Friday, April 24, 2009

Jumaat Yang Bermakna





Usia


Teringat saya kata-kata seorang sahabat lama saya ketika di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang "Pertambahan Usia kita sehari hari adalah bukan pertambahan bilangan angka atau pertambahan tempoh kita hidup, tetapi pertambahan usia yang sebenar adalah pertambahan bilangan kesedaran dan amalan ibadhat kita setiap hari lebih baik dari semalamnya".

Meniti Usia Baru

Dulu, apabila ditanya tentang umur, terasa masih muda untuk saya ungkapkan bahawasanya saya baru 23 tahun. Hari ini, apbila ditanyakan orang, baru saya tersedar bahawa usia saya telah meniti 24 Tahun. Terasa saya semakin tua dan terasa tempoh untuk melakukan amalan ibadhat saya semakin kurang dan sepatutnya kesedaran saya perlu semakin bertambah. Namun terasa amalan masih kurang untuk dinisbahkan dengan tempoh kehidupan saya yang semakin singkat. Sempatkah saya???

Malam tadi kak na bertanyakan tentang azam baru saya di usia baru??? Hanya kak na tahu jawapan saya...:)

Menyusuri Tempoh 23 tahun Kehidupan

Pagi tadi, saya bermuhasabah tentang kehidupan 23 tahun saya yang baru sahaja berlalu. Saya tidak nampak perubahan dan kesedaran pada diri saya melainkan sedikit. Banyak perkara saya telah laksanakan, tetapi gagal, banyak perkara yang belum tercapai, terdapat perkara yang sudah tidak mungkin dicapai, dan masih terlalu banyak perkara yang perlu saya capai. Namun usaha saya masih terlalu sedikit untuk dihitung.

Hari ini saya menutupi buka lama, bukan untuk dibuang tapi untuk dismpan sebagai kengan terindah diambil pengajaran jika perlu. Belajar dari kehidupan dan kesilapan.
Meniti Usia 24

Hari ini, Jumaat yang penuh syahdu, saya memulakan langkah meniti usia 24. Syukur kerana masih diberi pinjaman Allah nikmat umur dan hidup, namun banyak sekali yang telah lalai. Azam saya??? Menyambung azam yang lepas. Kehidupan 23 tahun lalu saya telah tinggalkan dan hanya menjadi satu cerita untuk diambil pengajaran dan muhasabah bagi membuka lembaran baru sejarah masihi. Kadang-kadang mengingati usia yang baru ini penting untuk menyedarkan kita bahawa usia kita semakin berkurang. Tetapi bagaimana amalan kita?? Bukanlah dengan mengingati kelahiran ini untuk mengingatkan kita tentang seronoknya kehidupan, tetapi apakah kita telah merancang kehidupan yang bagaimana kita akan jalani dan lorong-lorong mana yang akan kita lalui. Usia 24 tahun ini adalah usia yang mencabar bagi saya kerana InsyaAllah andai masih diberi pinjaman oleh Allah nikmat umur dan kehidupan, saya bakal melalui frasa baru kehidupan saya yang saya tidak ketahui coraknya dan perlu membuat persediaan untuk melaluinya. Apakah saya akan berdiam diri dengan kehidupan yang bakal saya lalui??? Tentunya tidak dan pastinya kita akan merancang dengan harapan perancangan kita selari denga perancangan Allah buat kita. Merancanglah berdasarkan iktibar dan ibrah yang kita perolehi daripada kehidupan lalu. Kadang-kadang timbul keatakutan dalam diri pada kehidupan esoknya kerana saya tidak tahu kehidupan yang bagaimana bakal saya jalani. Sememangnya itulah fitrah manusia takut kepada sesuatu yang tidak kita tahu.

Graf Kehidupan

Teringat halaqoh bersama adik-adik ketika membuat aktiviti graviti "graf kehidupan". Masing-masing diminta melakar satu graf garis mengenai saat penting dalam kehidupan di mana jatuh bangunnya mereka, gagal dan berjaya dan pahit dan manis mereka. hasilnya bermacam-macam graf yang dilukis adik-adik tentang kehidupan mereka bermula usia 10 tahun sehingga 17 tahun. seandainya saya melukis graf kehidupan saya pasti graf itu adalah satu graf yang sangat tidak konsisten dengan turun naiknya kehidupan. Hatim Azzahid berkata : 4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara
1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua
2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena bala
3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit
4) Hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati





No comments: