Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Selamat hari guru istimewa buat my first teachers : Ummi and Abah, Guru Kehidupanku :Suami ku Tercinta Nizar, Kak Long n Ejah, Guru-Guru Di Tadika Kemas Kedai Piah, Guru-guru Di Sek Keb Kedai Piah, Guru-Guru Di Sek Men Keb Agama Naim Lilbanat, Guru-guru di KMPP, Guru-guru a.k.a pensyarah 2 UTM, guru-guru di MADA dan sesiapa sahaja yg pernah menjadi guruku secara langsung atau tidak, dan sesiapa sahaja yang bergelar GURU.....


May Allah Bless us...Ya Allah Rahmati Guru-Guruku.



~Sesungguhnya Solatku, Ibadhatku, Hidupku dan Matiku Kerana Allah, Tuhan Seluruh Alam~

2 comments:

angahfarah said...

salam uni..
sht? anak sht? moga ceria2 selalu..da besr kan raihanah..baby fara baru je 8 bulan..

Ummu Raihanah said...

Alhamdulillah farah. raihanah dah setahun 2 bulan. tapi belum boleh jalan, takut.. InsyaAllah, ammar pun nampak makin sihat je. Minum susu ibu fully ni, baby sihat..Alhamdulillah. semoga ammar jadi anak soleh pnyejuk mata. aminn