Thursday, September 30, 2010

Wahai Puteriku.. Dengarlah Ini Baik-Baik


Nasihat Ibunda Umamah Bunti harith kepada puterinya Ummu Iyyas binti Auf bin Muhallam As syaibani yang akan bernikah dengan Raja Kindah Amru bin Hijr. Sebelum akad nikah berlangsung, ibu Ummu Iyyas telah masuk bertemu anaknya dan berpesan:

Wahai puteriku, jagalah baik-baik 10 perkara, kelak kamu akan memiliki Perbendaharaan Rumahtangga.

1) Temanilah suamimu dengan sifat Qana'ah (terima seadanya). Hormatilah dia dengan menggembirakannya dan berikanlah kepuasan kepadanya.

2)Turutilah perintah suamimu sebaik-baiknya.

3)Awasilah sorotan kedua matanya jangan sampai suamimu melihat sesuatu yang buruk padamu.

4)Awasilah hidungnya jangan sampai suamimu mencium sesuatu kecuali bau yang paling sedap dan nyaman.

5)Jagalah baik-baik waktu tidur suamimu jangan sampai tidurnya terganggu kerana ia membawa kemarahan.

6)Jagalah baik-baik waktu makannya jangan sampai dia lapar kerana lapar itu menimbulkan kemarahan.

7)Jagalah baik-baik harta benda suamimu dengan cermat dan aturkanlah perbelanjaan keluar masuk harta atau wang nya dengan sebaiknya.

8)Jagalah anak-anaknya, keluarga dan pembantu rumahtangga suamimu sebaik-baiknya.

9)Janganlah melawan ayau menderhaka perintah suamimu kerana perkara itu menyedihkannya.

10)Janganlah kamu membuka rahsia suamimu kerana dengan itu nescaya kamu tidak akan terselamat darinya (dunia dan akhirat).


Semoga diri ini menjadi yang solehah untuk suami tercinta. Amin...









Petikan dari : 'Nasihat ibu bapa untuk anak puterinya yang bakal bernikah' disusun oleh AbdulRaufTalip; (Pondok Tarbiyatul Quran Melaka)



~Sesungguhnya Solatku, Ibadhatku, Hidupku dan Matiku Kerana Allah, Tuhan Seluruh Alam~