Wednesday, May 13, 2009

ANAK-ANAKKU SAYANG



ANAK-ANAKKU SAYANG
KALAU MENJADI BATU
JANGAN MENJADI BATU DITEPI JALAN
TIADA NILAINYA, TIADA HARGANYA
DIPIJAK ORANG DISEPAK ORANG
TETAPI ANAK-ANAKKU SAYANG
JADILAH BATU INTAN
JADILAH BATU PERMATA
YANG BERKILAU YANG BERSINAR
DIHARGAI ORANG

ANAK-ANAKKU SAYANG
KALAU MENJADI KAYU
JANGAN MENJADI KAYU BIASA
YANG REPUT YANG RAPUH YANG PATAH
DIBUANG ORANG MERATA-RATA
TETAPI ANAK-ANAKKU SAYANG
JADILAH KAYU JATI
KAYU YANG MANTAP
MAHAL HARGANYA
DIHARGAI ORANG

ANAK-ANAKKU SAYANG
KALAU MENJADI MANUSIA
JANGAN MENJADI MANUSIA BIASA-BIASA
LONGGAR JIWANYA
RAPUH IMANNYA
SEMPIT MINDANYA
GELAP MASA DEPANNYA
TETAPI ANAK-ANAKKU SAYANG
JADILAH MANUSIA LUAR BIASA
GAH JIWANYA
KENTAL IMANNYA
TERTIB SOLATNYA
QURAN JUADAHNYA
LUAS PANDANGANNYA
GEMILANG MASA DEPANNYA

ANAK-ANAKKU SAYANG
PERAHU SUDAH DI AIR
PENDAYUNG SUDAH DI TANGAN
FIKIRLAH RENUNGLAH
KATAKAN PADA DIRIMU
BAHAWA SAYA TIDAK MEMILIH
UNTUK MENJADI MANUSIA BIASA
TETAPI SAYA MEMILIH
UNTUK MANJADI MANUSIA LUAR BIASA

WAHAI AYAH WAHAI IBU
SAKSIKAN PERUBAHAN ANAK-ANAKMU
PADA HARI INI
AKAN MELAHIRKAN INSAN YANG
CEMERLANG DI DUNIA
GEMILANG DI AKHIRAT

Snail Motivation

MOTIVATION

When someone tells you that you can't do something...


Look around...

Consider all options...

Then GO for it!

Use all the things God gave you!

Be creative!


In the end, you will succeed and prove them wrong!

Always remember

"Nothing is impossible, if your heart is willing "

Segalanya tiada yang mustahil dengan izin Allah.. InsyaAllah.


Pengajaran sebaliknya :
** Dan tidaklah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia melainkan padanya terdapat pengajaran dan iktibar yang berguna bagi orang yang berakal.
** Dan janganlah kamu merasa kecewa dan putus asa terhapa hasil usaha kamu kerana Allah tidak memandang hasil kita, tapi Allah Maha Adil dan Penyayang menilai setiap usaha kita dengan nilaian kasih dan sayangnya.







Telah diedit dari sumber : alumniiqra'

3 PENYAKIT SERING BERKUMPUL DENGAN SAUDARA SEAGAMA


Sekadar gambar hiasan

Dalam Kitab 'Al-Fawaid', berkata Ibnul Qoyyim Rahimahullah, "Berkumpul dengan ikhwan (saudara seagama) itu ada 2 bentuk :

Pertama :
"kumpul-kumpul sekedar mengisi waktu. Bahayanya lebih besar dari manfaatnya. Dan minimal, hal ini akan merusak hati dan menyia-nyiakan waktu.

Kedua :
"berkumpul dalam rangka Ta'awun (tolong-menolong) dalam mencari sebab-sebab keselamatan, dan saling taushih (memberi nasehat) dengan kebenaran dan kesabaran. ini adalah kekayaan yang paling mahal dan paling bermanfaat.

Akan tetapi didalamnya ada 3 penyakit,yaitu

Pertama, munculnya sikap saling membanggakan diri.
Kedua, pembicaraan dan percampuran lebih dari keperluan.
Ketiga, bila hal tersebut menjadi kesukaan dan kebiasaan, hingga melenyapkan maksud perkumpulan tersebut.

Tuesday, May 5, 2009

Suatu Hari Yang Damai....


Gambar Kek ni adalah peristiwa yang berlaku malam tadi. Kak Adil n kak Na (Kedua2 bukan nama sebenar) belanja makan kek hari lahir untuk saya dan kak syida. Kebetulan birthday kami dekat je (Kak syida 27 April). Kak na masak meehun sup (satu kejayaan pada kak na kerana semakin hari sup kak na makin sedap. maklumlah tiap minggu pasti kak na ada masak sup). kak adil pula goreng karipap Tapi lupa nak ambil gambar meehun sup dan karipap. Maaf banyak-banyak. gambar buku bersepah kat atas tu adalah buku2 study saya untuk last paper hari ini (FDM). Alhamdulillah, selesai. Lpas ni kn fikir benda lain pula.





Ni makanan gorengan kak na. entah knapa tiba-tiba kak adil balik malam tu nak makan burger, belanja saya dan kak na.


Ni burger yang kak adil belanja. Sampai Muak kami makan. Dengan kek cheese yang kak na bawa balik dari LAB.


Ni hadiah daripada kakna. cantik baju ni. Kalau nak tempah boleh Contact Kak na di n0---- sebab kak na pengedar baju. atau layari blognya http://tinta-mutiara.blogspot.com/


ni hadiah daripada kak syida. erm dalamnya adalah sebuah rumah impian.

Hadiah daripada kak adil pula, dia bawa saya jalan-jalan naik kereta dan dia nyanyi lagu untuk saya. lagunya...

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
“Bersatu, Bersetia, Berkhidmat”
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

erm macam2. Tapi dia tak ingat pun lagu ni. lirik reka2.



Apepun entry ini sekadar ucapan terima kasih buat teman serumah kak na, kak adil kak syida. Kak Ayed tiada pada masa kejadian. Apapun selamat maju jaya dan semoga diberkati hidup selalu. moga rahmat Allah dan hidayahnya bersama kamu selalu. dan saya juga.



LELAKI YG HEBAT!!



Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.


Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna,d isolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.


Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku.
Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."
Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.





Sumber: Daripada seorang sahabat yang telah mengemailkan kepada saya. Sumber asal tidak diketahui. untuk tazkirah dan renungan.