Thursday, September 30, 2010

Wahai Puteriku.. Dengarlah Ini Baik-Baik


Nasihat Ibunda Umamah Bunti harith kepada puterinya Ummu Iyyas binti Auf bin Muhallam As syaibani yang akan bernikah dengan Raja Kindah Amru bin Hijr. Sebelum akad nikah berlangsung, ibu Ummu Iyyas telah masuk bertemu anaknya dan berpesan:

Wahai puteriku, jagalah baik-baik 10 perkara, kelak kamu akan memiliki Perbendaharaan Rumahtangga.

1) Temanilah suamimu dengan sifat Qana'ah (terima seadanya). Hormatilah dia dengan menggembirakannya dan berikanlah kepuasan kepadanya.

2)Turutilah perintah suamimu sebaik-baiknya.

3)Awasilah sorotan kedua matanya jangan sampai suamimu melihat sesuatu yang buruk padamu.

4)Awasilah hidungnya jangan sampai suamimu mencium sesuatu kecuali bau yang paling sedap dan nyaman.

5)Jagalah baik-baik waktu tidur suamimu jangan sampai tidurnya terganggu kerana ia membawa kemarahan.

6)Jagalah baik-baik waktu makannya jangan sampai dia lapar kerana lapar itu menimbulkan kemarahan.

7)Jagalah baik-baik harta benda suamimu dengan cermat dan aturkanlah perbelanjaan keluar masuk harta atau wang nya dengan sebaiknya.

8)Jagalah anak-anaknya, keluarga dan pembantu rumahtangga suamimu sebaik-baiknya.

9)Janganlah melawan ayau menderhaka perintah suamimu kerana perkara itu menyedihkannya.

10)Janganlah kamu membuka rahsia suamimu kerana dengan itu nescaya kamu tidak akan terselamat darinya (dunia dan akhirat).


Semoga diri ini menjadi yang solehah untuk suami tercinta. Amin...









Petikan dari : 'Nasihat ibu bapa untuk anak puterinya yang bakal bernikah' disusun oleh AbdulRaufTalip; (Pondok Tarbiyatul Quran Melaka)



~Sesungguhnya Solatku, Ibadhatku, Hidupku dan Matiku Kerana Allah, Tuhan Seluruh Alam~

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Datang Lagi...


Alhamdulillah, akhirnya dengan izin Allah sampai lagi saya kepada Ramadhan tahun ini. Berbeza dengan ramadhan ini dan ramadhan yang lalu, semuanya memberi kelainan kepada setiap ramadhan saya. Jika ramadhan yang lalu, adalah puasa pertama bersama suami, ramadhan tahun ini pula puasa pertaama saya bersama anak saya... Alhamdulillah ramadhan kali ini, kami bertiga. Erm, cabaran nya usah dikata, sangat berat sedikit berbanding yang lalu. Ramadhan tahun ini memerlukan saya membuat persediaan yang banyak seperti penyimpanan stok susu yang banyak untuk anak saya. Semoga Allah memberikan rezeki dan kekuatan yang banyak untuk saya terus berpuasa dan melakukan ibadhat dengan lebih baik. Amin...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

~Sesungguhnya Solatku, Ibadhatku, Hidupku dan Matiku Kerana Allah, Tuhan Seluruh Alam~

Sunday, August 8, 2010

Doa untuk Anak Soleh dan Solehah...


PRAY FOR RIGHTEOUS CHILD

DOA UNTUK ANAK SOLEH

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

SURAH ALI-IMRAN AYAT 38

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

At that time Zakariyya invoked his Lord, saying: “O my Lord! Grant me from You, a good offspring. You are indeed the All-Hearer of invocation.”

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

DOA AGAR ANAK2 MENGERJAKAN SOLAT
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40

رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ

“O my Lord! Make me one who performs Salah, and (also) from my offspring, our Lord! And accept my invocation.

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.


DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK2 YG NAKAL
SURAH TAHA AYAT 1-6

طه

1. Ta Ha

مَآ أَنَزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقَى

2. We have not sent down the Qur’an unto you to cause you distress,

إِلاَّ تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى

3. But only as a Reminder to those who fear (Allah)

تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَق الاٌّرْضَ وَالسَّمَـوَتِ الْعُلَى

4. A revelation from Him Who created the earth and high heavens

الرَّحْمَـنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

5. The Most Gracious Istawa the Throne

لَهُ مَا فِي السَّمَـوَتِ وَمَا فِي الاٌّرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى

6. To Him belongs all that is in the heavens and all that is on the earth, and all that is between them, and all that is under the soil


DOA AGAR DIBERI ZURIAT YG MENYEJUKKAN HATI

SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

“Our Lord! Bestow on us from our wives and our offspring the comfort of our eyes, and make us leaders of those who have Taqwa.”

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.


AJARKAN ANAK-ANAK DOA UNTUK IBUBAPA

SURAH IBRAHIM (14) AYAT 41

رَبَّنَا اغْفِرْ لِى وَلِوَالِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

“Our Lord! Forgive me and my parents, and (all) the believers on the Day when the reckoning will be established.”

Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.


Doa agar anak2 patuh pada Allah SWT
SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128
Align Center

Doa agar anak2 mengerjakan Solat
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40-41

Doa melembutkan hati anak2 yg nakal
SURAH TAHA AYAT 1-6

Doa agar diberi zuriat yg menyejukkan hati
SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74




sumber:http://anakkusoleh.wordpress.com



~Sesungguhnya Solatku, Ibadhatku, Hidupku dan Matiku Kerana Allah, Tuhan Seluruh Alam~

Thursday, July 1, 2010

Hadiah Di Hari Ibu...



‘Usamah bin Zaid r.a menceritakan, Muhammad Rasulullah s.a.w berdoa ketika memangku Hasan dan Husein: ” Kedua anak ini adalah anakku dan cucu dari anak perempuanku. Oleh karena itu, Ya Allah, sungguh aku sungguh mencintai keduanya. Maka cintailah mereka, dan cintailah pula orang-orang yang mencintainya” (HR. Tirmidzi. ia menyatakan bahwa hadits ini Hasan Ghorib)

Alhamdulillah... setelah penantian selama sembilan bulan, genap 39 minggu kehamilan saya, maka telah lahirlah seorang puteri, mujahidah, insyaAllah bakal hafizah yang pertama saya. Nama di beri Raihanah Binti Nizar, dengan berat semasa lahirnya 2.95 kg. Raihanah dilahirkan pada 9 Mei 2010 pada jam 5.30 pagi di Hospital Kota Bharu.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar, betapa gembira dan bersyukurnya dengan kelahiran seorang cahaya mata yang mana telah melengkapkan definisi sebuah keluarga asas saya. Alhamdulillah ya Rabb.. Engkau telah mempermudahkan jalan bagiku. Dengan izinMu, Raihanah telah dilahirkan dengan begitu mudah tiada komplikasi seperti sebelum kelahirannya. Alhamdulillah ya Rahim, Engkau telah mengurniakan ku seorang suami yang terbaik yang menemaniku sepanjang perjalananku sebagai seorang isteri dan kini seorang ibu, Engkau kurniakan aku seorang ibu yang sentiasa memberikan semangat dan nasihat buat ku.. Engkau mengurniakan ku seorang ayah yang sentiasa rela berpayahan..

Lahirnya seorang anak maka lahir jugalah seorang ibu.. Pada hari itu, saya telah mendapat satu hadiaah istimewa daripada Allahu Rabbi. Hadiah hari ibu.. Seorang cahaya mata dan gelaran seorang ibu... Ya Allah Engkau peliharalah anakku dan Engkau jagailah anakku...


Ya Ghaffar, ya Rahim
Kau letakkan di rahim kami anak-anak negeri ini
Kau amanatkan diri-diri mereka pada lindungan kasih-sayang kami
kau percayakan jiwa-jiwa mereka pada bimbingan ruhani kami
Kau hangatkan tubuh-tubuh mereka dengan dekapan cinta kami
Kau besarkan badan-badan mereka dengan aliran air susu kami

Tuhan kami, kami telah sia-siakan kepercayaan-Mu
kesibukan telah menyebabkan kami melupakan amanat-Mu
hawa nafsu telah menyeret kami untuk menelantarkan buah hati kami
tidak sempat kami gerakkan bibir-bibir mereka untuk berzikir kepada-Mu
tidak sempat kami tuntun mereka untuk membesarkan asma-Mu
tidak sempat kami tanamkan dalam hati mereka kecintaan kepada Nabi-Mu

Kami berlomba mengejar status dan kebanggaan
meninggalkan anak-anak kami dalam kekosongan dan kesepian

Kami memoles wajah-wajah kami dengan kepalsuan
membiarkan anak-anak kami meronta dalam kebisuan

Kami terlena memburu kesenangan
sehingga tak kami dengar lagi mereka menangis manja
sambil memandang kami dengan pandangan cinta
seperti dulu, ketika mereka mengeringkan air mata mereka
dalam kehangatan dada-dada kami

Dosa-dosa kami telah membuat anak-anak kami
menjadi pemberang, pembangkang, dan penentang-Mu

Dosa-dosa kami telah membuat hati mereka
keras, kasar, kejam, dan tidak tahu berterima kasih

Sebelum Engkau ampuni mereka, Ya Allah
ampunilah lebih dahulu dosa-dosa kami

Ya Allah, berilah kami peluang untuk mendekap tubuh mereka
dengan dekapan kasih sayang kami
berilah kami waktu untuk melantunkan pada telinga mereka
ayat-ayat Alquran dan Sunnah Nabi-Mu

Berilah kami kesempatan untuk sering menghadap-Mu
dan memohon kepada-Mu seusai salat kami
untuk keselamatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan anak-anak kami

Bangunkan kami di tengah malam untuk merintih kepada-Mu
mengadukan derita dan petaka yang menimpa anak-anak negeri ini.
Izinkan kami membasahi tempat sujud kami
dengan air mata penyesalan akan kelalaian kami

Wednesday, April 21, 2010

Kisah Abu Mihjan R.A - SI PEMINUM ARAK TEGAR



Tarbiyah, Islah dan Perjuangan Islam yang Perlu Seiring...


Kisah Abu Mihjan ini pertama kali saya dengar ketika mengikuti kuliah Dr Abd Aziz Hanafi yang mengupas Tafsir Fi Zilal al-Qur'an. Sebagai seorang ulama yang hebat, Dr Abd Aziz Hanafi mengambil masa yang agak lama sekadar untuk mengupas mukadimah kitab ini. Salah satu kupasan yang menarik apabila beliau menjelaskan tentang hadith: "sesungguhnya Allah menolong agama Islam ini dengan lelaki yang melakukan dosa". Dalam mengupas hadith ini, beliau menjelaskan tentang peristiwa seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Abu Mihjan r.a. yang merupakan peminum arak tegar.

Dalam peperangan al-Qadisiyyah melawan tentera Farsi yang dipimpin oleh panglima tenteranya yang terkenal Rostum, Abi Mihjan telah turut sama untuk mengejar shahid. Tentera Islam ketika itu dipimpin oleh Sa`ad bin Abi Waqqas r.a. Setelah berperang beberapa ketika, sewaktu tentera Islam berehat, Abu Mihjan telah mengambil kesempatan untuk minum arak. Lalu beliau ditangkap oleh tentera Islam dan dihadapkan kepada Sa`ad bin Abi Waqqas. Dengan merujuk kepada hukum hudud, Sa`ad telah menetapkan bahawa Abu Mihjan akan dijatuhkan hukuman sebat sejurus dia sedar daripada mabuknya.

Lalu Abu Mihjan telah dikurung sementara menanti hukuman, manakala tentera Islam pimpinan Sa`ad mara ke medan meneruskan peperangan. Peperangan yang meletus begitu hebat sehingga tentera Islam telah terkepung di tengah-tengah tentera Farsi. Apabila Abu Mihjan sedar daripada mabuknya, beliau menyedari tentera Islam telah mara ke Medan, lalu beliau meminta kepada isteri Sa`ad bin Abi Waqqas untuk dilepaskan agar boleh menyertai tentera Islam untuk meneruskan jihad. Pada awalnya isteri Sa`ad berat untuk melepaskannya, tetapi setelah Abu Mihjan berjanji akan kembali semula untuk menerima hukuman, beliaupun dilepaskan.

Di tengah-tengah kepungan tentera Farsi itu, tiba-tiba muncul seorang tentera berkuda yang menutup muka, merempuh kepungan tentera Farsi tersebut. Tentera itu sangat hebat dan pantas, sehingga berjaya memecahkan kepungan tentera Farsi tersebut. Setelah selesai pertempuran hari itu, tentera-tentera Islam yang kembali bercerita antara satu sama lain tentang kehebatan tentera berkuda tersebut. Lalu salah seorang daripada mereka menyebut kemungkinan Allah swt telah mendatangkan pertolongan dari kalangan tentera Malaikat. Apabila Sa`ad mendengar kata-kata tersebut, beliau menyatakan: "dia bukan tentera Malaikat kerana kuda yang ditunggangnya adalah kuda aku".

Sa`ad Ibn Waqqas seterusnya mengkhabarkan bahawa tentera berkuda itu adalah Abu Mihjan yang menanti hukuman hudud kerana meminum arak. Kisah ini dapat dibincangkan oleh para ulama berhubung dengan pelaksanaan hukum hudud semasa perang. Terdapat beberapa riwayat yang menyebut Abu Mihjan kemudiannya telah dilepaskan daripada hukuman itu, dan beliau telah bertaubat untuk tidak lagi meminum arak. Janji Abu Mihjan itu telah ditunaikan, apabila beliau tidak lagi meminum arak sehingga kematiannya. Semoga kisah ini dapat menjadi iktibar kepada kita semua.




Kesimpulan : Tarbiyah, Pengislahan diri atau hijrah kepada yang lebih baik perlu selari dengan perjuangan dan dakwah islamiyyah kita... Moga-moga kita sentiasa di atas jalan kebenaran dan jalan dakwah..


:- Harapan kita Zaid Ibrahim akan mencontohi Abu Mahjan r.a.





SUMBER.: MSK-NET@YAHOOGROUP.COM

Tuesday, April 6, 2010

Salam Sejahtera Buat Suami Tercinta




Hari ini genap 10 bulan usia pernikahan kami...
Semoga Allah merahmati usia perkahwinan kami dan memberkati perkahwinan kami.
Semoga Redho MU ya Allah menuntun kami hingga ke SyurgaMU...

Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci.
Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu.
Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai.
Jadikan kami Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan
tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan.
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya.
Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami,
penglihatan kami,
hati kami,
suami/isteri kami,
keturunan kami dan
ampunilah kami.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.

Amiin…

Sunday, January 10, 2010

Romantic Ideas...

CHAPTER 13: 101 ROMANTIC IDEAS

Berikut adalah beberapa idea yang romantic untuk diaplikasi kepada suami atau isteri atau sahabat baik kita. Idea ini tidak sesuai untuk orang yang bercinta kerana tidak perlu menambah dosa. InsyaAllah berbuah pahala bagi insan yang kita sayangi kerana menggembirakan mereka. Selamat mencuba. have fun!



IDEA # 1

If your partner is going away for a few days, tell her that you are worried about her so you have organized a bodyguard to look after her. Then give her a small teddy bear.


IDEA # 2


Buy a packet of glow in the dark stars and stick the stars on the roof above your bed to spell out a message such as "I Love You" When the lights go down, your message will be revealed!


IDEA # 3


On a special occasion, buy your partner eleven real red roses and one artificial red rose. Place the artificial rose in the center of the bouquet.

Attach a card that says:

“I will love you until the last rose fades.”


IDEA # 4


Buy the domain name of your partner's name if it is available for example www.TanyaJohnston.com. Create a web page containing a romantic poem and a picture of a rose. When your partner is surfing the web, casually ask whether she has ever checked to see whether her domain name is taken. Let her type it in to discover her page.


IDEA # 5


Buy a stylish hand mirror and give it to your partner as a gift. Include a card in the box saying


“In this mirror you will see the image of

the most beautiful woman in the world.”



To be continued..........





Petikan dari 101 Romantic Ideas oleh Michael Webb.