Thursday, December 31, 2009

Cerita Pengajaran

Watak Utama
Sepasang Suami dan Isteri, Si Tikus, Sang ayam, Si Kambing , Si Lembu dan sang Ular






Buat renungan hari ini.....

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja.
Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan
gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka
dari pasar agaknya?”
Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang
tikus naik panik bukan kepalang.
Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di
rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!”
Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!”
Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada
kena-mengena dengan aku.”

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti
tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi
tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan
aku.”
Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku.
Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali.. Takkanlah
sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?”
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular
berkata, “Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah
nak membahayakan aku.”

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia
akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah
terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi
menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya,
ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang
terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri
pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya
tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik
berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun
tetap sahaja demam.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana
percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang
si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat
sup.
Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman
menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya
untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan
akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang
suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak
dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya
untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.
Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari
kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan
lagi.
Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar
seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda,
fikirkanlah sekali lagi.







Diemail oleh Asinfer
Sumber Website : www.kurita.com.my

No comments: