU Sedih. Bila lagi lah peluang seperti ini akan dapat. Namun, Allah telah mengaturkan perancanganNya untuk saya, maka tak dapat join sahabat2 kesana. Teringat Pesan Sahabt, kalau dah tak mampu bagi apa2, mg2 doa yang dipanjatkan dan diperpanjang kepadaNya membantu kejayaan jentera-jentera Islam di sana. Aminn..

"Ya Allah, bantulah hamba-hambaMu yang sedang memperjuangkan syariatMu di Bukit Gantang... Amin"