Friday, April 22, 2011

Insyirah: Sekali Sekala Rindu Itu Datang Juga...

'Uyun, Kak Ita, Hasni, Syifa', Hidayah, Kak Helia, Aku..

Rindu mereka semua....



Apa khabar agaknya mereka - mereka semua ? Rindu pada mereka. Rasa-rasanya Insyirah sudah berpenghuni baru. Mereka yang tidur, makan, bergurau senda bersama-sama, berkongsi masalah bersama-bersama, siapkan thesis bersama-sama sudah pun punyai kehidupan masing-masing. Solat berjemaah, tazkirah, tegur menegur, qiyamullail dan berpuasa bersama menjadi kerinduan yang tak dilupakan. Nikmat berukhwah bersama-sama mereka adalah suatu yang tidak akan dilupakan. Buat mereka semua, semoga sentiasa istiqamah dengan gerak kerja dan amal ibadhat yang sentiasa kalian lakukan dulu-dulu, malah harapannya agar lebih baik dari sebelumnya...


Uyun (Seorang yang perihatin, penyayang dan ceria): Sudah berkahwin, menetap di Dungun bersama suami tercinta, sedang menyiapkan penulisan thesis master. Tahniah.
Kak Ita (Seorang yang penyayang, suka kucing, dan sgt peramah) : Sebelum ni, kat oversea. Dengar cerita dah balik Malaysia, setakat ni belum dgar berita.
Hasni (Lemah lembut, sopan dan bertanggungjawab): sudah berkahwin juga, sekarang menetap di Marang bersama suami tercinta, sedang menyiapkan Master...
Syifa' (Seorang yang peka, fokus dan manja):Sudah berkahwin, sedang buat masa dan menetap di Skudi bersama suami tercinta
Hidayah (Manja, Kelakar dan Banyak petua): Setelah pindah dari insyirah, sekali sekala contact jg dayah.. sekarang sudah lost contact. Apa cerita dia skg.
Kak Helia (Lemah Lembut, Kelakar, Suka makan ulam):Sekarang kerja kat KL kot. lama sudah tak dengar berita kak lia. apa khabar dia di sana.

YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk

mendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya…

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

yang tidak kunjung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini…












~Sesungguhnya Solatku, Ibadhatku, Hidupku dan Matiku Kerana Allah, Tuhan Seluruh Alam~

6 comments:

Nurul 'Uyun Binti Ahmad said...

Hai sayang ;).... amboi222.. panjang lebar cerita die ye ;)... akak.. terima kasih atas ukhuwah ini.. terima kasih atas semuanya.. ilmu2 yang dicurahkan dan sampai sekarang masih ingat satu2.... thanks agaian and again.. i love u.. fillah ;)

Ummu Raihanah said...

uyun: ye la uyun. tiba-tiba rasa rindu kat insyirah. tapi yg pasti, Insyirah masa kat uni kat sana dulu, telah ada kehidupan masing2. last sweet memory kat rumah tu pun kita g makan pizza kan?... I love u 2.. syukron atas segala ilmu uyun untuk kak uni jg.. halalkan ye...

adriyani said...

aduh..sgt terharu..sgt tersentuh..sahabat2..

itatamjis said...

kalian ada di dalam doaku. sahabat susah senang, makan sedulang, tidur sederet tilam, semuanya bersama2.

akak skang duduk di kampung menjaga mak yg semakin beransur pulih. menjadi surirumah sepenuh masa ni..ewah!!
akak tulis komen ni di Insyirah n semua penghuninya dah bertukar namun masih terbayang kita semua di sini, syahdu pulak malam2 ni.
akak dah pandai tukar lampin tau, tapi bukan baby punyalah..hehe

itatamjis said...

kalian ada di dalam doaku. sahabat susah senang, makan sedulang, tidur sederet tilam, semuanya bersama2.
akak skang duduk di kampung menjaga mak yg semakin beransur pulih. menjadi surirumah sepenuh masa ni..ewah!!
akak tulis komen ni di Insyirah n semua penghuninya dah bertukar namun masih terbayang kita semua di sini, syahdu pulak malam2 ni.
akak dah pandai tukar lampin tau, tapi bukan baby punyalah..hehe

Ummu Raihanah said...

sgt2 rindu dengan insan-insan kat atas...